Monday, July 6, 2009

SEHARIAN DI GENTING HIGHLAND

Sabtu 4/07/09 lepas, kami sekeluarga telah mendaki Genting Highland hingga ke puncak. Semuanya tidak dirancang. Tetiba Jumaat mlm tue En Tapa ajak naik Genting. Aku mulanya malas bila mengenangkan En Adam yg sgt lasak tue tapi En Tapa beriya-iya nak gie. Tak sampai hati nak menolak maka aku pun bersetuju. Berdebar gak nak gie nie sbb dah lama rasenya kami x membuang masa & duit utk berjalan jauh...walaupun x berapa nak jauh sangat destinasi kami berbanding ngan ibu mertua aku yg dah bertolak ke Kelantan pagi Jumaat tue.
Aku bawak Emad (adik bongsu aku) ikut sekali. Kami sampai Genting dah dekat tengahari so terus cari tempat makan. Walaupun bukan musim cuti sekolah atau musim cuti utk ape2 perayaan tapi suasana tetap meriah dan sesak. Ape yg membuatkan aku rase tak syok ialah suasana kat sini dah tak nyaman & sejuk. Berpeluh-peluh aku dibuatnya bersesak ngan org kat dlm indoor game/shoping mall tue. Si abg ngan kakak lagi sempoi, cuma pakai single jer...cuma sesekali nak melaram baju sejuk yg dah lame beli tapi tak pernah nak pakai sbb cuaca kat Malaysia nie tak mengizinkan dia org nak pakai sweater yg dah lame wujud tue. Dan seperti yg aku duga, En Adam punya la lasak & nakal samapaikan aku nak pitam mengejar dia yg dah pandai x nak duduk dlm stroller. Terpaksalah si ayah mendukung dia disepanjang perjalanan. Si Nana lak punyalah malas nak berjalan so dialah yg mengisi stroller Adam.....kakak gak maintain seronok & teruja.
Anyway...thanks to En Tapa diatas lawatan sehari kami ke Genting Highland tue.....Nanti kita plan utk pegi lebih jauh lagi & pastikan time tue Adam dah kurang lasak & pandai jaga diri sendiri.......

Nak gak bergambar tapi En Tapa nie cam nak sabotaj gambar aku nie jer....kabur jer pemandangan.......


Bergambar dlm lobi First World Hotel

Nampak tak bukan main sesak ngan manusia...........


Kakak yg paling enjoy sbb dia dah cukup besar utk menikmati lawatan yg ayah anjurkan. Adam lagi enjoy. Punyalah seronok dia sampai susah nak dikawal. Nana...si gadis control ayu nie, biasa-biasa saja....

Dah time tido...penat sgt berlari sampai keletihan. Itu pun tido utk cas tenaga dia. Cukup 15 minit jer dia pun bangun utk sambung balik.....

No comments: