Wednesday, April 29, 2009

MUTIARA KATA


"I have a pair of eyes but i can't see you every day.....

I have a pair of ears but i can't hear you every time....

but I have only one heart that i remembers you every second......."

Monday, April 27, 2009

MUHASABAH DIRI...........

DIPETIK DARI KATA-KATA DATUK DR. FADILAH KAMSAH :-

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."
Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan mengembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."
* Jadi renungkanlah....
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja.
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .
3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'
8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA, BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja), kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.
Pejamkan mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik...?
Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ... kalau kita kurang kerja, carilah kerja membantu teman-teman yang lain. Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasiblah sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
Renungilah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...
"Mengkritik tidak bererti menentang, Menyetujui tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Tuesday, April 14, 2009

Nur Aleesa Qistina

Lame rasanya tak update blog. Bukan ape, sekarang aku tengah busy menghadap dateline utk audit 2nd qtr. Banyak giler kojer sampai takde mase nak masuk blog. Alah dlm 3-4 minggu nie jer cam ayam....bulan depan aku boleh bersenang lenang. Utk post kali nie, aku ingat nak story-mory pasal Nur Aleesa Qistina. Actually.....semenjak aku sibuk ngan audit kat opis, aku akan pulang umah lambat yg sgt luar biasa dan hari minggu pulak aku akan gie opis utk siapkan assignment. Perkara nie pasti akan menjejaskan hari-hari indah aku bersama family tercinta. Org yg paling ketara terjejas adalah Aleesa sebab dia masih kecil & dah mula nak faham. Nana ngan Adam kecik gak tapi tak faham ape-ape lagi....En Tapa pulak sgt faham sebab busy aku bermusim.

Ape yg aku nak citer adalah tentang keprihatinan Aleesa & cara dia meluahkan perasaan dia terhadap aku, bondanya. Setiap kali aku balik kerja lewat, pasti dialah antara org yg setia menunggu aku selain drpd En Tapa. Sebagai rutin dan tak mahu mensia-siakan penantian dia....aku akan mendengar segala cerita yg akan dia sampaikan tatkala kaki aku melangkah masuk ke rumah. Walaupun aku tak berapa nak paham apa yg dia cuba sampaikan (sbb dia masih pelat) tapi aku tetap melayan karenah dia sampai dia masuk tidur. Walau sepenat mana aku rasekan, aku tetap gagahkan diri utk melayan cerita dia. Biasanya dia akan bercerita pasal apa yg dia buat satu hari nie kat umah mak ngah & nenek Timah dia. Satu lagi yg membuatkan aku sgt-sgt terharu ialah dia sgt takut bila aku sakit & mula picit kepala....cepat-cepat dia tolong picitkan kepala aku. Dia tahu aku penat bekerja & dialog yg selalu dia cakap ialah "ma enat yer...cian ma.....".
Tentu korang tau kenapa aku sgt touching bila citer pasal Aleesa & sgt risaukan dia. Aleesa tak sakit, Aleesa tak cacat & Aleesa juga tak mempunyai masalah (Alhamdullillah). Aleesa anak yg baik & mendengar kata walaupun kadang kala agak nakal...nama pun budak. Sejak mengandung & sehingga melahirkan dia aku tidak mengalami apa-apa masalah. Membesarkan dia juga aku tiada masalah cuma aku berdebar utk menunggu dia remaja & dewasa. Sahabat-sahabat sekalian tentu tahu apa yg bersarang di dlm kotak pemikiran aku kan.....?.



Setiap malam sebelum dia tidur aku selalu usap ubun-ubun kepala dia & cakap ngan dia betapa aku & ayahnya sayangkan dia. Betapa dia sgt istimewa utk kami & dia harus menjadi budak baik & mendengar kata. Dia, Nana & Adam adalah sama dan dia harus sayangkan adik-adiknya sama seperti kami sayangkan dia. Dia juga selalu ucapkan pada kami "Cha syg ma......Cha syg ayah".

