Sunday, July 12, 2009

IMPIAN KAMI

Ahad 12/07/09 ari tue, kami amik mak kat Bandar Banting sbb mak tidor umah sedara sebelah abah yg buat kenduri kahwin anaknya. Memandangkan abah anak sulung dlm keluarga & abah pun dah meninggal dunia maka emak bertanggungjawab utk balik ke kampung utk sama-sama memeriahkan kenduri kahwin anak saudara abah. Mak pulak, kalu bab sanak saudara nie memang mak org nombor satu tambah lagi kalu time dia buat kenduri kendara org tue ada dtg. Mak akan pastikan dia hadir di setiap jemputan. Kami sbg anak yg baik hanya menurut perintah tapi kami tak tido sanelah. Jadi kami sekeluarga yg berniat nak amik mak utk balik ke Klang singgah sekali utk memeriahkan suasana. Memang meriah ngan live band, siap jemput dtg malamnya sbb ade joget lambak. Dashyat org Banting nie, masih ade lagi joget lambak.....
Kami bertolak pulang ptg tue jam 4.30 ptg dan terus hantar Uchu Pati balik umah dia kat Pandamar(Uchu Pati adalah adik abah yg bongsu, dia tumpang kami time balik tue). Lepas kami hantar Uchu Pati, En Tapa terus memandu menuju ke Johan Setia utk membuat lawatan tapak.





Ini adalah tanah kepunyaan mak yg telah mak niatkan utk dibahagi sama rata pada 5 org anak-anaknya & seorg anak saudara yg dipelihara sewaktu kecil (Baby Farina). Tanah seluar 1 ekar ini terletak di Johan Setia yg mana kawasannya baru nak membangun. En Tapa pulak sedang bersemangat utk membina sebuah rumah diatas tanah nie setelah melihat rumah makcik Serena (mak Baby) yg gah tersergam diatas tanah yg sama. Aku lak tak kisah, lagi aku suka kalau En Tapa nak buat umah sendiri sbb umah tue nanti ade laman utk anak-anak kami bermain, utk aku bercucuk tanam & kami bebas utk beriadah (cewah).Aku doakan agar cita-cita En Tapa tercapai demi kami sekeluarga & impian akan menjadi kenyataan.
Dengar-dengarnya...bukan mudah utk membina rumah sendiri berbanding membeli sbb takde bank yg sudi nak bagi loan. Aku cuma nasihatkan En Tapa agar membuat secara berperingkat. Tak payah nak gopoh sbb sekrg nie kami masih tinggal menemankan mak di Pandamaran. Cuma kalau dpt siap cepat adalah satu bonus & mak dapat merasa rumah yang kami bina diatas tanah pemberian dia. Aku tak nak En Tapa rase terbeban & tertekan. Sbg isteri dan merangkap consultant yg tak bertauliah maka aku akan sama-sama memberi sokongan moral & pitis setakat yg termampu. Majulah En Tapa utk keluarga..........






Nie adalah selingan.....tengoklah aksi anak-anak kami. Kalau suruh berposing depan kamera, memang diaorg hebat. Xyah susah-susah nak cari pose yg sesuai sbb diaorg sendiri akan create pose tue, lagi-lagi si kakak.....

Bonda & ayah pun same gak nak melaram. Gambar nie di ambil sekitar kawasan Johan Setia. Nampak masih bersemak-samun lagi kawasan nie. Aku bagi 5 tahun dari sekarang, pasti kawasan nie akan meriah macam kat Kg Delek yg dah x rupa kampung lagi......

KAMI MEMASAK LAGI......

