Friday, August 14, 2009

NUR ADREENA SOFEA

Lame rasenya tak up-date blog nie. Maklum jelah aku terlalu sibuk ngan kerja-kerja kat opis & ditambah ngan kerja-kerja kat umah. Di kesempatan kali nie aku nak bercerita tentang Nur Adreena Sofea yg telah menyambut ulangtahun kelahirannya yg kedua pada 6/08/2009. Si Nana ni adalah anak kedua utk aku tetapi yang pertama utk En Tapa. Seorang yg pendiam, suka tersenyum, pandai bawa diri, tak meragam & sgt manis bila tersenyum. Tetapi bila tiba angin dia....tetiba semua tue akan bertukar. Dia akan jadi kuat merajuk, kuat menangis, kepala angin, kuat membebel macam makcik-makcik dan garang. Kami gelarkan dia si lembik sbb dia nie mudah terjatuh walaupun tgh berjalan ditempat yg lapang seorg diri, masih tak tahu nak panjat katil & naik kereta sendiri.



Masa baru keluar dari labour room kat Hospital Pakar Bersalin Razif




Aku bersalinkan Nana kat Hospital Pakar Bersalin Razif di Sri Andalas Klang. Maklum jelah ini adalah anak pertama utk En Tapa dan pengalaman pertama aku bersalin disamping suami tercinta maka aku memilih utk bersalin di hospital swasta sbb aku nak En Tapa masuk sekali dlm bilik bersalin utk menimba pengalaman yg sgt berharga. Kami menanti hampir 5 jam sebelum tiba saat aku melahirkan. Memang bedebar sbb terlalu lama menunggu sampai aku naik bosan & hampir nak menangis dibuatnya. Mujurlah selepas azan Asar aku dah ada gesaan nak bersalin so ape lagi dgn sepenuh tenaga yg ade aku menerankan Nana yg berat 3.78kg tue. Yg kelakar & kesian bila aku nengok muka En Tapa yg dah pucat lesi sbb berada dlm situasi yg mendebarkan ditambah ngan tak makan tghari dan letih menemankan aku hampir setengah hari sampai berdiri pun dia dah tak mampu.


Sesungguhnya aku bersyukur krn selamat bersalin & dikurniakan anak yg sihat dan cukup sifat. Aku tak pernah bezakan antara Nana & Aleesa kerana mereka berdua adalah anak yg aku kandung dan lahirkan dgn kesakitan & kepayahan yg sama. Aku ajar Nana agar sayangkan Aleesa sbg kakak & aku pesan ngan Aleesa agar mengalah ngan Nana krn dia adik. Masa aku keluar dari hospital dan sampai jer kat umah, kakak adalah org yg paling gembira menyambut kami. Dia bagi tau kat semua org yg dia ade adik baru. Setiap masa nak dihadapnya adik baru dia.



Nana nie mase baby nampak sebiji macam baby boy sbb rambut dia terpacak & kasar. Maklum jelah, mase memula mengandung aku memang nak sgt anak lelaki. Nasib baik bila dia masuk umur setahun, fizikal dia berubah menjadi lebih feminim.


Sekarang Nana dah pandai bercakap. Becok betul mulut dia bila sambut aku balik dari keje. Macam-macam nak di-story-kan sampai aku naik pening mendengarnya. Dia pun dah pandai membebel & yg paling aku geram, dia dah pandai copy setiap words yg kita cakap. Sebiji-sebiji dia sebut sbb dia tak sepelat kakak. Kecik-kecik cam nie mmg comey tapi bila dah besar mau kena sedas.........Anyway......dia mewarisi gen ayah dia yg kuat melawak sbb dia pandai melawak dgn muka selamba je. Kita bagai nak gila ketawa tapi dia dek jer, cam takde ape-ape. Bab posing utk bergambar mmg perkara yg dia paling terror nak buat. macam-macam pose dia boleh bg kalu kena ngan angin dia sbb dia nie ikut mood & angin dlm kepala dia. Bab melawa mmg sebijik mewarisi bonda dia. Paling aku tak tahan ialah kuat merajuk tapi senang dipujuk. Kalau kita slow talk ngan dia mmg dia akan dengar & takkan mengamuk kalau tak dapat apa yg dihajati. Kalau kita berkeras maka dia pun akan berkeras sama.