Aleesa mempunyai perasaan yg sgt sensitif. Cepat merajuk & senang dipujuk. Aku cuba didik dia sebaik yg mungkin kerana aku tahu, aku bukannya seorg yg sempurna. Aku bersyukur krn mempunyai seorg suami yg menerima aku & Aleesa seadanya. Suami yg sama-sama membantu aku mengubati kesan luka masa lampau aku. Suami yg sama-sama fikir & risaukan masa depan Aleesa. Suami yg sentiasa bersedia menjadi tempat aku berlindung...............





Bukan tujuan aku utk mengenangkan kenangan masa silam tapi aku tahu bahawa semakin aku buang jauh kenangan itu, semakin ia datang menghimpit kotak fikiran aku kerana bersama kenangan itu ada satu tanggungjawab yg perlu aku pikul. Setiap kali aku pandang Aleesa setiap kali itu luka dihati aku berdarah. Teringatkan betapa perit ditinggalkan, di saat aku mengandungkan Aleesa dan memerlukan seorg lelaki bernama suami disisi membuatkan aku tak dapat membuang jauh kenangan itu. Bagaimana keadaan aku yg mengandung sulung naik turun JAIS demi mempertahankan hak aku & anak dlm kandungan aku.... & Bagaimana keadaan aku yg sedang menahan sakit seorg diri dlm bilik bersalin....Aku risau sekiranya dia dewasa & dah mula faham segalanya, dia akan mula bertanyakan tentang lelaki itu. Mempersoalkan tentang nama ayahnya yg tak sama ngan adik-adiknya yg lain & mula memencilkan diri kerana perbezaan itu. Dan yg paling aku takutkan ialah bagaimana sekiranya dia hendak mencari lelaki itu....???? .

En Tapa pulak, tak pernah mengungkit apatah lagi bertanya tentang masa lampau aku & aku tahu yg dia tak mahu melukakan hati aku. Kegusaran yg bersarang dihati aku, hanya aku saja yg tahu & sekarang aku kongsikan bersama pembaca blog ini. Semoga Allah melindungi anak-anak aku daripada anasir-anasir yg merosakkan & semoga aku diberikan kekuatan utk memikul tanggungjawab ini.

Sunday, April 5, 2009

Lawatan ke Rumah Anak Yatim

Semalam....Ahad (5/04/09), aku ikut En Tapa ke Institut Taufiq Islami(I.T.I) Jalan Kebun. Tempat tersebut adalah sebuah sekolah asrama untuk anak yatim dan fakir miskin. Sekolah nie menyediakan pembelajaran Tahfiz Quran utk semua penghuni asrama. Actually...AJK Surau tempat En Tapa bekerjaya yg menganjurkan lawatan ke institut tersebut. Kata En Tapa, CEO dia yg bersemangat nak pegi tempat nie. Aku cam biasa..menyibuk jer nak ikut tapi ade kebaikannya sbb aku nak lihat sendiri camner yg dinamakan umah anak yatim. Sepatutnya aturcara sampai ke waktu makan tengahari tapi bebudak tue dapat jemputan makan tengahari kat KL. Kalu ikutkan dlm aturcara ade gotong-royong.....aku punyalah bersemangat nak bergotong-royong tetiba dikhabarkan tak jadi......Cam biasa, kalu aku pegi mane pernah nak tinggalkan anak-anak lagi pulak nak gie umah anak yatim. Asyik bawak diaorg gie berpoya-poya jer. Sekali-sekala teringin gak aku nak bawak diaorg gie tempat-tempat yg menginsafkan camnie. Nape aku cakap tempat nie menginsafkan...???Aku ade interview salah seorg pelajar kat sini. Dia dah tinggal kat sini 9 tahun. Dari umur dia 7 tahun lagi dia dah kena duduk kat sekolah nie. Ayah dia dah meninggal dunia, mak dia pulak menghilangkan diri jadi dia, abg & adiknya(3 beradik jer) telah dihantar ke institut tersebut. Dia baru citer sikit jer aku dah rase terharu dan nak nangis. Kalu korang dtg & nengok sendiri, ramai gak budak yg berumur kurang dari 10 tahun tinggal kat situ. Ya Allah.....Mudah-mudah anak-anak ini berjaya dlm kehidupan mereka didunia mahupun diakhirat kelak. Macam mana kalu anak-anak aku seperti mereka..................Oh...Tuhanku.............bersyukurlah kerana aku dan En Tapa masih ada utk melihat anak kami membesar dan berjaya......AMIN!!!!!!!!!!!!!

