Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Tahun 2012........beralih tahun maka bertambahlah umur aku. Makin berusia maka makin tua ler manusia bernama Yusmaniza nie. Anak-anak pula semakin membesar maka makin mencabarlah tanggunjawab aku utk membesar & mendidik mereka. Maklum jelah melahirkan anak di zaman yg serba mencabar nie maka tanggungjawab juga makin mencabar.

Tahun baru nie anak sulung aku Nur Aleesa Qistina sudah melangkah ke Tahun 1. Aleesa akan belajar di SJK (C) Hin Hua di Bukit Tinggi. Memang niat aku nak dia belajar di sekolah cina sejak dari dia lahir lagi. Syukur Alhamdulillah Allah telah memakbulkan doa aku utk permintaan yg satu ini. Semoga Aleesa bersedia & mampu utk mengikuti pelajaran kat situ & dapat bersaing dgn kengkawan yg sebaya ngan dia. Harapan aku sangat tinggi utk Aleesa kerana dia adalah kakak & contoh terbaik utk adik-adiknya. Aku bersyukur pada Allah kerana memberi aku kekuatan utk membesarkan anak ini walaupun pada suatu waktu dahulu aku hampir-hampir menyerahkan dia pada saudara terdekat aku kerana aku khuatir tidak mampu utk menjaga & memelihara dia tanpa ayahnya. Mujur aku mempunyai bapa yg kuat & memahami. Abah yg memberi aku kekuatan utk menjaga Aleesa. Abah yg memberi aku perangsang agar aku membesarkan Aleesa dgn kudrat & rezeki yg aku ada. Kata abah " anak ini adalah anugerah.....siapa tahu masa depan, anak ini bakal menjadi seorg yg istimewa". Dan kata-kata abah aku jadikan azimat sehingga ke hari ini & kerana itu aku akan memberikan didikan yg terbaik utk Nur Aleesa Qistina.

Tidak bermakna anak-anak yg lain tidak membanggakan cuma bezanya mereka membesar bersama ayah mereka. Mereka lebih beruntung sekarang apatah lagi pada masa depan kerana apa yg mereka miliki pada hari ini. Aku tidak pernah membanding-bandingkan anak-anak aku kerana mereka masing-masing ada kelebihan mereka. Nur Adreena Sofea yg akan memasuki tadika 5 tahun memiliki ingatan yg tajam & petah berkata-kata. Kekuatan mental dia adalah lebih kuat berbanding Aleesa. Adam Iskandar pula akan melangkah masuk tadika 4 tahun. Mempunyai perwatakan lasak, petah bercakap & senang utk dilentur. Semua anak-anak adalah istimewa. Jika kita jadikan mereka istimewa maka mereka akan membesar & menjadi seseorg yg istimewa.

Dlam fikiran & hidup aku hanya ada suami & anak-anak. Jika aku ingin membuat sesuatu hanya fikirkan mereka saja. Jika aku ada azam baru, itupun hanya utk mereka saja. Apa yg terbaik berlaku dlm hidup mereka, itu jugalah yg terbaik berlaku dlm hidup aku. semoga Allah memberkati kehidupan aku sekeluarga. Selamat Tahun Baru utk semua............

Monday, October 17, 2011

Nur Adelia Natrah (1)

05/05/11- aku telah melahirkan seorg bayi perempuan seberat 1.7kg di HBTAR Klang. Bayi pramatang krn dilahirkan pd minggu ke-36 disbbkan air ketuban aku kurang. Doktor menyarankan aku utk bersalin segera. Sebenarnya, pada 04/05/11 aku ke Klinik Desa Sg Udang utk pemeriksaan biasa. Tetapi disbbkan aku kencing kotor so nurse kat situ minta aku ke Klinik Kesihatan Pandamaran utk buat pemeriksaan lanjut ngan doktor. Sampai kat Klinik Pandamaran laks......tekanan darah aku tetiba naik ngan tingginyer.....terus doktor rujuk aku ke HBTAR. Seharian aku memandu & menunggu sendirian dari Klinik Desa sampai ke HBTAR.
Sebenarnya sebelum aku pergi ke HBTAR, aku sempat tepon En Tapa utk ajak dia temankan aku. Bukannya apa, aku terbayangkan betapa susahnya nak cari parking waktu tghari camnie kat hospital. Tetapi hampa sbb dia lagi pentingkan kerja ngan bos dia. Dia boleh lak kata doktor tue mengarut. Dia siap bagi cadangan yg bijak supaya aku xyah gie HBTAR semata2 dia xnak temankan aku. Memang aku sedih ngan sikap dia yg pentingkan diri sendiri.
Akhirnya aku pergi jugak ke HBTAR sendirian ngan sakit hati & bengang. Aku risaukan keadaan anak dlm kandungan aku yg mana doktor kata, kalau keadaan tekanan darah aku still tinggi, anak dlm kandungan akan terjejas. Demi anak yg aku kandung, aku gagahkan jugak ke hospital walaupun waktu itu susah nak dpt parking. Bila dpt parking, punyalah jauh nak menapak ke bilik kecemasan & hanya tuhan saja yg tahu betapa susah payahnya aku waktu itu. En Tapa tepon aku waktu aku sampai kat bilik kecemasan tapi aku x angkat sbb aku rase dia dah x penting lg utk aku. Sesampai saje, aku diarahkan utk menukar baju aku kpd baju wad bersalin kaler pink. Pastu nurse amik tekanan darah aku & dia terkejut krn tekanan darah aku sgt tinggi. Berulangkali nurse tue amik tekanan darah aku siap dia tukar mesin tue takut mesin tue yg rosak tapi result tetap sama. Akhirnya nurse tue suruh aku baring atas katil berehat sementara tunggu doktor pakar datang. Dari pukul 2.00ptg sampai kul 4.30ptg aku di check up & akhirnya doktor amik keputusan utk buat scan nak cari sbb kenapa aku kencing kotor, tekanan darah aku still tinggi & baby aku kecil. Kesimpulan dari semua itu, doktor pakar dapat mengesan yg air ketuban aku berkurangan & boleh menyebabkan baby dlm kandungan aku lemas. Hasilnya aku diarahkan utk segera bersalin & aku ditahan utk di induce.
Mase tue aku dengar suara En Tapa yg tgh mengagau cari aku kat dlm bilik kecemasan. Memang aku sengaja off-kan hp sbb aku xnak mengamuk & marah2 kat tepon kalau dia tepon aku. Hari tue.....walaupun aku sakit ati tapi aku x kuasa nak gaduh ngan dia sbb kepala otak aku nie lagi risaukan baby aku. Aku xnak penantian aku berakhir duka. Aku x sanggup menghadapi keadaan dimana anak yg aku kandung hampir 40 minggu ditimpa musibah. Itulah satu kekurangan En Tapa.....dia mengambil mudah semua benda yg kita anggap penting.Kalau ikut baran aku.......mmg aku nak mengamuk sakan tapi jiwa aku tgh kacau......kacau sbb aku x tahu mcm mana rasenya di induce, selamat ker tidak baby aku, sakitnya pulak cam mana, argh.......kacau....mmg kacau.......

Saturday, April 16, 2011

SEMOGA ALLAH MERAHMATI KAMI.......

17/04/2011 - Aku dah selamat hantar En Tapa kat opis dia sbb ari nie dia akan gie bekerjaya kat UUM Kedah. Lebih kurang 4 hari En Tapa akan berkampung kat universiti lame dia semata2 utk "Karnival Hari Kerjaya". Aku....mahu x mahu kenalah terima seadanya yg aku akan jadi single mummy selama En Tapa berkelana.
Dlm keadaan aku yg berbadan dua & due pun dah makin hampir, aku rase bukan masa yg sesuai utk dia outstation tapi apakan daya aku x layak utk menidakkannya. Mujurlah aku nie iron lady so aku masih mampu utk melaksanakan tugas & tanggungjawab rutin sepanjang En tapa xde. Harap2 baby nie masih leh bersabar & berkelakuan baik sepanjang ayah dia xde nie.
Sebenarnya......ade bagusnya En Tapa nie sekali sekala outstation sbb ianya akan mengajar & memberi kami peluang utk rase rindu & menambah semarakkan lagi kasih sayang kami. Sesungguhnya aku amat2 bersyukur & beruntung ditemukan jodoh ngan En Tapa. Kadang kala bahtera rumahtangga kami dilanda musibah & gelora tapi itu semua asam garam yg memantapkan lg keserasian rumahtangga kami. Bak kata pepatah "sedangkan lidah lagi tergigit".
Aku berdoa agar En Tapa selamat sepanjang pemergiannya & Allah sentiasa memelihara hatinya. Semoga segala malapetaka & bencana dapat dijauhkan......hanya Allah yg maha mengetahui apa yg terbaik utk hambanya......Amin!!!!!!!