Walau apapun.....Nur Adreena Sofea adalah salah seorg daripada anak-anak aku yg terhebat (amin). Dan aku amat bersyukur diatas pemberian & kurniaan drpd Allah utk aku & suami. Semoga Nana menjadi anak yg solehah & berjaya. Teruslah berkasih syg terutama kepada ayah & bonda serta keluarga. Setiap anak adalah sebutir permata yg tidak ternilai harganya. Ayah & bonda akan mencuba utk mengilap permata yg sebutir ini agar ianya terus bersinar & semakin bersinar..................

Thursday, August 13, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO NANA

Last Saturday 08/08/2009, kami celebrate birthday Nur Adreena Sofea yg kedua tahun. Cam biaselah....semua makanan kami tempah jer sebab aku nie belum ada keyakinan nak masak utk bagi org selain suami & anak-anak makan. Menu aku biase-biase jer tapi yg penting semua makanan dapat pujian sedap. Majlis nie pun aku buat secara sedehana. Ramai jugak sahabat-handai, sanak saudara & jiran tetangga yg datang. Majlis kali nie kami buat sekali dgn bacaan tahlil utk arwah bapa mertua aku & juga doa selamat utk company kesayangan aku, mudah2an rezeki aku & kengkawan masih di situ & company makin sukses. Berbanyak terima kasih pada Kak Zai, pd Wan yg dtg dgn Mee Jawa, Liz, Apy, Ayu, kak Pae & family & kengkawan lain, pada En Din yg sudi utk bacakan doa serta pada family aku yg banyak menolong aku sehingga berakhirnya majlis. Tidak lupa juga pada Achik Jan, kaklong & Nurul yg sama2 turun padang membantu.

Majlis kali nie aku buat kat Pandamaran, tempat tinggal baru kami. Sayangnya, mak mertua aku lak ade kursus mandikan jenazah. Anyway...majlis berjalan dgn meriahnya walaupun dlm cuaca yg sgt panas. Maklum jelah cuaca kat Pandamaran memang camtue. Aku harap tujuan & niat aku utk mengadakan majlis kali ini tercapai & segala hajat tertunai. Sekali lagi ucapan terima kasih yg tak terhingga pada semua yg hadir.........


Mak Ngah mereka tgh busy nak agihkan kek birthday kat tetamu. Yg si Nana laks taknak berpisah ngan kek dia.

Ketiga-tiga anak aku berebut-rebut nak potong kek. Si Abg lagi sempoi, nak dihempoknya kek Nana.......

Birthday gurl nie makan kek sampai 4 kali tambah....sedap sgt kot.

Si kakak ngan Nana bergaun merah. Walaupun nie birthday Nana tapi aku kena gak beli utk Aleesa, kalu tidak mahu mengamuk. Budak dah besar & dah faham.