Buat julung-julung kalinya aku nengok En Tapa jadi pengerusi majlis siap bacakan doa lagik.......

Kami berkumpul dalam surau ngan semua pelajar utk sesi penyerahan sumbangan

Abg monyok sbb dia kena gomol ngan bebudak pompuan kat situ maklumlah dia cute sangat.....naik merah padam muka dia menangis.

Ini sesi mengagihkan sarapan

Gambaran dlm bilik makan pelajar perempuan

Selepas sesi suai kenal & melawat asrama kami semua berkumpul depan surau utk bergerak pulang.....semua staf datang ngan keluarga masing-masing....

Luang Masa Bersama Si Kecil (Part 1)

Hari Sabtu 4/04/09 ari tue, aku & anak-anak tercinta di bawa oleh En Tapa berjalan sakan sampai naik lembik. Bukannya ke mana cuma ke Klang Parade ngan Jaya Jusco Bukit Tinggi. Mulanya En Tapa nak bawa we all gie Genting Highland tapi aku menolak ngan alasan jauh. Maklum jerlah semenjak anak dah berderet nie tambah-tambah ada si abang yg sangat lasak tue aku tak berani nak jalan jauh. Hari tue gie Sunway Pyramid pun aku balik demam...inikan pula nak naik ke Genting. Nasib baik En Tapa tak kisah so dia tetap nak bawak kami jejalan. Atlast we all ke Klang Parade dahulu konon-konon nak nengok artis ABPBH, sekali tue depa datang hari Ahad bukan ari Sabtu. Tapi aku tak kisah sbb Rosyam Nor ada cuma aku tak berkesempatan nak ambil gambar together ngan Rosyam Nor maklum jerlah ramai sangat peminat yg berkerumun. Daripada aku berebut-rebut semata-mata nak ambil gambar lebih baik aku fokus ngan anak-anak aku....karang gambar ngan Rosyam Nor takde, aku pulak putih mata hilang anak.....
Daripada Klang Parade, En Tapa terus bawak kami ke Jaya Jusco Bukit Tinggi utk makan di Restoran Black Canyon. Memang sedap makanan kat restoran nie. Kita org tak lepak lama kat JJ tue sbb anak aku dah lesu berjalan. Ape kate kita layan gambo yg tak seberapa.....


Aku ngan si Abg sedondon, merah mak angah lagik....

En Tapa ngan pose poyo dia...............aku snap gambor nie kat dalam Black Canyon Restaurant yg sedap tue.....gambor makanan tak sempat aku nak snap sebab si abg dah mengkucar-kacirkan keadaan...

Inilah jelah gambo Rosyam Nor yg sempat En Tapa snap...payah sangat sbb beliau dikerumuni peminat.....

Abg ngan ayah...Muka abg cam tak puas ati jer......




Berikut adalah aksi-aksi si pari-pari ku yg nak menggantikan artis......Kakak paling over.....

