Thursday, April 2, 2009

Patut ker Aku Panggil Dia Nie Kawan?????

Korang pernah tak ade kawan yg terang-terang makan kawan & terang-terang tikam korang dari depan?????. Aku dah lama nak luahkan perasaan aku dlm blog nie pasal kawan cuma sekarang jer baru aku ade kesempatan. Aku pernah ade kawan camnie kerana suatu waktu dahulu aku anggap dia ini sebagai kawan baik, kawan cemolot dll yg baik. Memang tak dinafikan sewaktu aku dilanda musibah yg menguji keimanan aku, dia yg sentiasa berada disisi menemani aku. Memang aku terhutang dgn dia tapi bukan terhutang budi cuma terhutang masa yg dia luangkan utk menemani aku saat aku ditimpa musibah. Aku tak pernah nak memilih utk berkawan sayugia kawan aku itu seorg pembunuh kerana bagi aku tak semestinya korang kena ikut ape yg buruk yg ade pada seseorg itu. Tambah lagi soal fizikal sama ada gemuk, cacat, hodoh atau ape-ape yg seangkatan dgnnya krn bagi aku semua itu tidak akan menjejaskan sesuatu persahabatan. Aku sgt pentingkan persahabatan sehingga aku sanggup bersusah & bersakit utk seseorg yg bernama kawan tapi keadaan aku inilah yg sering disalahgunakan oleh insan yg bernama kawan. Kawan aku yg sorang nie telah mengambil kesempatan diatas kebaikan yg aku taburkan dgn membuatkan aku blacklist ngan bank. Aku telah menjadi penjamin dia sewaktu dia hendak membuat pinjaman kononnya utk mengubati bapak dia yg strok. Entah ape bodohnya aku boleh bersetuju ngan cadangan dia utk aku jadi penjamin sedangkan kakak dia sendiri menolak. Sesungguhnya waktu itu aku sangkakan dialah kawan yg boleh sangat dipercayai.
Aku....macam biasalah...boleh sabar lagi bila dapat tau aku blacklist ngan bank masa aku cuba buat pinjaman peribadi, konon-konon aku nak tambak tanah utk buat rumah atas tanah pemberian mak mertua aku. Dahlah aku dapat tau setelah permohonan aku ditolak oleh bank....pastu bila aku bagi tau ngan dia, mulalah dia buat muka seposen dan minta maaf. Dia janji yg dia akan buat full settlement awal tahun nie (2009). Aku maafkan dia time tue sbb dia slow talk ngan aku dan berjanji akan settle-kan awal tahun nie.
Awal tahun ari tue aku cuba call dia just nak remain balik janji dia tapi you all tau ape yg aku dapat???????Maki hamun daripada laki dia yg entah dari planet mane dtg dgn tak beradab pastu sms kurang ajar drpd dia sendiri. Dahlah aku call dia taknak angkat, bila aku hantar sms utk ingatkan janji manis dia pada aku tetiba dia melenting kata aku push dia. Hallo..........sape yg berhutang dan buat org blacklist sekarang nie???????dahlah buat aku blacklist pastu ngan perasaan tak bersalah dia memaki aku dlm sms dan yg paling aku benci dan akan aku ingat adalah kata-kata penghinaan yg dia tujukan pada Aleesa.
SUMPAH.........Khairol Azwa Abd Aziz....DEMI ALLAH...... aku akan ingat semua kata-kata jahat yg kau tujukan pada anakanda kesayangan aku. Kau boleh menyusahkan hidup aku hari nie tapi kau kena ingat sekali kau menyusahkan hidup aku yg pernah menolong kau maka sepuluh kali tuhan akan susahkan hidup kau sebab tuhan itu maha adil & saksama. Aku bersyukur pada tuhan kerana tunjukkan diri kau yg sebenarnya walaupun terlambat. Perjalanan hidup kita masih panjang, hari nie kau buat aku camnie tak mustahil esok lusa ianya akan kena pada kau juga mungkin versi & cara yg berbeza tapi matlamatnya tetap sama. Ini adalah balasan utk aku kerana tak dengar nasihat abah aku yg melarang aku jadi penjamin kau dahulu dan kau pasti dapat habuan kau juga kerana menganiaya aku. Aku amat kesal ngan tindakan bodoh aku dan juga ngan perangai kau yg selfish.....
Tentu korang nak nengok sangat camne muka org yg buat aku blacklist ngan bank.......ha........kat bawah nie aku sertakan gambar Khairol Azwa Abd Aziz tue............


Dia nia adalah kawan aku waktu menuntut dalam form 6 kat ACS Klang. Kalu siapa yg pernah se-class ngan aku dan se-sekolah ngan aku time tue pasti tau bertapa akrabnya aku ngan si Wawa(nama timangan aku bagi kat dia). Dia nie hanya mempunyai kawan yg sangat terhad, dlm sekitar kawasan kampung kita org jer. Semenjak dia berkawan ngan aku barulah dia mula bersosial malah lebih advanvce daripada aku. Semenjak itu...kawan-kawan aku adalah kawan-kawan dia jugak. Aku pulak banyak kawan sbb aku time sekolah sangat aktif dalam kokurikulum dan selalu ikut macam-macam pertandingan peringkat sekolah dan aku juga pernah menyertai Kelab Kebudayaan Negeri Selangor.
Pada Wawa(kalu kau terbaca), maaflah kerana hidup aku tak seperti yg kau harapkan. Aku tahu kau doakan kesusahan aku dan kau juga jaki ngan kebahagiaan aku. Untuk pengetahuan kau...aku sangat-sangat bahagia disamping suami yg tak pernah jentik aku dan anak-anak yg comel. Mereka tak pernah menyusahkan aku malah bersama mereka sangat-sangat membahagiakan aku. Sms kau yg berbaur dengki & kianat itu sikit pun tak menjejaskan rumahtangga aku malah suami aku tumpang gelak ngan sikap kebudak-budakkan kau laki bini. Harapan aku agar kau berubahlah kearah kematangan & kebaikan dan satu lagi jgn lupa bayar pinjaman kau yg berbelas ribu kat Bank Rakyat tue.......

4 comments:

Mr. Mrs Zaidi Diaries said...

Hah! hambek ko wawa.. kan dah setepek Yus Maki ko.. kekeke tu baru dalam blog tu kekeke.. um dedepan lagi tu...kekeke..

Yang si wawa sengal ni pun memang cam bebudak lah.. yang ko pi usik bebudak yang tak bersalah apo2 kat ko tu wat po? Ade ke takde pasal nak babitkan Aleesa lak.. apa mati akal ke apo.. ngek ngok gak tu.. nasib nama dia Wawa kalu Wana camno? dah sume berlari2 masuk blog aku kang ni wakakakak..

Sesabo jeklah Yus.. Tu sume memang cabaran untuk sapo jadi penjamin..

dzi said...
This comment has been removed by the author.
dzi said...

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja

Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

areyuz said...

Aku sedang bersabo la Wana. Dan aku akan hadapinya dengan senyuman bak kate lagu Angah tue.............tapi kalu melibatkan Aleesa boleh buat aku jadi hilang sabo....