Friday, August 14, 2009

NUR ADREENA SOFEA

Lame rasenya tak up-date blog nie. Maklum jelah aku terlalu sibuk ngan kerja-kerja kat opis & ditambah ngan kerja-kerja kat umah. Di kesempatan kali nie aku nak bercerita tentang Nur Adreena Sofea yg telah menyambut ulangtahun kelahirannya yg kedua pada 6/08/2009. Si Nana ni adalah anak kedua utk aku tetapi yang pertama utk En Tapa. Seorang yg pendiam, suka tersenyum, pandai bawa diri, tak meragam & sgt manis bila tersenyum. Tetapi bila tiba angin dia....tetiba semua tue akan bertukar. Dia akan jadi kuat merajuk, kuat menangis, kepala angin, kuat membebel macam makcik-makcik dan garang. Kami gelarkan dia si lembik sbb dia nie mudah terjatuh walaupun tgh berjalan ditempat yg lapang seorg diri, masih tak tahu nak panjat katil & naik kereta sendiri.



Masa baru keluar dari labour room kat Hospital Pakar Bersalin Razif




Aku bersalinkan Nana kat Hospital Pakar Bersalin Razif di Sri Andalas Klang. Maklum jelah ini adalah anak pertama utk En Tapa dan pengalaman pertama aku bersalin disamping suami tercinta maka aku memilih utk bersalin di hospital swasta sbb aku nak En Tapa masuk sekali dlm bilik bersalin utk menimba pengalaman yg sgt berharga. Kami menanti hampir 5 jam sebelum tiba saat aku melahirkan. Memang bedebar sbb terlalu lama menunggu sampai aku naik bosan & hampir nak menangis dibuatnya. Mujurlah selepas azan Asar aku dah ada gesaan nak bersalin so ape lagi dgn sepenuh tenaga yg ade aku menerankan Nana yg berat 3.78kg tue. Yg kelakar & kesian bila aku nengok muka En Tapa yg dah pucat lesi sbb berada dlm situasi yg mendebarkan ditambah ngan tak makan tghari dan letih menemankan aku hampir setengah hari sampai berdiri pun dia dah tak mampu.


Sesungguhnya aku bersyukur krn selamat bersalin & dikurniakan anak yg sihat dan cukup sifat. Aku tak pernah bezakan antara Nana & Aleesa kerana mereka berdua adalah anak yg aku kandung dan lahirkan dgn kesakitan & kepayahan yg sama. Aku ajar Nana agar sayangkan Aleesa sbg kakak & aku pesan ngan Aleesa agar mengalah ngan Nana krn dia adik. Masa aku keluar dari hospital dan sampai jer kat umah, kakak adalah org yg paling gembira menyambut kami. Dia bagi tau kat semua org yg dia ade adik baru. Setiap masa nak dihadapnya adik baru dia.



Nana nie mase baby nampak sebiji macam baby boy sbb rambut dia terpacak & kasar. Maklum jelah, mase memula mengandung aku memang nak sgt anak lelaki. Nasib baik bila dia masuk umur setahun, fizikal dia berubah menjadi lebih feminim.


Sekarang Nana dah pandai bercakap. Becok betul mulut dia bila sambut aku balik dari keje. Macam-macam nak di-story-kan sampai aku naik pening mendengarnya. Dia pun dah pandai membebel & yg paling aku geram, dia dah pandai copy setiap words yg kita cakap. Sebiji-sebiji dia sebut sbb dia tak sepelat kakak. Kecik-kecik cam nie mmg comey tapi bila dah besar mau kena sedas.........Anyway......dia mewarisi gen ayah dia yg kuat melawak sbb dia pandai melawak dgn muka selamba je. Kita bagai nak gila ketawa tapi dia dek jer, cam takde ape-ape. Bab posing utk bergambar mmg perkara yg dia paling terror nak buat. macam-macam pose dia boleh bg kalu kena ngan angin dia sbb dia nie ikut mood & angin dlm kepala dia. Bab melawa mmg sebijik mewarisi bonda dia. Paling aku tak tahan ialah kuat merajuk tapi senang dipujuk. Kalau kita slow talk ngan dia mmg dia akan dengar & takkan mengamuk kalau tak dapat apa yg dihajati. Kalau kita berkeras maka dia pun akan berkeras sama.



Walau apapun.....Nur Adreena Sofea adalah salah seorg daripada anak-anak aku yg terhebat (amin). Dan aku amat bersyukur diatas pemberian & kurniaan drpd Allah utk aku & suami. Semoga Nana menjadi anak yg solehah & berjaya. Teruslah berkasih syg terutama kepada ayah & bonda serta keluarga. Setiap anak adalah sebutir permata yg tidak ternilai harganya. Ayah & bonda akan mencuba utk mengilap permata yg sebutir ini agar ianya terus bersinar & semakin bersinar..................

No comments: