Sunday, July 12, 2009

IMPIAN KAMI

Ahad 12/07/09 ari tue, kami amik mak kat Bandar Banting sbb mak tidor umah sedara sebelah abah yg buat kenduri kahwin anaknya. Memandangkan abah anak sulung dlm keluarga & abah pun dah meninggal dunia maka emak bertanggungjawab utk balik ke kampung utk sama-sama memeriahkan kenduri kahwin anak saudara abah. Mak pulak, kalu bab sanak saudara nie memang mak org nombor satu tambah lagi kalu time dia buat kenduri kendara org tue ada dtg. Mak akan pastikan dia hadir di setiap jemputan. Kami sbg anak yg baik hanya menurut perintah tapi kami tak tido sanelah. Jadi kami sekeluarga yg berniat nak amik mak utk balik ke Klang singgah sekali utk memeriahkan suasana. Memang meriah ngan live band, siap jemput dtg malamnya sbb ade joget lambak. Dashyat org Banting nie, masih ade lagi joget lambak.....
Kami bertolak pulang ptg tue jam 4.30 ptg dan terus hantar Uchu Pati balik umah dia kat Pandamar(Uchu Pati adalah adik abah yg bongsu, dia tumpang kami time balik tue). Lepas kami hantar Uchu Pati, En Tapa terus memandu menuju ke Johan Setia utk membuat lawatan tapak.





Ini adalah tanah kepunyaan mak yg telah mak niatkan utk dibahagi sama rata pada 5 org anak-anaknya & seorg anak saudara yg dipelihara sewaktu kecil (Baby Farina). Tanah seluar 1 ekar ini terletak di Johan Setia yg mana kawasannya baru nak membangun. En Tapa pulak sedang bersemangat utk membina sebuah rumah diatas tanah nie setelah melihat rumah makcik Serena (mak Baby) yg gah tersergam diatas tanah yg sama. Aku lak tak kisah, lagi aku suka kalau En Tapa nak buat umah sendiri sbb umah tue nanti ade laman utk anak-anak kami bermain, utk aku bercucuk tanam & kami bebas utk beriadah (cewah).Aku doakan agar cita-cita En Tapa tercapai demi kami sekeluarga & impian akan menjadi kenyataan.
Dengar-dengarnya...bukan mudah utk membina rumah sendiri berbanding membeli sbb takde bank yg sudi nak bagi loan. Aku cuma nasihatkan En Tapa agar membuat secara berperingkat. Tak payah nak gopoh sbb sekrg nie kami masih tinggal menemankan mak di Pandamaran. Cuma kalau dpt siap cepat adalah satu bonus & mak dapat merasa rumah yang kami bina diatas tanah pemberian dia. Aku tak nak En Tapa rase terbeban & tertekan. Sbg isteri dan merangkap consultant yg tak bertauliah maka aku akan sama-sama memberi sokongan moral & pitis setakat yg termampu. Majulah En Tapa utk keluarga..........






Nie adalah selingan.....tengoklah aksi anak-anak kami. Kalau suruh berposing depan kamera, memang diaorg hebat. Xyah susah-susah nak cari pose yg sesuai sbb diaorg sendiri akan create pose tue, lagi-lagi si kakak.....

Bonda & ayah pun same gak nak melaram. Gambar nie di ambil sekitar kawasan Johan Setia. Nampak masih bersemak-samun lagi kawasan nie. Aku bagi 5 tahun dari sekarang, pasti kawasan nie akan meriah macam kat Kg Delek yg dah x rupa kampung lagi......

3 comments:

Mr. Mrs Zaidi Diaries said...

oii yus.. aku nak tanya ko ja gan marah tauuu.. aku tanya direct jek ni maleh nak tanya org kekekeke..ko pregnant ekkk? sebab baju kuning tu nampak cam ko peknen... nak kata ko gemuk takde pulak.. cam bese jek ko aku tengokkk.. tang perut tu cam ko peknen? kekeke aku pun domok gak senarnya tapi aku nak tanya jek ko... mana tau dapat rezeki lagi.. alhamdulillahhh....

yang menyibuk:
akulah takkan ko tak tahuu hehehe WANA

areyuz said...

woit....baju tue terjungkit jer...aku dah agak dah musti ade org ingat aku pregnant....kalu aku pregnant dah tentu aku war-war kan pade semua.....sekrg time mengumpul aset......stop dulu buat anak.......

Mr. Mrs Zaidi Diaries said...

kekekeke... aku tanya jekk.. sebab aku teka dua jekk..
kalo ko tak kisah gambo tu nampak ko buncit 2 jek sebab.
1. memang ko peknen ko tak kisah
2. Baju tu terjungkit buat nampak buncit..

kekekeke ko anak tiga kalo buncit pun aku tak kisah kekeke aku anak sorang pun dah buncit cam anak 5