Tuesday, July 14, 2009

HAPPY BIRTHDAY ADAM ISKANDAR

Selamat Hari Lahir Adam.....hari nie 15/07/09, maka genap setahun umur Adam Iskandar. Aku sgt teruja sejak mlm tadi kerana anak lelaki aku yg sorang nie sedang membesar dgn jayanya. Semakin lasak, semakin nakal, semakin aktif & semakin sensitif. Sewaktu on d way ke rumah Angah, aku & En Tapa telah memberi ucap ringkas sambil menyanyikan lagu happy birthday khas utk Adam. Walaupun dia masih tak mengerti aku tetap nak wish. Hari nie lak aku berpuasa sunat bersempena dengan hari lahir Adam dan aku akan cuba utk menjadikannya sebagai hadiah kepada anak-anak aku sampai bila-bila kerana waktu ini aku akan berdoa dan aku sgt berharap doa aku utk mereka akan termakbul. Bukan bererti aku tidak mendoakan mereka pada hari-hari yg lain cuma di hari meraikan kelahiran mereka adalah hari istimewa jadi cara menghargainya juga harus istimewa.
Semua ibubapa inginkan yg terbaik utk anak-anak mereka, begitu juga aku. Selagi ianya tak menyalahi hukum dunia & hukum yg telah Allah tentukan maka aku rasa tindakan aku itu adalah sesuatu yg wajar.
Tahun nie kami tak buat birthday party Adam sbb kami akan buat 1st birthday party anak-anak kami sewaktu mereka berumur 2 tahun. Sbb.......time tue dia org dah pandai tiup lilin, buka hadiah, nyanyi lagu birthday dan bergumbira ngan birthday party sendiri. Sama macam Aleesa sewaktu menyambut hari lahir dia yg kedua tahun.
Budget tetap menjadi sbb utama selain dari mengajar anak disiplin krn selepas mereka sekolah, birthday party akan ada sekiranya mendapat keputusan peperiksaan yg cemerlang. Lain ibubapa mungkin lain cara utk memanjakan anak. Jadi...beginilah cara aku mengajar anak......mudah-mudahan mereka menjadi manusia yg berjaya, taat pada ibubapa & menjadi hamba Allah yg soleh & solehah.
Teringat masa zaman kanak-kanak aku dulu.......Aku hanya buat birthday party sewaktu aku sekolah rendah sbb masa sekolah menengah aku celebrate party ngan member-member. Abah dah sound awal-awal...kalau nak birthday party, mesti dpt keputusan yg cemerlang masa exam akhir tahun. Aku lak memang suka nak buat party nie sbb boleh ajak kengkawan dtg umah terutama anak cikgu Salmiah, Azlan. Masa tue aku admire giler kat dia. Alah suka-suka manja.....zaman kanak-kanak.....sbb Azlan nie pandai, (maklumlah mak cikgu) handsome & cool. Tue dulu...tapi pegajaran yg aku dapat masa tue ialah setiap kali periksa aku akan dapat keputusan yg membanggakan bersaing ngan Azlan tapi dia lagi hebat daripada aku, puncanya aku nie banyak main & berangan.
Berbalik pada cerita Adam Iskandar lak.......

Bonda doakan...semoga Adam diberikan kesihatan. Semoga Adam menjadi seorang lelaki sejati. Semoga Adam berjaya di dunia & akhirat. Semoga Adam sentiasa berada dlm lindungan Allah SWT. Semoga Adam menjadi hamba Allah SWT, umat Nabi Muhammad SAW & anak yg soleh pada ayah&bonda. Semoga Allah memelihara agamamu, Adam dan akhir sekali bonda amat-amat mengharapkan Adam dapat menjadi abg yg baik untuk menjaga kakak-kakak & adik-adikmu........

Kalau ikutkan banyak lagi doa & harapan yg aku nak panjatkan pada Allah utk didengar & dikabulkan tapi aku tak seharusnya menjadi org yg tamak. Maklum jelah....tengah-tengah puasa nie, hati pun jadi sentimental. Ok la................cukup setakat nie jer..........Selamat Hari Lahir Adam......muah.....

3 comments:

dzi said...

hapie bestday adammmmmmmmmm. adam dah dewasa. eh silap. adam dah setahun! hakahakkaka. gumbira aku. tak lama lg dah besar. best lah.

aku lupe plak bestday adam sama ngan my lovely daddy. 'atok zehan' hakahkkk. hapie bestday ayah. eh ttibe nak wish kat sini jgk kn.

(sekali sekale buat blog org mcm blog sndr best gak)

moga makbul segala doa dan impian kalian untuk anak2 terchenta. amin.

p/s: kiss n huge 4 adam k.

areyuz said...

amin..........
yela...ayah ko same tarikh birthday ngan adam......

"takpe tok...tahun depan bonda janji nak celebrate birthday adam, nanti kita tiup lilin same2...Happy birthday tok zehan" kate adam dlm pelatnya.

Zaida Z said...

HAPPY BIRTHDAY ADAMMMMMMM!!
AMINNNNNNNNNNNNNNNNN.. moga2 doa bonda dimakbulkan Allah.