Hari Sabtu 11/07/09 ari tue, aku ngan En Tapa sekali lagi berganding bahu memasak untuk makan tengahari. Memandangkan emak balik Bandar Banting maka kami pun turun padang utk memasak. Bukanlah time mak ade aku xleh memasak cuma mak tue lagi pantas & tangkas maklumlah orang lame. Inilah time yg aku paling suka.....memasak bersama En Tapa.......sbb time nie kami akan bersama di dapur utk berkongsi idea, pendapat dan sesekali mengutuk masakan masing-masing.....ha..ha...ha.....Kali nie En Tapa memilih utk memasak "Ayam Masak Kicap Cili Api" sbb dia sgt suka makan makanan yg sangat pedas. Manakala aku diberi tugasan utk memasak "Kacang Buncis Goreng". Begitu bersemangat En Tapa memasak...aku relax jer sbb aku dah tahap Iron Chef. Apa pun aku sgt gumbira, bukan apa.....sbb ringan sikit keje aku bila En Tapa dpt memasak menu utama & yg paling penting masa kami bersama, sgt-sgt kami hargai dan kalu cuti hujung minggu memang kami akan habiskan bersama walau ke mana juga. Itu pasal ke dapur pun En Tapa nak ikut......Anyway...thanks to suamiku yg tercinta diatas bantuanmu.....Yg paling penting, En Tapa memang pandai memasak sama macam arwah abah dia. Kalau dulu, setiap hujung minggu bila kami balik umah ibu mertuaku (waktu kami duk umah sendiri) pasti abah yg akan memasak utk santapan kami sbb mak sibuk ngan program hujung minggu spt membaca doa & marhaban. So abah ler yg memasak. Macam-macam lauk terhidang atas meja dan aku rase En Tapa mewarisi kemahiran memasak drpd abah dia......anak bapak la katekan...........
jom ushar lauk kami.....................


Inilah rupa masakan En Tapa. Nampak jer hitam berkilat tapi sekali rase pasti menjilat......

Inilah lauk yg aku lak masak...em...menyelerakan. Aku campur sayur nie ngan udang utk menambahkan lagi keenakannya.....

Inilah wajah sebenar menu kami hari tue. ayam goreng tue di goreng khas utk anakanda tercinta yg tak boleh makan pedas........

Monday, July 6, 2009

SEHARIAN DI GENTING HIGHLAND

Sabtu 4/07/09 lepas, kami sekeluarga telah mendaki Genting Highland hingga ke puncak. Semuanya tidak dirancang. Tetiba Jumaat mlm tue En Tapa ajak naik Genting. Aku mulanya malas bila mengenangkan En Adam yg sgt lasak tue tapi En Tapa beriya-iya nak gie. Tak sampai hati nak menolak maka aku pun bersetuju. Berdebar gak nak gie nie sbb dah lama rasenya kami x membuang masa & duit utk berjalan jauh...walaupun x berapa nak jauh sangat destinasi kami berbanding ngan ibu mertua aku yg dah bertolak ke Kelantan pagi Jumaat tue.
Aku bawak Emad (adik bongsu aku) ikut sekali. Kami sampai Genting dah dekat tengahari so terus cari tempat makan. Walaupun bukan musim cuti sekolah atau musim cuti utk ape2 perayaan tapi suasana tetap meriah dan sesak. Ape yg membuatkan aku rase tak syok ialah suasana kat sini dah tak nyaman & sejuk. Berpeluh-peluh aku dibuatnya bersesak ngan org kat dlm indoor game/shoping mall tue. Si abg ngan kakak lagi sempoi, cuma pakai single jer...cuma sesekali nak melaram baju sejuk yg dah lame beli tapi tak pernah nak pakai sbb cuaca kat Malaysia nie tak mengizinkan dia org nak pakai sweater yg dah lame wujud tue. Dan seperti yg aku duga, En Adam punya la lasak & nakal samapaikan aku nak pitam mengejar dia yg dah pandai x nak duduk dlm stroller. Terpaksalah si ayah mendukung dia disepanjang perjalanan. Si Nana lak punyalah malas nak berjalan so dialah yg mengisi stroller Adam.....kakak gak maintain seronok & teruja.
Anyway...thanks to En Tapa diatas lawatan sehari kami ke Genting Highland tue.....Nanti kita plan utk pegi lebih jauh lagi & pastikan time tue Adam dah kurang lasak & pandai jaga diri sendiri.......

Nak gak bergambar tapi En Tapa nie cam nak sabotaj gambar aku nie jer....kabur jer pemandangan.......