Friday, April 15, 2011

Kau curangi aku..................

Apakah perasaan korang kalau orang yg korang sayangi & percayai curang ngan korang? Dalam pelbagai cara & perbuatan tapi ianya satu perkara yg ditafsir dalam perkataan yg sama iaitu CURANG. Peristiwa inilah yg menjadi duri & bakal menjadi barah dlm hati aku Semakin aku cuba simpan tetapi ianya menjadi semakin parah di dalam hati. Bukan ingin membuka pekung di dada sendiri tetapi sekadar berkongsi kelukaan yg sangat susah utk aku sembuhkan.......Puas aku mencari kekuatan utk melupakan perkara sekecil ini kata suami yg aku sayangi tapi perkara sekecil inilah yg sering mengundang tangisanku........Sumpah aku masih belum dapat menerima keadaan itu & aku masih memikirkannya saban hari.........

15/04/2011 - Cuaca ari nie dah same jer ngan perasaan aku sejak malam tadi. Hujan turun renyai ngan mendung, sama seperti perasaan aku kala ini. Sejak aku terbaca sms dlm handphone En Tapa malam tadi , terus hilang semua kegembiraan & kepercayaan aku untuk lelaki bernama Mohd Mustaffa. Sms yg berunsur mesra & intim antara dia ngan seorang pompuan satu tempat keje ngan dia yg dia x letak nama pd no tepon budak tue, terus menyentap tangkai jantung aku, rase mengigil seluruh badan aku dan terbang semua kepercayaan & kasih sayang aku pdnya. Pada aku.......sekiranya dia sayangkan aku & fikirkan aku pasti sms seperti itu tak wujud. Ape hubungan dia ngan si penghantar sms tue? Masakan mereka xde ape2 hubungan hingga sejauh itu usikkan & gurauan mereka? Kenapa mesti En Tapa membalas sms tersebut dgn ayat yg macam tue? x terfikir ker dia tentang perasaan aku waktu dia membalas sms tue? Puas En Tapa menerangkan perkara sebenar disebalik sms tersebut tapi betul ker.....? katanya itu hanya gurau senda yg tidak ada sangkut paut dgn perasaan sesiapa. Patut ker aku percaya......? Sejujurnya....aku tidak dapat menerima perkara tersebut tambahan pula sewaktu aku sedang sarat mengandung. Jiwa aku jadi kacau, perasaan aku berserabut & aku jadi x tentu arah. Marah, benci, bengang, sakit hati & pelbagai perasaan buruk yg timbul. Teramat pahit utk aku terima keadaan nie.....aku benci...aku jadi benci......

DIA....... suami yg telah aku nikahi hampir 5 tahun lamanya.
Dia.......lelaki yg suatu waktu dahulu datang memimpin aku waktu aku hilang arah. Dia......lelaki yg memberi aku harapan dan berjanji tidak akan sesekali mengulangi kedukaan yg pernah aku lalui dahulu. Dialah lelaki yg menjadi tempat aku mengadu segala kepedihan ditinggalkan & didustakan......dialah lelaki itu...... yg menarik aku keluar dari kegelapan & memberikan aku sinar & harapan.....dialah lelaki itu.......arghhhhh...........

Semalaman aku duduk berfikir & muhasabah diri...apakah terdapat kekurangan atau kepincangan dlm aku menjalankan tugas & tanggungjawab aku sebagai isteri......? Aku manusia biasa & aku cuba & cuba utk melakukan yg terbaik. Aku meletakkan suami aku di tempat tertinggi dlm hidup aku tapi hasil yg aku dpt adalah sebaliknya. Walaupun ianya hanya sms tapi segalanya mungkin.........LELAKI.....apakah mereka ini dicipta utk melukakan hati & mencurangi wanita.....? x bolehkah mereka ini jujur & adil pd kasih sayang yg mereka curahkan pd seorang wanita...? Hati aku memang x mampu utk memaafkan kesilapan yg En Tapa lakukan. Hati aku dah hancur lebur utk terus mempercayainya. Dia sama......sama seperti lelaki lain yg pernah melukakan hati aku, mencurangi aku, membohongi aku & mengambil kesempatan diatas keikhlasan aku. Aku benci dia sama macam aku benci lelaki itu........aku benci ditipu & aku serik utk mempercayai dia. Inilah beban yg terpaksa aku pikul. Satu titik hitam yg memusnahkan semua kebahagiaan yg kami ada. Peluang......apakah akan ada peluang sekiranya aku yg melakukan perkara seperti itu.......? tidak utk perempuan tetapi utk lelaki seribu kali pasti...............Semoga Allah memberikan aku kekuatan utk memaafkan kekhilafan En Tapa.......

Pengalaman dulu membuatkan aku payah utk mempercayai lelaki. Pengalaman juga mengajar aku utk hati2. Tapi lain pula bila aku mula kenal siapa sebenarnya lelaki bernama Mohd Mustaffa. Aku beri peluang pada diri aku & dia utk mencari bahagia. Tapi itu 5 tahun dahulu, dimana hanya dia satu2nya lelaki yg aku percayai kebaikan & ketulusan hatinya. Sungguh pun aku masih memberi ruang & peluang padanya tapi ianya tidak seindah dulu krn kesangsian aku mengatasi segala2nya. Saban hari aku berteka-teki ngan hati...apakah benar dia masih jujur pada aku? hanya dia yg mampu memberikan jawapanya.......

Sunday, April 10, 2011

SWISS GARDEN, DAMAI LAUT, LUMUT.








9/04/2011 adalah percutian pertama kami untuk tahun nie.......Swiss Garden Damai Laut, Lumut adalah destinasi pilihan. Hebat, menarik & terbaik......itulah kata2 yg dapat aku ucapkan. Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kpd En Tapa yg sudi membawa kami bercuti di tempat seperti itu. Seronok tak terhingga sbb itu adalah kali pertama kami tiba di situ. Kalu tengok pemandangan drpd bilik kami yg mengadap laut memang terbaik. Anak2 adalah org yg paling seronok ngan percutian kali nie sbb dia org suka hotel & swimming pool. Puas dia org bermain sepanjang hari Sabtu lepas sampai x tidur siang. Kami sempat lagi keluar berjalan kat Jeti Pangkor. Aku yg tengah sarat nie pun terpaksa melayan karenah En Tapa yg xleh duduk diam sbb dia memang suka berjalan. Petang laks adalah masa utk bebudak swimming. Dekat 2 jam melayan dia org main air pastu sambung laks main air dlm tab mandi kat bilik.....uish.....teruk gaks kami nak melayan karenah bebudak nie tapi yg pentingnya kul 8.30 mlm jer dia org dah start penat & ngantuk.....so ade peluang utk kami turun layan liveband. Kami layan liveband x lama, kurang2 dlm sejam sbb x berapa nak menarik. Aku sendiri pun penat sbb seharian melayan karenah bebudak so kul 12.00 am aku dah tertido.
Pagi Ahad yg damai......kami bangun tido seawal 7.00 pagi, itu membuatkan kami turun awal utk breakfast. Memang layan sbb semua menunya sedap2 belaka. Kakak memang melantak bagai nak rak sbb satu2 menu dirasanya. Habis breakfast, kami terus berjalan turun ke tepi pantai utk lepak2. Habis melepak aku ajak bebudak main buih sabun dlm tab mandi kat bilik, syok bukan main lagi mereka. Kami check-out dlm kul 11.30 am. Maklum jelah esok En Tapa nak keje so kami kalu boleh nak sampai Klang awal.
Sesungguhnya.....percutian kali nie tidaklah dirancang sbb En Tapa yg tetiba ngajak gie bercuti. Aku ingatkan dia gurau jer rupa2nya dia serius. Terima kasih sekali lagi pada En Tapa yg bersungguh2 luangkan masa yg berkualiti dgn kami. Bebudak seronok, mak budak lagilah seronok........