Wednesday, July 15, 2009

ALEESA MENGAJI

Semalam kami sekeluarga sampai Pandamaran lepas azan Maghrib berkumandang. Aku hanya sempat berbuka dgn air yg dibelikan oleh En Tapa kat 7 Eleven Simpang Empat. Sampai umah, mak dah pegi masjid.
Malam tue sesudah siap bagi bebudak makan, aku dah bersantap ngan En Tapa, bebudak dah siap mandi & dapur pun dah siap kemas maka aku pun barulah ke bilik air utk mandi & solat Isyak. Malam nie rasenya aku ade kelapangan sesudah solat utk mengajar Aleesa mengaji. Lame rasenye tak mengajar Aleesa ngaji sbb aku di bebani ngan keje umah & selalu pulang ke rumah lewat ckit. Nie dah ade kesempatan so aku pun panggil dia utk mengaji. Aleesa nie lak memang sgt suka kalu aku ajar dia membaca, mengira dan mengaji, cuma masa aku yg selalunya kurang ade. Mane taknye, mane nak layan anak, nak layan bapaknyer, keje umah lagi........tapi........semua tue tak mematahkan semangat aku utk mengajar anak aku sendiri.
Sesungguhnyer sgt susah utk kita mempertahankan akan apa yg cuba kita lakukan atau amalkan. Aku ade ler niat nak ngajo anak aku sendiri membaca, mengira & mengaji. Apelah gunanya ilmu yg aku dpt hasil mak abah aku hantar belajar dulu, kalu tak dimanfaatkan khasnya utk anak-anak.
Aku ingat lagi dulu......mase aku mula-mula nak masuk tadika. Abah la org yg bertanggungjawab memperkenalkan aku pada huruf ABC, mengira & belajar tengok jam. Abah ajar aku membaca & menulis sehingga aku pandai tulis kad raye mase aku berumur 5 tahun. Mase aku masuk tadika, aku dah tau semua benda yg ustaz ajar. Terima kasih pada abah sbb dia luangkan masa dia utk aku. Cuma tang nak ajar ngaji je abah hantar aku gie umah nenek ngaji (gelaran yg aku bagi kat tok guru ngaji aku). Punyer la garang nenek nie sbb berani pukul anak org sampai berbirat & aku salah seorg drpdnya. Tiap kali balik ngaji, tak sah kalu x menangis. Puas aku merayu kat mak minta dia cari tok guru lain tapi mak buat dek jer. Puas gak aku menyumpah seranah nenek tue tapi kat belakang dia jelah.
Ade sekali tue, aku ngan Angah ponteng ngaji. Kita org gie lepak umah member & yg pastinya mak tak tau. Sekali tue nenek ngaji tue tepon mak tanya nape aku ngan adik aku tak datang ari tue. Apela punya malang aku ngan Angah ari tue, makanya kami balik kena rembat ngan mak sbb ponteng ngaji. Tak cukup ngan mak, esok kami gie ngaji, nenek ngaji lak rembat kami. Akhirnya aku berjaya gak menghabiskan pengajian aku sehingga khatam Quran. Mak siap buat pulut kuning lagi. Punyalah bangga aku time tue sbb aku dah khatam quran mase aku darjah 5 (ikutkan dah cukup lambat).
Nenek tue cuma ngajo ngaji jer kat umah dia. Anak murid dia adelah dekat 30 org kalu sekali kumpul. Jadual ngaji kami sgt padat sbb kalu time cuti sekolah, kami akan ngaji pagi & petang (bosan giler). Itulah penyebab aku boleh khatam ngan cepat dlm tempoh 3 tahun sbb aku start ngaji mase aku darjah 2 . Mase aku memula masuk ngaji ngan nenek tue, member sekolah aku dah khatam Quran.
Sekarang baru aku tahu betapa bersyukurnya aku & betapa beruntungnya aku krn mendapat peluang seperti itu. Malang sekali anak-anak aku tak berpeluang utk merasa ngaji ngan nenek ngaji tue sbb nenek tue dah meninggal hampir 10 tahun lalu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Aku harap niat aku yg suci ini dilindungi Allah dan aku dapat merealisasikan impian aku ngan En Tapa utk melihat anak-anak kami berjaya hasil didikan kami suami isteri....AMIN....
Jom ushar gambar bebudak nie yg sempat aku snap......



Kakak baru belajar baca Muqadam. Aku ajar dia sebaris sebaris biar dia senang nak ingat. Semalam aku dah try ajar baris yg kedua Alif, Ba, Ta sbb dia dah boleh baca baris yg pertama. Macam nak terkeluar gak anak tekak aku ngajo kakak nie ngaji sbb dia sgt pelat. Agak-agak dah berbuih mulut aku dok ulang benda yg sama tak gak dapat, ape lagi rotan ler jawapannya......Sorry la Cha, bonda bukan nak main-main. Bonda nak ajar Cha sampai pandai.


