Sunday, April 5, 2009

Lawatan ke Rumah Anak Yatim

Semalam....Ahad (5/04/09), aku ikut En Tapa ke Institut Taufiq Islami(I.T.I) Jalan Kebun. Tempat tersebut adalah sebuah sekolah asrama untuk anak yatim dan fakir miskin. Sekolah nie menyediakan pembelajaran Tahfiz Quran utk semua penghuni asrama. Actually...AJK Surau tempat En Tapa bekerjaya yg menganjurkan lawatan ke institut tersebut. Kata En Tapa, CEO dia yg bersemangat nak pegi tempat nie. Aku cam biasa..menyibuk jer nak ikut tapi ade kebaikannya sbb aku nak lihat sendiri camner yg dinamakan umah anak yatim. Sepatutnya aturcara sampai ke waktu makan tengahari tapi bebudak tue dapat jemputan makan tengahari kat KL. Kalu ikutkan dlm aturcara ade gotong-royong.....aku punyalah bersemangat nak bergotong-royong tetiba dikhabarkan tak jadi......Cam biasa, kalu aku pegi mane pernah nak tinggalkan anak-anak lagi pulak nak gie umah anak yatim. Asyik bawak diaorg gie berpoya-poya jer. Sekali-sekala teringin gak aku nak bawak diaorg gie tempat-tempat yg menginsafkan camnie. Nape aku cakap tempat nie menginsafkan...???Aku ade interview salah seorg pelajar kat sini. Dia dah tinggal kat sini 9 tahun. Dari umur dia 7 tahun lagi dia dah kena duduk kat sekolah nie. Ayah dia dah meninggal dunia, mak dia pulak menghilangkan diri jadi dia, abg & adiknya(3 beradik jer) telah dihantar ke institut tersebut. Dia baru citer sikit jer aku dah rase terharu dan nak nangis. Kalu korang dtg & nengok sendiri, ramai gak budak yg berumur kurang dari 10 tahun tinggal kat situ. Ya Allah.....Mudah-mudah anak-anak ini berjaya dlm kehidupan mereka didunia mahupun diakhirat kelak. Macam mana kalu anak-anak aku seperti mereka..................Oh...Tuhanku.............bersyukurlah kerana aku dan En Tapa masih ada utk melihat anak kami membesar dan berjaya......AMIN!!!!!!!!!!!!!

Buat julung-julung kalinya aku nengok En Tapa jadi pengerusi majlis siap bacakan doa lagik.......

Kami berkumpul dalam surau ngan semua pelajar utk sesi penyerahan sumbangan

Abg monyok sbb dia kena gomol ngan bebudak pompuan kat situ maklumlah dia cute sangat.....naik merah padam muka dia menangis.

Ini sesi mengagihkan sarapan

Gambaran dlm bilik makan pelajar perempuan

Selepas sesi suai kenal & melawat asrama kami semua berkumpul depan surau utk bergerak pulang.....semua staf datang ngan keluarga masing-masing....

2 comments:

dzi said...

hmmm tesentuh gak aku. mcm nak g sane plak rase. kite boleh buat ni, lawatan ngan kawan2 kite kan. bwk lah ape yg patut. kan. ape lagi yuz, ko lah organize.

areyuz said...

aku jugak nak organize.......bila pulak ko nak tunjuk bakat..............nak gak aku merasa berkhidmat dibawah pimpinan kau...........