Saturday, March 5, 2011

SEDETIK LEBIH.....


Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

Di dedikasikan untuk satu2nya lelaki yang aku sayang.................sebenarnya dari isi hati aku & selamanya......

Saturday, February 19, 2011

UJIAN DARI ALLAH, MUSIBAH ATAU KASIH SAYANG......

Untuk renungan bersama..........
Seorang lelaki pernah bertanya kepada Imam Asy-Syafi'i "Wahai Abu Abdillah, manakah yang lebih baik bagi seseorang manusia, dibiarkan atau diuji.......?"
Imam Asy-Syafi'i menjawab,"Tidak mungkin seseorang dibiarkan hinggalah ia diuji. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menguji nabinya, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa juga kekasihnya Muhammad S.A.W". Al-Allamah Ibnu Qoyyim menyatakan,"Ujian merupakan suatu keharusan yang menimpa manusia & tidak seorang pun yang dapat mengelak darinya...."
Sesungguhnya ujian Allah bukan hanya datang dlm kesusahan semata, kesenangan yang Allah kurniakan juga merupakan salah satu ujian. Jangan dianggap dengan kesenangan yang Allah kurniakan kepada kita sudah cukup untuk membuktikan bahawa Allah sayang kepada kita. Hakikat sebenarnya, kesenangan adalah salah satu ujian untuk menguji sejauh mana ketaatan kita kepada-Nya. Terkadang, kita cepat lupa diri & tenggelam dalam kesenangan & kekayaan yang Allah kurniakan seperti yang pernah berlaku kepada Qarun, manusia terkaya pada zaman kaum nabi Musa A.S yang bermegah-megahan dengan hartanya & akhirnya dia ditimpa bencana lalu tenggelamlah dia bersama-sama hartanya.
Dan janganlah kita mengeluh atau bersedih sekiranya kita ditimpa musibah. Itu bukanlah bererti Allah benci kepada kita, bahkan Allah sebenarnya mengasihi kita. Dengan musibah yang melanda membuatkan kita semakin dekat & kuat untuk mengingati Allah. Terkadang, dengan musibah yang melanda akan membuatkan kita yang terleka atau alpa ini kembali mentaati-Nya. Nabi Muhammad S.A.W sendiri sering diuji malahan ujian yang didatangkan kepada baginda lebih besar & berat. Tetapi baginda masih terus mentaati Allah S.W.T tanpa sebarang keraguan.
Semakin tinggi kecintaan kita kepada Allah maka semakin kuat ujian yang bakal kita tempuhi demi membuktikan kecintaan kita kepada Yang Maha Agung.
Ingatlah.......
Bila Allah cepat memakbulkan doamu maka dia menyayangimu,
Bila Dia lambat memakbulkan doamu maka dia ingin mengujimu,
Bila Dia tidak memakbulkan doamu maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu,
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang Allah itu medahului kemurkaan-Nya......

Wednesday, February 9, 2011

SIMPATI AKU UTK SAHABAT BAIK KU........

Tadi dgn x semena-mena aku dpt call drpd sahabat baik aku mase di sekolah menengah. Kami bersahabat baik sejak kami di tingkatan 3 lagi. Dan sepanjang kami berkawan, dialah satu-satunya sahabat yg x pernah bertengkar & bergaduh dgn aku. Aku sendiri pun x pernah nak sakit ati ngan dia......
Aku ingat ianya panggilan biasa utk bertanya khabar, rupa2nya dia ade cerita sedih yg nak dikongsikan dgn aku.....Mulanya dia agak keberatan tapi dia sudah x sanggup menanggug perasaan itu sendirian. Dia malu utk bercerita bahawa suami yg dicintainya main kayu tiga ngan perempuan lain sampai pompuan tue mengandung. Dia malu kerana risau dikatakan tidak pandai menjaga suami. Apelah malang nasib sahabat aku yg telah memberi seluruh kepercayaannya pd suami yg tercinta tanpa secalit pun rasa ragu. Selama ini dia ingat suaminya selalu lewat kerana OT tapi sebenarnya suaminya mengambil kesempatan tersebut utk berseronok ngan pompuan lain. Begitu naif sahabat aku yg sorang nie sehingga diperbodohkan oleh suami sendiri. Kalau x pasal pompuan tue kena tinggal ngan suami sahabat aku nie sbb dah mengandung mesti sampai kesudah sahabat aku x tahu kecurangan suaminya. Dahlah menjadi pemusnah rumahtangga orang malah sanggup menelefon sahabat aku utk memberitahu tentang hubungan mereka berdua sehingga sanggup mengaku yg dia mengandungkan benih dari suami sahabat aku itu. Bagaimana remuknya perasaan sahabat aku apabila mendapat tahu perkara tersebut. Dia merasakan seluruh bumi ini terhempap diatas kepalanya......tambahan lg sang suami mengakui kecurangan tersebut.......oh....kasihan sahabat aku..........
Aku tumpang simpati dan emosi ngan masalah sahabat aku nie. Apakah selayaknya dia dilayan sebegitu setelah dia sanggup mengharungi kesusahan & kekurangan bersama suami tanpa banyak karenah. Aku tetap x dpt terima dimana hanya lelaki sahaja layak utk curang & wanita hanya layak memaafkan kecurangan si suami demi anak2 & rumahtangga. Dimana letaknya akal & fikiran seorg yg bernama lelaki & suami. Apakah tiada sekelumit pun perasaan bersalah yg bertandang sewaktu melakukan perkara yg diluar batasan? Apakah tidak terbayang difikiran gambaran wajah anak2 yg sedia menanti kepulangan si ayah....? Mungkin sahabat aku juga mempunyai kekurangan tapi bukankah lebih baik berbincang & berterus terang tentang pelbagai perkara agar keharmonian rumahtangga lebih terbela. Si suami pun bukannya seorang yg sempurna tetapi si isteri masih setia disisi.
Nasihat aku pd sahabat ku.....Pasti ada sesuatu yg Allah telah rencanakan utk kau duhai sahabat. Terima ianya sebagai ujian dr tuhan & yg penting kau harus tabah demi anak2. Jangan di harap pd sang suami. Kau harus keras & kental berusaha, mengumpul duit demi masa depan kau & anak2. Kau harus menjadi wanita yg kuat & jangan lemah. Jgn asyik duduk murung, termenung & menangis. Aku akan terus berada disisi kau utk menjadi tiang utk kau berpaut.

Friday, January 28, 2011

APE-APE JER..............