Thursday, April 2, 2009

Sambutan Maulidur Rasul

Semalam 2/04/09, company tempat aku bekerjaya ada buat Sambutan Maulidur Rasul. Walaupun agak terlewat tapi kami semua tetap menymbutnya ngan penuh semangat. Acara dimulakan pada pukul 11.30am dgn bacaan surah Yasin dan diikuti dgn selawat ke atas nabi. Selepas tue kami semua berpeluang mendengar ceramah yg telah disampaikan dengan jayanya oleh Ustaz Dzulkarnain yg kita boleh lihat orgnya kalau buka tv, channel Astro Oasis dlm rancangan Kalam Suci. Tak bosan langsung bila dengar ustaz nie punya ceramah. Anyway...yg penting kesedaran perlu ada selepas mendengar ceramah sbb kita haruslah menuju ke arah kebaikan. Betul tak kengkawan......Alhamdullilah.......
Selain itu, aku ade gak beberapa photoshoot yg tidak ada dlm blog Angah........(nak jugak)....Jom layan kemesraan kami.........





Time nie kami tgh tunggu tukang baca doa ngan beberapa org big boss yg lum sampai. Maklum jerlah, kami pantang jumpa kamera...............

Ha......buat julung-julung kalinya gambar kak Ros(secretery Dato' EC) yg memakai tudung dan berbaju kurung ala-ala muslimah sejati terakam oleh lensa kamera aku.......

Dia org nie pantang nampak kamera, macam ade satu penyakit yg menyerang bila lensa kamera terarah pada dia org......ia dipanggil sawan gambar......
Cuba nengok pose aku tue, ade tak ala-ala kak Sheila Rosli. Dulu akak terkenal ngan gelaran 'Akak Rambut Ketak' , now tidak lagi dik.................

Angah dimana................Angah dimana-mana........

Jamuan makan telah disediakan oleh En Razak(Admin Department). Nasi beriani daripada Restoran Sri Keningau.......

Ini adalah suasana dlm tempat kami berkumpul utk meraikan majlis tersebut. Ini area lelaki yg berada dlm barisan depan. Semangat betul dia org nie ngan baju melayu, siap bersampin...

Ini adalah area kaum Hawa yg tak seberapa bilangannya di Satang.

Patut ker Aku Panggil Dia Nie Kawan?????