Bergambar dlm lobi First World Hotel

Nampak tak bukan main sesak ngan manusia...........


Kakak yg paling enjoy sbb dia dah cukup besar utk menikmati lawatan yg ayah anjurkan. Adam lagi enjoy. Punyalah seronok dia sampai susah nak dikawal. Nana...si gadis control ayu nie, biasa-biasa saja....

Dah time tido...penat sgt berlari sampai keletihan. Itu pun tido utk cas tenaga dia. Cukup 15 minit jer dia pun bangun utk sambung balik.....

SUBHANALLAH...............

Sesungguhnya aku sgt terkesima pada suatu pagi yg indah minggu lepas. Pagi Khamis 2/07/09 yg lepas cuaca mendung, berangin dan nyaman sekali maklum saja subuh tue hujan manja-manja. Waktu aku keluar rumah pagi tue, mata aku telah tertacap pada sejenis pokok yg lebat berbunga disepanjang Kompleks Sukan Pandamaran (aku x sempat nak snap gambar sbb lampu isyarat dah hijau & Adam yg sgt aktif..sgt merbahaya). Subhanallah.....sangat indahnya ciptaan Allah. Pokok-pokok tue berbunga lebat tanpa sebarang daun. Dengan cuaca yg sgt nyaman membuatkan pemandangan jadi semakin indah. Yg membuatkan aku makin taksub ialah pokok tue rupa-rupanya berada dimana-mana sahaja. Kenapa selama nie aku tak perasan atau waktunya belum tiba utk pokok tu berbunga.
Mase lalu disetiap tempat yg ade pokok tue ake rase macam dlm citer Winter Sonata. Entah ape agaknya nama pokok tue. Kalu aku tau mana nak cari benih pokok tue, memang aku nak tanam dekat tanah yg bakal suami aku dirikan rumah untuk kami sekeluarga. Cuba korang nengok gambar yg aku snap kat bawah nie & cuba korang bagitau pokok apekah beliau........


Gambar nie aku snap kat Bandar Baru Klang kat Maybank Jalan Tiara berape aku pun dah lupa. Agak korang ape nama pokok nie.....? Dari jauh pun dah memukau tue korang belum lalu bawah dia lagi................

Wednesday, June 17, 2009

Adam Iskandar Lagi....

Dari sehari ke sehari aku nak update story about Adam Iskandar, my hero. Entah nape aku takde mood utk menaip....Hari nie aku gagahkan juga jari jemari aku utk menaip cerita tentang Adam yg makin hari makin lasak. 2 Mei ari tue, dengan rasminya Adam dah pandai berjalan. Bukan main suka dia sbb dah dapat kaki maka makin lasak dia bergerak. Aku lak makin tension coz dia bergerak sgt pantas dan aku yg sedang membesar ngan jayanya terpaksa berlari utk mengejar dia. Asal bukak jer pintu umah maka dialah org pertama yg keluar dan bila aku kejar, dia ingat aku nak main ngan dia. Ade sekali tue sampai menangis aku dibuatnya sbb aku terlalu penat nak mengejar dia yg seminit pun takleh duduk diam. Anyway.....aku bersyukur krn ketiga-tiga anak aku cukup fizikal & mempunyai mental yg sihat. Inilah Adam Iskandar aku...walaupun selasak mana dia, walau senakal mana dia, dia tetap buah hati aku, anak lelaki aku........dan aku tak serik utk mengandungkan anak lelaki seramai mana yg boleh.......


Ini adalah gambar yg terbaru aku ambil ari Sabtu 20/06/09 masa kenduri umah ummi. Kacak tak 2 hero aku nie.....


Bukan main seronok dia naik basikal yg kakak dia kayuh.....

Masa nie dia tgh syok tido kat umah nenek Timah dia....maklumlah sofa baru nenek....


Cuba nengok tiga2 gambar nie....memang lasak....baru 10 bulan mase aku ambil gambar nie, dia dah sibuk nak kayuh basikal Aleesa.....


Video nie diambil mase kenduri arwah atuk Latib dia, masuk hari yg kedua