Lame tul tak update blog nie.......mase yg tak mengizinkan aku utk bersenang lenang meng-update blog nie tambah2 bebudak dah start sekolah. Kelang kabut aku tiap pagi & tak menang tangan bila mlm menjelma. Mane taknyer, sarapan pagi bebudak nak kena buat, nak siapkan diaorg ngan uniform sekolah, aku sendiri nak siap gie keje, kelang kabut nak hantar kakak ngan Nana yg x sama tadika, nak hantar Adam laks.......uhukkk...uhukkkk..........balik keje petang terus amik bebudak kat umah mak pastu terus sambung keje umah laks utk sesi malam. Selalunya En Tapa akan tolong mandikan bebudak tapi sejak akhir2 nie dia selalu balik keje lambat. Bebudak dah nak kena mandi awal sbb nak mengaji ngan Nenek Ju. Sudahnyer aku jugak nak kena buat. Nak cuci baju(Baju keje En Tapa & baju sekolah budak kena basuh tangan). Nak sidai baju lagi, nak iron baju, nak kemas beg baju utk esok, semuanya pasal baju jelah.......nasib mak dah siap masak kalu tidak dah tentu aku kena masak maka berjurailah airmata sambil2 masak tue. Yang paling penting dlm semua kerja adalah melihat homework kakak. Tiap2 malam kena semak dia membaca buku "Peter & Jane" tak pun membaca suku kata bahasa melayu. Kalu homework menulis, melukis atau mewarna jer, En Tapa leh tolong tengok2kan. Bila dah buat semua tentunya penat & keletihan so kul 10pm jer dah lelap. Semua nie akan berulang 5 hari seminggu. Sampai ler ari tue aku demam 2 hari......pergh.....teruk gaks sbb aku tgh mengandung 5 bulan, sakit satu badan so semua kerja aku En Tapa kena ler buat. Lastly aku buat keputusan yg jitu, aku nak resign. Betapa payah nyer nak buat keputusan yg satu nie sbb aku dah keje kat company tue masuk 7 tahun. Satu jangkamasa yg lama & aku takut gaks kalu aku bosan duk umah melayan anak tapi aku juga bukannya superwomen yg boleh buat semua kerja dlm satu masa dgn keadaan aku yg tgh hamil nie. Jadi inilah pengorbanan besar yg aku ambil....korbankan kerjaya demi rumahtangga & anak2. Harap2 ianya berbaloi sbb aku takut gaks aku akan menyesal di kemudian hari.
Anyway..........resign letter dah pun aku hantar so tunggu je akibatnya.....ha...ha...ha...
Anak2 bonda semua.....pasni takyah ler penat tunggu bonda balik keje yg kadang2 akan lewat. Cuma sekrg kita kena pantau ayah jer............ayah jgn tension laks........

Monday, November 29, 2010

WARKAH BUAT KAU.......

Terima kasih kpd kau yg sudi membaca blog aku. Memang aku x menduga bahawa kau adalah salah seorg pembaca setia blog aku. Anyway...ape yg aku taip kat sini hanyalah berkisar soal kehidupan yg aku lalui saban hari & ianya adalah kenyataan. Blog ini jugalah tempat utk aku meluahkan perasaan yg terbuku. Syukurlah kau dah baca isi hati & perasaan aku pd kau. Ini bermakna kau tahu pandangan & tanggapan peribadi aku pd kau. Terpulanglah pd kau, bagaimana caranya kau menerima keadaan itu.
Memang benar aku benci dgn kau & sahabat baik kau. Sehingga ke hari ini aku nak menyebut nama kau pun aku benci. Aku tahu kau pernah menghulurkan bantuan tapi bantuan yg kau curahkan ibarat satu perangkap utk aku. Bantuan yg berkali2 aku tolak tapi bersungguh2 kau nak beri. Terima kasih pd tuhan yg menunjukkan tembelang kau & sahabat baik kau. Dalam diam korang cuba mengadu domba memburuk2kan aku pd org keliling. Aku terima segala yg tuhan tentukan tapi satu jer yg korang berdua kena ingat. Nasib aku bukan terletak di tangan korang.
Pada kawan ko yg seorang tue, aku nasihatkan bawa2lah berubah. Tak baik busuk hati pada kebahagian orang lain. Dia patut cermin diri dia terlebih dahulu sebelum sound aku. Kalau setakat nak jadi batu api, kelak nanti ianya akan memakan diri. Cuba muhasabah diri...kenapa dia xde teman atau sahabat seperti aku yg sering dikelilingi sahabat? Perangai......ubah perangai, baru ramai yg sudi menjadi teman. X perlulah berburuk sangka pd aku sbb aku x perlu bercerita yg buruk2 tentang dia krn org lain yg akan menilai dia dgn sendirinya. Kebencian & kecemburuan dia pd aku membuatkan aku lebih bahagia.
Begitu juga kau........cari kesalahan dlm diri sendiri dahulu. Apakah hidup korang berdua nie memang sempurna bak malaikat tanpa ada cacat celanya sehingga x boleh menerima teguran tapi pandai menegur org lain utk berubah......? Keji sungguh cara korang utk menjatuhkan aku. Kau bukan budak kecil yg perlu dirotan atau ditengking. Kau org yg lebih berusia & lebih matang daripada aku.
Akhir sekali.......aku xkan maafkan perbuatan korang selagi korang x insaf atas apa yg korang lakukan pd aku.......terima kasih........


Sunday, November 21, 2010

Eh.........

Tetiba rase nak menaip something dlm nie. Setelah sekian lame aku x berkarya, mengomel, bermonolog, rindu pulaks rasenyerrrr.............semenjak h/phone aku hilang, mood aku nak update blog ngan fb pun hilang sbb aku xleh nak upload gambo.
Sebenarnyer byk perkara yg berlaku sepanjang aku x update blog nie. h/phone kesygan aku telah hilang di Berjaya Times Square sewaktu kami sekeluarga beriang ria & bergumbira. Nasib En Tapa yg hilangkan so beberape hari pastu dia gantikan dgn iphone. Tapi malangnyer aku x sejiwa ngan iphone sbb x semesra Nokia kesygan so aku pulangkan balik pd En Tapa. Dia janji nak gantikan ngan Nokia & sampai sekrg aku masih menanti bilelah Nokia aku akan tiba.
Itu satu hal.......berita gumbiranya pulak, En Tapa merealisasikan impian kami utk tukar Wira kami kepada Exora baru2 nie. Mmg mencabar betul nak tukar kete nie tapi berkat kesungguhan En Tapa maka kami berjaya mengharunginya. Insan yg turut gumbira selain anak2 adalah mak bapak aku. Mane taknyer, kami yg rajin nak bwk mereka berjln so abah yg x sihat tue pasti selesa pasni bila jln jauh. Pasni, pastinya kami boleh menambah bilangan ahli dlm keluarga kami.
Bercerita tentang opis aku pulak.......semuanya baik saja sebelum nie sehinggalah bulan lepas tetiba kami dpt gaji lambat tahap gaban. Entah mane silapnyer, aku lihat perkembangan opis semakin hambar & tenat. Sedih sbb aku dah bekerja hampir 7 tahun lamenyer. Maybe pada org baru xde ape tapi pada kami yg dah senior nie, perasaan tue lain. Mane xnyer.....mcm2 yg telah aku lalui di situ, dari bujang, bertemu jodoh pun di situ, menimang cahaya mata pertama juga disitu, bertukar2 department, bergaduh, berkawan & berkasih syg juga di situ. Doa aku, semoga segalanya akan menjadi baik utk syarikat & semua staf.
Lastly.........aku & En Tapa. Kami bakal menimang cahaya mata yg ke-4 menjelang Jun '11 nanti....InsyaAllah. Kami juga dlm usaha nak beli umah laks. Dulu ingat nak buat umah kat tanah mak tapi rezeki belum memihak kpd kami. Buat masa sekrg En Tapa masih bertanggungjawab keatas mak dia. Aku faham & akan sokong segala keputusan yg En Tapa buat. Semuanya dlm perancangan, sekiranya diizinkan Allah maka impian bakal jadi kenyataan. Masa depan yg x dpt kita duga. Terima kasih pd En Tapa yg sudi berkongsi segala kepahitan & kemanisan kehidupan. Aku bersyukur kpd Allah krn menemukan jodoh aku ngan En Tapa. Ikutkan ati byk lg yg aku nak taip......masa laks mencemburui aku so terpaksa sudahkan dulu buat masa sekrg. InsyaAllah.....aku akan update pd mase akan dtg.

Friday, June 11, 2010

SYUKUR.......