Si nana nie saje nak menyibuk. Tapi utk tak menghampakan permintaan dia, aku ajar gak dia ngaji. Sikit-sikit boleh la ikut...lebihnya main...........dia ingat aku tgh bersuka ria agaknya........

Tuesday, July 14, 2009

HAPPY BIRTHDAY ADAM ISKANDAR

Selamat Hari Lahir Adam.....hari nie 15/07/09, maka genap setahun umur Adam Iskandar. Aku sgt teruja sejak mlm tadi kerana anak lelaki aku yg sorang nie sedang membesar dgn jayanya. Semakin lasak, semakin nakal, semakin aktif & semakin sensitif. Sewaktu on d way ke rumah Angah, aku & En Tapa telah memberi ucap ringkas sambil menyanyikan lagu happy birthday khas utk Adam. Walaupun dia masih tak mengerti aku tetap nak wish. Hari nie lak aku berpuasa sunat bersempena dengan hari lahir Adam dan aku akan cuba utk menjadikannya sebagai hadiah kepada anak-anak aku sampai bila-bila kerana waktu ini aku akan berdoa dan aku sgt berharap doa aku utk mereka akan termakbul. Bukan bererti aku tidak mendoakan mereka pada hari-hari yg lain cuma di hari meraikan kelahiran mereka adalah hari istimewa jadi cara menghargainya juga harus istimewa.
Semua ibubapa inginkan yg terbaik utk anak-anak mereka, begitu juga aku. Selagi ianya tak menyalahi hukum dunia & hukum yg telah Allah tentukan maka aku rasa tindakan aku itu adalah sesuatu yg wajar.
Tahun nie kami tak buat birthday party Adam sbb kami akan buat 1st birthday party anak-anak kami sewaktu mereka berumur 2 tahun. Sbb.......time tue dia org dah pandai tiup lilin, buka hadiah, nyanyi lagu birthday dan bergumbira ngan birthday party sendiri. Sama macam Aleesa sewaktu menyambut hari lahir dia yg kedua tahun.
Budget tetap menjadi sbb utama selain dari mengajar anak disiplin krn selepas mereka sekolah, birthday party akan ada sekiranya mendapat keputusan peperiksaan yg cemerlang. Lain ibubapa mungkin lain cara utk memanjakan anak. Jadi...beginilah cara aku mengajar anak......mudah-mudahan mereka menjadi manusia yg berjaya, taat pada ibubapa & menjadi hamba Allah yg soleh & solehah.
Teringat masa zaman kanak-kanak aku dulu.......Aku hanya buat birthday party sewaktu aku sekolah rendah sbb masa sekolah menengah aku celebrate party ngan member-member. Abah dah sound awal-awal...kalau nak birthday party, mesti dpt keputusan yg cemerlang masa exam akhir tahun. Aku lak memang suka nak buat party nie sbb boleh ajak kengkawan dtg umah terutama anak cikgu Salmiah, Azlan. Masa tue aku admire giler kat dia. Alah suka-suka manja.....zaman kanak-kanak.....sbb Azlan nie pandai, (maklumlah mak cikgu) handsome & cool. Tue dulu...tapi pegajaran yg aku dapat masa tue ialah setiap kali periksa aku akan dapat keputusan yg membanggakan bersaing ngan Azlan tapi dia lagi hebat daripada aku, puncanya aku nie banyak main & berangan.
Berbalik pada cerita Adam Iskandar lak.......

Bonda doakan...semoga Adam diberikan kesihatan. Semoga Adam menjadi seorang lelaki sejati. Semoga Adam berjaya di dunia & akhirat. Semoga Adam sentiasa berada dlm lindungan Allah SWT. Semoga Adam menjadi hamba Allah SWT, umat Nabi Muhammad SAW & anak yg soleh pada ayah&bonda. Semoga Allah memelihara agamamu, Adam dan akhir sekali bonda amat-amat mengharapkan Adam dapat menjadi abg yg baik untuk menjaga kakak-kakak & adik-adikmu........

Kalau ikutkan banyak lagi doa & harapan yg aku nak panjatkan pada Allah utk didengar & dikabulkan tapi aku tak seharusnya menjadi org yg tamak. Maklum jelah....tengah-tengah puasa nie, hati pun jadi sentimental. Ok la................cukup setakat nie jer..........Selamat Hari Lahir Adam......muah.....

Sunday, July 12, 2009

IMPIAN KAMI

Ahad 12/07/09 ari tue, kami amik mak kat Bandar Banting sbb mak tidor umah sedara sebelah abah yg buat kenduri kahwin anaknya. Memandangkan abah anak sulung dlm keluarga & abah pun dah meninggal dunia maka emak bertanggungjawab utk balik ke kampung utk sama-sama memeriahkan kenduri kahwin anak saudara abah. Mak pulak, kalu bab sanak saudara nie memang mak org nombor satu tambah lagi kalu time dia buat kenduri kendara org tue ada dtg. Mak akan pastikan dia hadir di setiap jemputan. Kami sbg anak yg baik hanya menurut perintah tapi kami tak tido sanelah. Jadi kami sekeluarga yg berniat nak amik mak utk balik ke Klang singgah sekali utk memeriahkan suasana. Memang meriah ngan live band, siap jemput dtg malamnya sbb ade joget lambak. Dashyat org Banting nie, masih ade lagi joget lambak.....
Kami bertolak pulang ptg tue jam 4.30 ptg dan terus hantar Uchu Pati balik umah dia kat Pandamar(Uchu Pati adalah adik abah yg bongsu, dia tumpang kami time balik tue). Lepas kami hantar Uchu Pati, En Tapa terus memandu menuju ke Johan Setia utk membuat lawatan tapak.





Ini adalah tanah kepunyaan mak yg telah mak niatkan utk dibahagi sama rata pada 5 org anak-anaknya & seorg anak saudara yg dipelihara sewaktu kecil (Baby Farina). Tanah seluar 1 ekar ini terletak di Johan Setia yg mana kawasannya baru nak membangun. En Tapa pulak sedang bersemangat utk membina sebuah rumah diatas tanah nie setelah melihat rumah makcik Serena (mak Baby) yg gah tersergam diatas tanah yg sama. Aku lak tak kisah, lagi aku suka kalau En Tapa nak buat umah sendiri sbb umah tue nanti ade laman utk anak-anak kami bermain, utk aku bercucuk tanam & kami bebas utk beriadah (cewah).Aku doakan agar cita-cita En Tapa tercapai demi kami sekeluarga & impian akan menjadi kenyataan.
Dengar-dengarnya...bukan mudah utk membina rumah sendiri berbanding membeli sbb takde bank yg sudi nak bagi loan. Aku cuma nasihatkan En Tapa agar membuat secara berperingkat. Tak payah nak gopoh sbb sekrg nie kami masih tinggal menemankan mak di Pandamaran. Cuma kalau dpt siap cepat adalah satu bonus & mak dapat merasa rumah yang kami bina diatas tanah pemberian dia. Aku tak nak En Tapa rase terbeban & tertekan. Sbg isteri dan merangkap consultant yg tak bertauliah maka aku akan sama-sama memberi sokongan moral & pitis setakat yg termampu. Majulah En Tapa utk keluarga..........






Nie adalah selingan.....tengoklah aksi anak-anak kami. Kalau suruh berposing depan kamera, memang diaorg hebat. Xyah susah-susah nak cari pose yg sesuai sbb diaorg sendiri akan create pose tue, lagi-lagi si kakak.....

Bonda & ayah pun same gak nak melaram. Gambar nie di ambil sekitar kawasan Johan Setia. Nampak masih bersemak-samun lagi kawasan nie. Aku bagi 5 tahun dari sekarang, pasti kawasan nie akan meriah macam kat Kg Delek yg dah x rupa kampung lagi......