Korang pernah tak ade kawan yg terang-terang makan kawan & terang-terang tikam korang dari depan?????. Aku dah lama nak luahkan perasaan aku dlm blog nie pasal kawan cuma sekarang jer baru aku ade kesempatan. Aku pernah ade kawan camnie kerana suatu waktu dahulu aku anggap dia ini sebagai kawan baik, kawan cemolot dll yg baik. Memang tak dinafikan sewaktu aku dilanda musibah yg menguji keimanan aku, dia yg sentiasa berada disisi menemani aku. Memang aku terhutang dgn dia tapi bukan terhutang budi cuma terhutang masa yg dia luangkan utk menemani aku saat aku ditimpa musibah. Aku tak pernah nak memilih utk berkawan sayugia kawan aku itu seorg pembunuh kerana bagi aku tak semestinya korang kena ikut ape yg buruk yg ade pada seseorg itu. Tambah lagi soal fizikal sama ada gemuk, cacat, hodoh atau ape-ape yg seangkatan dgnnya krn bagi aku semua itu tidak akan menjejaskan sesuatu persahabatan. Aku sgt pentingkan persahabatan sehingga aku sanggup bersusah & bersakit utk seseorg yg bernama kawan tapi keadaan aku inilah yg sering disalahgunakan oleh insan yg bernama kawan. Kawan aku yg sorang nie telah mengambil kesempatan diatas kebaikan yg aku taburkan dgn membuatkan aku blacklist ngan bank. Aku telah menjadi penjamin dia sewaktu dia hendak membuat pinjaman kononnya utk mengubati bapak dia yg strok. Entah ape bodohnya aku boleh bersetuju ngan cadangan dia utk aku jadi penjamin sedangkan kakak dia sendiri menolak. Sesungguhnya waktu itu aku sangkakan dialah kawan yg boleh sangat dipercayai.
Aku....macam biasalah...boleh sabar lagi bila dapat tau aku blacklist ngan bank masa aku cuba buat pinjaman peribadi, konon-konon aku nak tambak tanah utk buat rumah atas tanah pemberian mak mertua aku. Dahlah aku dapat tau setelah permohonan aku ditolak oleh bank....pastu bila aku bagi tau ngan dia, mulalah dia buat muka seposen dan minta maaf. Dia janji yg dia akan buat full settlement awal tahun nie (2009). Aku maafkan dia time tue sbb dia slow talk ngan aku dan berjanji akan settle-kan awal tahun nie.
Awal tahun ari tue aku cuba call dia just nak remain balik janji dia tapi you all tau ape yg aku dapat???????Maki hamun daripada laki dia yg entah dari planet mane dtg dgn tak beradab pastu sms kurang ajar drpd dia sendiri. Dahlah aku call dia taknak angkat, bila aku hantar sms utk ingatkan janji manis dia pada aku tetiba dia melenting kata aku push dia. Hallo..........sape yg berhutang dan buat org blacklist sekarang nie???????dahlah buat aku blacklist pastu ngan perasaan tak bersalah dia memaki aku dlm sms dan yg paling aku benci dan akan aku ingat adalah kata-kata penghinaan yg dia tujukan pada Aleesa.
SUMPAH.........Khairol Azwa Abd Aziz....DEMI ALLAH...... aku akan ingat semua kata-kata jahat yg kau tujukan pada anakanda kesayangan aku. Kau boleh menyusahkan hidup aku hari nie tapi kau kena ingat sekali kau menyusahkan hidup aku yg pernah menolong kau maka sepuluh kali tuhan akan susahkan hidup kau sebab tuhan itu maha adil & saksama. Aku bersyukur pada tuhan kerana tunjukkan diri kau yg sebenarnya walaupun terlambat. Perjalanan hidup kita masih panjang, hari nie kau buat aku camnie tak mustahil esok lusa ianya akan kena pada kau juga mungkin versi & cara yg berbeza tapi matlamatnya tetap sama. Ini adalah balasan utk aku kerana tak dengar nasihat abah aku yg melarang aku jadi penjamin kau dahulu dan kau pasti dapat habuan kau juga kerana menganiaya aku. Aku amat kesal ngan tindakan bodoh aku dan juga ngan perangai kau yg selfish.....
Tentu korang nak nengok sangat camne muka org yg buat aku blacklist ngan bank.......ha........kat bawah nie aku sertakan gambar Khairol Azwa Abd Aziz tue............


Dia nia adalah kawan aku waktu menuntut dalam form 6 kat ACS Klang. Kalu siapa yg pernah se-class ngan aku dan se-sekolah ngan aku time tue pasti tau bertapa akrabnya aku ngan si Wawa(nama timangan aku bagi kat dia). Dia nie hanya mempunyai kawan yg sangat terhad, dlm sekitar kawasan kampung kita org jer. Semenjak dia berkawan ngan aku barulah dia mula bersosial malah lebih advanvce daripada aku. Semenjak itu...kawan-kawan aku adalah kawan-kawan dia jugak. Aku pulak banyak kawan sbb aku time sekolah sangat aktif dalam kokurikulum dan selalu ikut macam-macam pertandingan peringkat sekolah dan aku juga pernah menyertai Kelab Kebudayaan Negeri Selangor.
Pada Wawa(kalu kau terbaca), maaflah kerana hidup aku tak seperti yg kau harapkan. Aku tahu kau doakan kesusahan aku dan kau juga jaki ngan kebahagiaan aku. Untuk pengetahuan kau...aku sangat-sangat bahagia disamping suami yg tak pernah jentik aku dan anak-anak yg comel. Mereka tak pernah menyusahkan aku malah bersama mereka sangat-sangat membahagiakan aku. Sms kau yg berbaur dengki & kianat itu sikit pun tak menjejaskan rumahtangga aku malah suami aku tumpang gelak ngan sikap kebudak-budakkan kau laki bini. Harapan aku agar kau berubahlah kearah kematangan & kebaikan dan satu lagi jgn lupa bayar pinjaman kau yg berbelas ribu kat Bank Rakyat tue.......