Ari nie sesuatu telah berlaku......sebenarnya xdelah hebat mane cuma utk aku ianya sebagai satu anugerah dari Ilahi. Seseorg yg berpangkat besar dlm department aku telah resign. Org yg selama ini sering mendabik dada, bercakap besar, mengugut, bermegah, menindas & memecah-belahkan anak buah sendiri. Mungkin keterlaluan bg korang bila aku dgn beraninya menyuarakan isi hati aku di laman blog nie. Bg aku, itu terpulang pd setiap individu yg menilainya sbb pd aku ape yg dia buat adalah lebih menjengkilkan & agak teruk.
Tak terbayang di fikiran yg aku akan berhadapan dgn org seperti ini dlm hidup aku. Aku telah lalui pelbagai dugaan & menemui pelbagai org dgn pelbagai ragam & dia adalah yg pertama dtg dgn perangai yg tersendiri. Ape yg aku dpt kategorikan dia ialah talam dua muka. Aku muak sgt dgn manusia hipokrit seperti dia & aku hampir2 nak memaki dia. Cuma aku masih menghormati dia sebagai org yg lebih tua & berpangkat besar dlm department tersebut.
Bukanlah niat aku nak memburuk2kan dia cuma aku nak korang tahu satu perkara. Kalau kita menyakitkan atau menindas org, pasti suatu hari nanti kita akan mendapat pembalasannya krn ianya ibarat roda, adakalanya kita akan berada diatas utk menikmatinya & kemudian apabila roda itu berputar, kita akan berada dibwh utk mula menilainya.
Mengapa mesti menyakiti hati org lain sedangkan kita boleh menikmati hidup ini dgn aman tanpa ada pertelingkahan. Mengapa mesti berbalah sedangkan kita boleh berbincang utk menyelasaikan setiap masalah. Aku bukanlah manusia yg suka bertengkar atau pemarah cuma aku suka berterus terang. Dan itu sering disalahertikan.
Aku bersyukur kpd tuhan krn aku tidak perlu utk terus berhadapan dgn manusia hipokrit seperti dia lagi. Aku selalu doakan yg terbaik utk dia. Semoga rezekinya lebih murah di tempat lain krn ape yg aku mahukan ialah dia pergi walau dlm ape jua keadaannya.

Friday, June 4, 2010

SELAMAT LAHIR...............

3/06/2010 bersamaan hari Khamis adalah hari yg terindah buat Angah & Pak Lah sbb diaorg telah dikurniakan seorg baby girl yg sgt comel, putih melepak & mata sepet. Angah selamat melahirkan baby girl melalui pembedahan setelah tinggal kat Hospital Damo selama 5 hari & menanggung sakit semalaman. Dia ingat boleh bersalin normal tapi tak berjaya sbb jalan keluar baby x terbuka & doktor xleh nak tunggu lagi sbb jantung baby semakit lemah.
Sepanjang kehamilan, Angah kena gie check up kat Hospital Damo sbb dia ade kencing manis & darah tinggi. Maklum jelah nak mengandung pun lambat so sekali lekat kenalah jaga betul2. Syukur aku kpd tuhan kerana semuanya selamat & sihat. Maka bertambahlah ahli keluarga kami. Ade gaks anak buah nak panggil aku maklong pasni.
Pada angah aku ucapkan tahniah. Semoga anak ini memberi rezeki & kebahagian buat dia & suaminya.

Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU......

Semalam, 9/05/2010 adalah Hari Ibu sedunia........
So aku pun x tertinggal drpd meraikannya bersama mak tercinta di Prescott Hotel. Aku bersama 2 org puteri aku & 3 org adik perempuan aku bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Ibu yg julung-julung kali diadakan di Prescott Hotel. Syok gak sbb ini adalah pertama kali aku nak sambut Hari Ibu sbb sebelum2 nie aku cam x amik port pasal benda2 nie.
Kami ke Prescott lebih kurang kul 7.30 mlm. Dia org ade sediakan tempat sembahyang lagik......cayalah. Sesampainya kami di sana diaorg tunjukkan meja yg aku dah tempah sedari minggu lepas. Lepas tue diaorg pun hantar door gift yg mmg dah siap ngan nombor utk cabutan bertuah & sekuntum bunga carnation pink colour utk kami. Rupa2nya mlm tue ade kumpulan Wanita UMNO yg entah dari cawangan mane buat rombongan & joint dinner mlm tue & hampir 3/4 dari restoran tue adalah ahli diaorg. Macam2 persembahan yg diaorg buat, lebih2 lagi menyanyi sampai Angah(adik aku) nak menyumbangkan suara dia x dapat.

Bonda bersama puteri-puterinya......

Anyway......utk makan mlm tue aku bagi 3 drpd 5 bintang. Makanan mmg sedap & lazat cuma sygnya x byk pilihan. Lagi satu, diaorg nie xnak top-up makanan yg dah habis atau kurang walaupun mase tue baru pukul 8.30 mlm. Restoran diaorg tutup kul 11.00 mlm so byk mase utk kita org jamah makanan tapi sygnya makanan yg sedap2 dah habis. Kek n mapt & buah2an mmg sedap & pilihan kek & buah2an mmg hebat. Walaupun x byk pilihan tapi yg penting makanannya sedap2 belaka.
Selain drpd itu aku ngan mak berjaya dlm cabutan bertuah mlm tue. Mak dpt hamper besar & aku dapat hadiah yg berbalut. Gumbira tul mak mlm tue sbb selain drpd dpt makan, we all ade bg mak present & mak dpt bawak balik hamper besar lagik. Aku pun x sangka sambutan Hari Ibu kat Prescott sampai cam tue sekali.

Nielah hamper yg mak dpt mlm tue....terus hilang mengantuk mak bila nombor dia naik........

Yusra yg sibuk gaks nak bergambor ngan mak....layankan je...........

Macam nielah suasana restoran kat Prescott Hotel mlm tue. Semua meja penuh ngan org terutama Wanita2 UMNO yg sakan celebrate Mothers Day......

Anyway....utk aku, setiap hari adalah istimewa utk mak. Dulu aku jahil sampai sanggup sakitkan hati mak. Bergaduh ngan mak mmg acapkali sampai satu tahap mak dah x hiraukan aku lagi. Di situlah segalanya bermula utk aku tapi yg ironinya mak & abah masih lagi memaafkan aku & menerima aku kembali. Semenjak aku bergelar bonda utk 3 org cahayamata yg comel2, baru aku faham macam mana perasaan mak dulu.
Syukur aku kepada tuhan atas segala kejadian yg menimpa aku dahulu kerana segala kebahagiaan & kegembiraan datang selepasnya. Terima kasih pada mak yg banyak berkorban hati & perasaan, penat lelah, wang ringgit serta segala kedukaan & kesakitan. Kini giliran aku pula membalas segala jerit perih & segala pengorbanan mak. Apa yg aku lakukan mungkin belum cukup utk membalas segala pengorbanan mak. Semoga Allah melimpahkan pahala & memberi ganjaran diatas segala kepayahan mak membesarkan kami.........amin!!!!!

Thursday, April 22, 2010

INILAH TAKDIRNYA.......

Malam tadi 21/04/2010 (Rabu) aku telah dikejutkan dgn perkhabaran sedih bahawa En Fakhri telah meninggal dunia.............En Fakhri....meninggal.......En Tapa yg mengkhabarkan pd aku setelah dia menerima panggilan dari Kak Pae. Aku terkesima........diam tak berkata ape2. Ape nak dikata sbb semuanya berlaku dlm sekelip mata. Nak kata aku terlalu rapat ngan arwah, tak juga tapi aku x tahu nak gambarkan perasaan aku saat itu.
Mungkin kerana aku selalu bengang ngan arwah. Bengang bukan sbb arwah tue berperangai buruk cuma aku bengang sbb arwah tue dulu adalah kawan baik pada En Nurashid yg sgt aku benci. Tahap bengang aku ngan arwah xdelah sampai aku membenci beliau. Kalu bersua muka kami still bertegur sapa ngan baik. Aku still hormat dia sebagai seorg bos & org lebih dewasa/matang dari aku.
Sepanjang aku mengenali arwah.....beliau seorg yg baik & x baran, walaupun dia seorg bos(tapi bukan bos department aku). Namun x banyak yg aku tahu pasal seorang lelaki bernama Fakhri bin Abd Rahman.
Aku tumpang simpati dgn nasib wife & anak2 kecil beliau. Aku sendiri melihat bagaimana wife beliau yg cuba mencari kekuatan dlm diri sambil berzikir x berhenti. Apakah aku akan jadi setabah itu bila diuji............? Aku juga melihat sendiri bagaimana anak perempuan beliau yg kecil merengek2 mahukan ayahnya..............tanpa aku sedar, aku menangis. Terkilan rasanya kerana aku x sempat meminta maaf dari beliau diatas segala keterlanjuran kata. Justeru aku berjumpa ngan wife arwah utk meluahkan ape yg sarat di fikiran....
Semoga Allah merahmati & menempatkan roh En Fakhri bin Abd Rahman bersama dgn org2 yg beriman. Semoga wife beliau diberi kesabaran & ketabahan yg tinggi utk melepasi ujian getir ini. Bukan mudah untuk menerima kenyataan bahawa org tersayang telah pergi menyahut panggilan Ilahi. Sungguh2 aku bermohon agar isteri & anak2 beliau dilindungi Allah.....AMIN!!!!!!

Gambar nie telah dirakamkan sewaktu kami sama2 menjayakan hari keluarga Bhgn Khidmat Korporat pd 2007 di Bukit Merah Lake Town Resort.

Thursday, March 18, 2010

DINNER REUNION OLD SRSU,SKTG & SMKTG

Tanggal 7 Mac 2010, aku telah menghadiri satu majlis makan malam yg dianjurkan oleh bebudak lame sekolah. Memang syok giler mlm tue. Aku laks terlibat secara tidak langsung sebagai comittee. Episod bermula dari perjumpaan kecil yg diadakan di Secret Recipe, JUSCO, Bandar Baru Klang. Perancangan hanya dibuat dalam jangka masa 2 minggu selepas hari itu. Pada mulanya kami hanya target untuk 30 orang sahaja & memilih Klang Exective Club. Tidak disangka2 pada minggu terakhir sebelum majlis berlangsung, kami menerima seramai 65 org member yg sudi hadir. Sesuatu yg di luar jangkaan.
Dari dewan yg boleh memuatkan seramai 60 org, kami telah beralih kepada dewan yg boleh memuatkan lebih 100 org. Keadaan dewan memang memuaskan dari segi keluasan tetapi kurang memuaskan dari segi kekemasan & kesejukan air-cond. Makanan memang banyak tapi aku sendiri x dapat nak menikmati rasa lauk pauk yg disediakan memandangkan kesibukan menjadi MC & keterujaan berjumpa ngan kengkawan.
Utk perjumpaan kali ini, boleh dikategorikan meriah & seronok sbb kami mencapai target seramai yg mungkin utk dikumpulkan dlm masa kurang dari 2 minggu. Ini adalah hasil kerja keras Mahadir yg selama ini memang berura-ura nak buat reunion sekolah. Kalu xde Mahadir memang segala yg berlaku malam tue hanyalah khayalan. Kini Mahadir jadikan semuanya sebagai realiti dan ini adalah hasil kerja keras dia & rakan2 yg lain.
Ini adalah perjumpaan yg pertama & julung2 kali diadakan, maka kekurangan pasti ada. Semoga hubungan ini tidak berakhir hanya disini sahaja. Semoga akan ada majlis atau perjumpaan sebegini pada masa hadapan. Terima kasih pada semua yg sudi hadir bagi memeriahkan majlis makan malam tersebut.
Jom layan gambar......


Punyalah seronok bercerita.......lama sgt tak berjumpa sampai x sedar aksi gelak ketawa kami dirakamkan.....

Ini adalah teman2 lama zaman sekolah dulu ........sama2 nakal, sama2 degil......uhuk...uhuk....

Ini pulak bestfriend aku, EJ waktu di SMKTG. Susah senang, sakit pening & macam2 pengalaman pahit manis dah kami lalui bersama........

Ini lak peneman setia aku sampai mati.....En Tapa......very supporting mlm tue....

Bebudak lelaki nie memang best....supporting habis. X sangka betul diaorg nie nak dtg majlis macam nie sbb masa sekolah kalu ade keramaian memang susah nak dtg.......

Inilah wajah si pengacara majlis malam tue.......terasa kepoyoannyer......MC bidan terjun sbb org yg sepatutnya jadi mc sakit tekak. Tukang back-up nyer pulak x confident.....lastly, aku lak yg terjebak......

Sesungguhnya....mlm tue penuh ngan kenangan. Seperti mengulangi zaman persekolahan yg telah lama kami tinggalkan dulu. Malam tue penuh ngan gelak ketawa & tangis riang kerana mengingati peristiwa lucu, sedih, geram & macam2 lagi. Betapa nakalnya kami waktu itu & hari ini setelah hampir berbelas tahun kami tinggalkan semuanya baru kami tahu tak ternilai harga sebuah kenangan. Semoga pertemuan hari ini adalah permulaan utk hari esok.......................

Friday, February 19, 2010

CUTI2 SG CONGKAK

Lepas balik dari Fraser Hill ari tue, esoknya aku bawa family aku bercuti ke Sg Congkak. Kali nie we all bukan setakat berkelah tapi siap bermalam kat Chalet dlm area Sg Congkak. Punyalah teruja & seronok sbb inilah second time kami bercuti bersama (First time masa kami pergi ke Tioman). Elok lepas abah habis dialisis, kami terus pergi menuju ke destinasi.
On d way kat highway x sesak, jln clear jer. Tapi kesesakan bermula selepas kami melepasi tol Cheras-Kajang. Punyalah hebat sesak dari jln luar sampai ke pintu pagar utama Congkak. Hampir 2 jam kami sangkut. Maklum jelah, cuti tahun baru cina kali nie agak panjang so semua org pun buat plan utk piknic & bercuti. Macam biasa, mak akan mabuk & mood yg membara semakin layu. Bila kami menghampiri pintu pagar utama, barulah hati kembali mekar berbunga riang diselangi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana sampai juga kami ke destinasi.
Kami sekeluarga pergi dgn 3 buah kereta. Lepas check-in kat guard house, kami dibenarkan masuk dgn kereta sampai ke chalet. Sampai kat sana kami terserempak pula ngan family Uchu. Sesuatu yg tidak dijangka sbb semuanya tidak dirancang. Aku booking 3 chalet dan perkara pertama yg kami buat sesampainya kami di sana ialah makan tengahari walaupun masa tue dah pukul 2 ptg. Punyalah sedap lauk yg mak masak.....sambal goreng, masak lemak labu dan ayam goreng.
Habis makan terus kami bersiap2 utk bermandi manda. Sebelum tue kami angkat barang dulu. Abah ngan mak macam biasalah, tidur dulu. Aleesa adalah org yg paling gumbira tapi cam biasalah, dia pegi memana pun mmg asyik bergumbira & teruja.
Bila mlm menjelma kami pun mulalah buka baca2an ayat2 suci Al-Quran. Lepas sembahyang Maghrib kami pun mula makan malam bersama2. Mlm tue start Adam ngan Nana demam pulak. Nasib aku ade bawa ubat demam. Aku mmg x pernah tinggal ubat demam kalu pegi memana ngan bebudak nie. Mlm adalah acara melepak bersama keluarga. Lama dah x berkumpul macam nie.
Lebih kurang pukul 12.00 mlm kami dah masuk chalet memasing utk tidur sbb tv pun xde nak layan. Punyalah syok tidur sbb suasana yg sejuk & nyaman. Sunyi & sepi keadaan mlm tue, maklum jelah duduk dlm hutan makanya yg kedengaran hanyalah bunyi unggas.
Pepagi esoknya, cam biasa anak2 aku juga yg bangun dulu & memekak. Terpaksalah aku pun bangun walaupun agak keberatan sbb tgh syok layan tido. Mak lak pepagi dah ajak turun mandi. Lepas breakfast, adik2 aku pasang khemah kat bawah. Dekat ngan sungai, tempat nak berendam. Dia org yg mandi sakan ngan Aleesa. Aku x kuasa sbb airnya sgt sejuk. Abah macam biasa, duk kat dlm chalet , makan & tido. Dia malas nak kuar sbb x larat nak turun naik tangga.
Kami check-out ari tue kul 6 ptg. Lewat sikit sbb nak tunggu Pak Lah dtg amik angah. On d way balik, nasib jln x sesak tapi kete kami lak meragam. Nasib baik dah sampai kat Sg Bertih, water pam rosak. Sesungguhnya aku bersyukur kerana kami sekeluarga selamat sampai umah. Syukur juga kereta kami x meragam kat tengah jalan. Walaupun percutian adalah sesuatu yg memenatkan tapi kami enjoy sbb kami dapat berjalan & berkumpul bersama.....
Jom ushar gambar.............

Ini adalah pemandangan dari beranda chalet mak ngan abah. Time nie, kami tgh menikmati lunch sebelum balik.


Ini pulak time diaorg tgh lepak2 mandi manda kat sg. Siap pasang khemah lagi. Rajin betul diaorg nie siap main masak2 kat bawah nie.

Tgk si Aleesa yg x tahu nak naik lepas jumpa air. X tahu sejuk langsung.......Kalau mak ngah nyer lak cam x sedar diri......

Inilah khemah yg di pasang oleh Noni & Ara. Tapi yg duduk lepak kat dlm nie cuma si Nana sorang je. Si kurang rajin tue mmg lepak jer kerjanya......x pelah.....janji x kacau org.....

Aku pasang khemah gak mlm tue tapi khemah kecik utk bebudak nie tido. Itu pun pasang kat dlm chalet. Yg tido kat dlm tue si Nana ngan Aleesa. Si Adam xleh tido kat dlm sbb dia tido sgt lasak....

Tengokkkkkk......

Sibuk tul makcik ngan maklang nie........

Poyo jer si Aleesa mengacau sambal sardin......eksen jer tue.....

Si Nana yg demam pun nak bergambar gaks.....

Nie ape keje pun aku x tahu.....layankan jerlah......

Thursday, February 18, 2010

Fraser Hill

Sabtu 13/02/2010 yg lepas En Tapa buat suprise utk kami. Dia berhajat nak bawa kami ke Frase Hill sejak tahun lepas lagi. Di kesempatan Cuti Tahun Baru Cina minggu lalu En Tapa senyap2 booking apartment 2 bilik kat Silverpark Resort. Yg aku pelik, ade pulak apartment kosong time peak season nie. Aku balik keje ari Jumaat ari tue, En Tapa baru bagi tau yg dia dah booking apartment & nak bertolak kul 10 pagi esok. Dahlah we all plan balik keje ari Jumaat tue nak ke Banting, singgah umah uchu utk meluah rase.....Anyway...pegi gak Banting mlm tue. Balik dari Banting lebih kurang kul 11.30 pm, aku terus packing barang utk esok.
Pagi Sabtu tue, kami bertolak dari umah kul 10.30am. Siap singgah sarapan kat Keningau di Bandar Baru Klang. Perjalanan pagi dari Klang x berape nak lancar maklumlah org ramai bercuti & balik kampung so jln sesak jgn cakap ler. Sampai Rawang pun sesak gak...mujur nak naik ke Frase Hill x sesak. MasyaAllah.....jalan nak naik punyerlah bengkang bengkok. Aku selamat masa nak naik tapi aku x selamat masa nak turun. Aku muntah sampai nak terkeluar isi perut.
Sesungguhnya, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ku di tanah Fraser Hill. Masa sampai kat apartment kami, keadaan kat atas tue masih lengang. Menjelang petang barulah penuh kereta depan apartment. Aku rase agak seram sebab keadaan yg sunyi ditambah dgn struktur bangunan yg usang & lama. Tapi keadaan dlm apartment kami selesa cuma macam aku cakap tadi ler, agak seram. Aleesa pun takut nak tido dlm bilik dia sampai sanggup dia tido depan TV. Siap pesan jgn tutup TV walaupun dia dah tido.
Hari pertama sampai kami cuma pusing2 melawat kawasan. Jalanraya kat sana sgt sempit & terhad so pada sesiapa yg nak pergi, aku nasihatkan belajarlah bawa kete perlahan & berhati2 terutama pada setiap selekoh. En Tapa sendiri pun nyaris nak berlaga masa lalu kat selekoh. Mujur masing2 memandu ngan perlahan & hati2 sbb tue dpt elak.
Seronoknya kami disana ialah pengalaman sewaktu menunggang kuda & sewaktu En Tapa dpt memanah. Pengalaman yg x dapat aku lupakan & aku x berani nak ulang menunggang kuda lagi. Aku x percaya yg aku boleh mabuk sbb tunggang kuda. Aleesa relax jer & dialah antara org yg paling gembira. En Tapa naik kuda ngan Adam tapi Adam punyer-lah fobia sampai mengamuk-ngamuk kat atas badan kuda tue. Sebatu aku dengar dia menjerit nak turun. Yg Nana lak kami x bagi naik sbb dia lagi teruk kalau menangis sbb takot tapi dia menangis jugak sbb nak naik.
Habis menunggang kuda, En Tapa pegi memanah lak. Dia kata dah lama simpan niat nak memanah so termakbul jugalah impian dia utk memanah. Puas kami berjalan kat Fraser Hill nie. Aku sangat suka suasana pagi di Fraser Hill yg mana tidak terdapat lagi di Genting & Cameron Highland. Sejuknya semacam, sampai kat dlm apartment pun dia org x pasang aircond.
Jom layan gambar......

Nampak cam poyo jer En Tapa memanah. Ade hati nak wakil Malaysia utk sukan memanah.......

Nampak x si Adama tgh meronta-ronta nak turun. Elok turun jer dia sibuk nak naik pulak.....macam-macam hal......

Aleesa gak yg relax....kuda kami namanya Zack.....aku takot jatuh jer masa kat atas tue sbb rase cam goyang jer.....Berdebar-debar sampai nai muntah aku dibuatnya........x ingin aku naik lagi.

Loving couple...loving ker....?ha...ha...ha...tentunya loving...ha...ha..ha....jgn marah En Tapa.....

Control macho........saje bagi peluang..............

Mereka nie yg paling gumbira.........

Lepak kat Allan Water.....Tasik kat tgh2 bukit.......

Thursday, January 7, 2010

ALEESA KE TADIKA

Masuk ari nie dah 4 hari Aleesa ke tadika. Tahun nie Aleesa dah start ke tadika walaupun dia baru 5 tahun. Sejak dari tahun lepas lagi dia dah bersemangat nak ke sekolah lepas dia ikut maklong dia, Kak En Tapa yg sulung guru tadika kat Bayu Perdana. Pernahlah dia bawa Aleesa ke tadika dia sekali dua kalau ade ape-ape keramaian. Anak dia Danial lak sama umur ngan Aleesa so ade geng ler kalu dia ikut maklong dia. Semenjak tue dia asyik merengek nak ke sekolah.
Hari pertama persekolahan dia, bermula pada 5 Jan 2010, hari Selasa , jam 8 pagi. Aku x amik cuti sbb dia cuma bersekolah selama 2 jam sepanjang minggu tue. Sebagai sesi penyesuaian & pengenalan kata cikgu. En Tapa lak aku paksa amik cuti sbb company dia x mengizinkan staf masuk lambat.
Al kisahnya si Aleesa nie nak ke sekolah sampai tak lalu nak makan, minum & kencing. Kul 6.30 am jer dia dah bangun tanpa dikejut. Aku kata kat dia "nape kakak bangun sekrg....awal lagi....pegi tido dulu....." dia jawab," xpe la ma.....cha dah bangun dah....". Punyalah bersemangat nak ke sekolah sampai asyik tersenyum sesorang. Bagusnya dia....aku x payah nak tunggu sampai balik sbb dia cool jer. Lepas aku carikan kelas yg sepatutnya dia masuk, terus aku tinggalkan dia ngan cikgu kelas. Tak menangis pun kena tinggal cuma dia asyik senyum jer
Time balik.....bechok mulut dia bercerita pasal sekolah, cikgu,kengkawan & aktiviti yg dia buat. Seronok gak dengar cerita dia yg masih pelat bila bercakap. Sebenarnya, aku yg paling teruja bila Aleesa nak mula sekolah. Walaupun cuma tadika tapi aku cam tak percaya yg anak aku dah besar. Perasaan aku bercampur baur, gembira, takut , gementar & macam2 lagi sbb aku nak berikan yg terbaik utk masa depan dia tapi dlm masa yg sama aku takut silap buat pilihan utk dia. Kalu korang tak percaya, tunggulah turn korang lak nanti............x lama lagi.............tungguuuuuuuuuuuuu.

Complete set aku sediakan utk Aleesa ke sekolah..........



Bermulalah kisah baru dlm hidup aku & Aleesa. Selepas dari hari ini, saat ini, detik ini, aku akan berhadapan ngan pelbagai cabaran yg getir utk membesarkan Nur Aleesa Qistina. Semoga dia menjadi anak yg solehah. Semoga dia terang hati utk menerima segala pendidikan yg baik & menjadi insan yg rasional dalam membezakan perkara yg baik & buruk...........Amin......

Monday, December 21, 2009

Cuti-cuti ke Penang

14/12/09 ari tue kami sekeluarga telah bercuti ke Pulau Pinang. Hanya kami sahaja.....bukan tak nak ajak yg lain cuma percutian nie adalah percutian yg tidak dirancang. Tahu sajalah En Tapa yg suka buat semua benda last minit so semua pun last minit decide. Walaupun ini adalah percutian bidan terjun tapi aku & anak-anak sangat enjoy. Memandangkan ini adalah percutian pertama kami maka kami cuba menikmati sepenuhnya bersama. Anak-anak pun bukannya kecik lagi so dia org adalah antara yg paling gembira sebab dapat jalan-jalan siang & malam, berenang kat swimming pool & pantai, makan sedap-sedap sampai muntah(itu Aleesa) dan yg paling best dapat menginap kat hotel ngan bilik yg besar. Puas dia org bermain tanpa henti sampai time tido. Penat.....? Memang penat & sakit badan terutama bila kami naik Bukit bendera. Berasak-asak masa kat kereta kabel, baik masa naik atau masa turun. Mane nak dukung abg lagi, mane nak kejar dia lagi masa sampai kat atas Bukit Bendera, memang menguji kesabaran. Tapi itu semua tak mematahkan semangat kami utk menikmati percutian nie. Puas kami pusing-pusing kat Penang sampai dah naik hafal jalan. Pada En Tapa yg sponsor kami bercuti, kami ucapkan ribuan terima kasih. Tahun depan sponsor lah kami lagi....
Memang aku tabik pada En Tapa yg tak menunjukkan riak muka penat pun waktu kat sana. Mula dari Klang sampai ke destinasi yg hendak dituju, En Tapa still maintain. Sebut jer nak pegi mana, nak singgah mana, nak makan kat mana, semuanya akan En Tapa tunaikan. Dia yg paling bersemangat nak bawa kami pusing-pusing Penang. Puas En Tapa melayan karenah kami tanpa rasa jemu. Terima kasih sekali lagi.......
So....ape lagi layan gambor ler.....




Gambar-gambar nie di ambil pada hari pertama kami di Penang, kul 6.00 ptg kami naik Bukit Bendera. Aku memang dah letih giler sbb kena dukung Adam masa dlm kereta kabel tapi si Adam punyalah cergas & dia punyalah syok berlari. Cuaca kat atas tue punyalah sejuk sbb nak hujan. Anyway....pemandangan Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera memang cantik.

Kami menginap di Flamingo Hotel, Tanjung Bungah. Memang puas ati terutama masa gie swimming pool & breakfast. Bilik kami lak menghadap laut ngan swimming pool, memang best giler. Sebelah malam lak, suasana laut sangat2 indah sbb pengunjung suka lepak kat tepi pantai time malam. So dari verandah aku dah boleh dengar suara diaorg menyanyi-nyanyi & boleh nampak diaorg punya unggun api.


Inilah swimming pool yg anak2 aku kecohkan. Si Adam mandi sampai taknak naik. Puas aku pujuk. Walaupun dah mengigil sejuk tapi dia buat dek jer. Bibir sampai naik biru tapi dia sanggup tahan berdiri dalam kolam yg paras pinggang dia.

Inilah verandah yg paling strategik sekali selain dari verandah apartment lama aku yg menghadap sungai Klang. Kami sekeluarga boleh melihat pemandangan pantai yg indah, laut yg luas & kolam renang yg cun. Ianya bertambah strategik kerana terlindung dari sinaran matahari yg terik pd sebelah siang.

Masa nie kami kat lobby, tgh tunggu ayah selesaikan urusan utk check-out hotel.


Gambar nie diambil sewaktu kami melawat Botanical Garden. Kalu org luar nak cari Botanical Garden nie kenalah ikut sign board Taman Bunga sbb xde signboard yg tulis Botanical Garden. Bagai nak gila kami pusing Tanjung Bunga sbb nak cari tempat nie. Ape yg menariknya kat sini ialah monyet-monyet yg sangat friendly. Adam jugalah antara org yg paling gumbira apabila melihat monyet2 nie. Nak di kejarnya monyet2 nie. Maklum jelah 1st time nampak binatang nie. Dia ingat monyet2 nie sama spesis ngan rabbit makcik dia kot........

Nie rojak buah yg sgt sedap & yg sebelah tue Air Batu Campur. Kat sana korang jgn sebut ABC sbb diaorg x paham. Sewaktu kami sedang enak menikmati rojak buah nielah si kakak muntah dgn jayanya. Hanya tuhan saja yg tahu bagaimana perasaan aku waktu tue. Semua nie gara dia terlebih minum air sirap. Dahlah kedai makan nie tgh ramai org. Maafkan jelah dia sbb dia pun bukan sengaja cuma aku yg rase bersalah kat tokey kedai tue......Sorry ye kak......


Lepas menikmati rojak, ABC....ops....air batu campur & muntah kakak, En Tapa bawa kami ke tepi pantai main pasir & mandi laut. En Tapa kata, kat sinilah tempat Tsunami melanda. Takut gaks nak sebut-sebut time tue.....maklum jelah dosa banyak lagi nie......


Macam biasa...gambar dia org jer yg penuh..............posing sakan ler.

Ha...ni lak Pasembor. Memang sedap Pasembor nie, lebih2 lagi kalu makan kat Padang kota. Memang banyak pilihan kedai yg menyediakan Pasembor nie so kenalah pepandai pilih. Lagi satu, jgn tamak sbb kalu tamak nanti tak termakan & tak terbayor.

Ini lak, panorama indah di tembok Padang Kota. Kalu kat Penang, cuaca panas memang betul2 terik sampai aku rase cam terhidrasi jer. Sepanjang 3 hari 2 mlm kami disana setitik hujan pun tak turun.



Time balik kami menyeberang ikut feri. Sekali lagi, anak2 adalah org yg paling gembira. Aku dah pernah naik feri nie mase dolu-dolu so xdelah teruja sgt.

Akhirnya kami bertolak pulang petang Rabu 16/12/09. R&R Tapah adalah perhentian yg paling cantik yg pernah aku singgah. Anyway...R&R kat area Utara memang cantik2 & menarik. Sesampai jer kat umah, si kakak tak habis-habis bercerita ngan Nenek Ju dia. Nana cam biasa, low profile. Dia memang tak banyak karenah cuma yg menjadi masalah bila tiba mood kurang rajin dia sampai berjalan & makan pun dia reject. Si Adam pulak tak pernah ade perkataan penat dlm kamus hidup dia. Dia cuma akan berhenti main bila dah time tido. Serik.......Aku ngan En Tapa tak pernah serik utk merancang percutian kami. Semoga akan ada rezeki dari Allah utk kami sekeluarga pada masa akan datang.......AMIN!!!!