Sunday, November 29, 2009

TRAGEDI NOVEMBER

Tanggal 21/11/09, pasti meninggal memori hitam buat kami sekeluarga kerana Adam ditimpa kemalangan. Bukanlah kemalangan jalanraya tapi kemalangan kat umah. Adam jatuh dari basikal Aleesa dan telinganya koyak. Bukannya koyak sikit tapi lagi sikit nak putus.
Pada hari kejadian, aku tinggalkan Adam bersama Makcik Ara dia kat umah Nenek Timah kerana aku terpaksa menemankan Nana yg kena muntah2 sejak tengahari Jumaat , membawa ke tghmlm sampai setitik air pun takleh nak masuk ke dlm tekak sbb dia akan muntahkan balik apa jugak yg ditelan. Nana admit kat Salam Medical Centre , Seksyen 19 , Shah Alam.
Nak dijadikan cerita, adik aku Yusra melayan si Adam kat atas basikat petang tue. Atuknya pun ade. Sedang syok Atuk dia menyanyi lagu utk Adam tetiba si Adam jatuh & telinga dia tersangkut kat skrew pagar verandah yg memang dah sedia terpasang sejak aku sekolah menengah lagi.
Dalam kul 4 ptg, tetiba aku dapat panggilan cemas dari Yusra. Katanya Adam jatuh basikal & telinganya berdarah teruk. Dia minta aku telefonkan En Tapa utk bawa Adam gie klinik. Aku tak tahu macam mana perasaan En Tapa masa aku bagi tau yg anak lelaki dia jatuh & berdarah. Nasib baik Pak Lah ada kat umah so dia org x sempat tunggu En Tapa datang terus dibawanya Adam ke klinik kat simpang 4 tapi malangnya klinik x dapat nak buat sbb koyakkan kat telinga Adam besar. Aku minta En Tapa bawa Adam dtg kat Salam Medical Centre. Dalam pada aku menunggu dgn cemasnya, sempat aku berdoa mudah2an perjalanan mereka lancar & selamat sbb En Tapa nie berdarah gemuruh. Dia x boleh handle situasi cemas ngan baik. Itu mengingatkan aku waktu aku nak bersalinkan Adam. Masa dia dapat tahu aku nak bersalin, dia ade kat Office dan on the way ke hospital dilanggarnya bumper belakang kereta Waja masa kat simpang traffic light x berapa jauh dari hospital dan betul2 depan sorang polis traffic.
Berbalik kepada citer si Adam Iskandar. Masa sampai jer dia kat Emergency Room, Yusra ngan Adam yg ade kat dlm tue, nurse lak tgh sibuk membalut kepala dia sbb nak hentikan pendarahan. En Tapa laks tgh sibuk buat pendaftaran kat kaunter. Aku turun dari wad ngan Nana & Aleesa yg memang ayah dia hantar sejak dari pagi lagi. Punyalah riuh rendah kat depan Emergency Room tue ngan suara garau si Adam yg menangis kesakitan & ketakutan. Tetiba laks dlm riuh rendah tue si Aleesa boleh muntah ngan x semena-mena. Mungkin dia pun cemas & terkejut sbb tengok Adam yg berlumuran darah.
Malangnya Adam terpaksa tunggu utk operation dan dia masuk bilik operation pukul 8.00 mlm hari yg sama kerana doktor terpaksa buat minor operation utk sambungkan balik tulang rawan telinga dia. Lagi pulak si Adam x tahu nak duduk diam kalau dijahit dlm keadaan sedar so doktor terpaksa bagi dia tidur. Aku la yg terpaksa menemankan Adam dlm bilik operation sbb ayah dia x sanggup nak tengok doktor jahit telinga anak dia. Aku yg menemankan Adam pun bukannya dapat masuk dlm bilik operation tue cuma tunggu kat luar bilik jer. Dekat satu jam baru nurse keluar dukung Adam yg masih lagi tidur tapi x sampai 10 minit dia sedar dan terus mengamuk macam kena histeria. Puas aku pujuk tapi dia cam x makan dipujuk. Doktor kata, itu adalah tindakbalas daripada ubat bius yg dah nak hilang. Akhirnya ayah dia berjaya gak pujuk dia ngan bawa dia ke kolam ikan kat depan pintu masuk hospital. Sudahnya, kami suami isteri terpaksa berumahtangga kat hospital. Aleesa aku terpaksa poskan ke rumah Nenek Timah dia sbb aku x nak dia pulak yg sakit.
Alhamdulillah, kami berjaya melepasi episod hitam itu. Kejadian tue pun dah seminggu berlalu. Telinga Adam pun dah semakin pulih dan hari Rabu nanti doktor akan bukak jahitan kat telinga dia. Syukur kepada tuhan kerana selain dari kecederaan telinga, Adam x mengalami kecederaan dalaman lain. Semoga Adam cepat sembuh.......

Nielah basikal yg aku ceritakan tadi. Basikal nie di gantung kat pagar umah sbb nak mengelakkan si Adam naik lagi.

Nielah pagar dan tempat kejadian yg aku ceritakan. agak-agak nampak tak skrew yg aku citerkan tadi ? Skrew tue ade terpasang kat tiang verandah umah.......nampak tak...?


Nielah hasil kerja tangan Doktor Khairul Anuar bin Jamaludin. Kemas gak jahitan yg dibuat doktor nie. Harap2 bersambung balik ler telinga hero aku nie tanpa meninggalkan kesan yg huduh.


Dua gambar nie diambil masa Adam tengah tunggu utk masuk Operation Room. Nie dlm bilik kami. Tengok ler balutan kat kepala dia tue, sampai nak tetutup mata si Adam. Mana taknya, dia tak tahu duduk diam. Dah macam tue pun masih ingat nak main lagi.

Masa nie kami masih lagi kat depan Emergency Room. Airmata Adam pun tak kering lagi. Asal nampak doktor atau nurse musti dia menangis. Teruk aku nak memujuk mamat si hati kuntum nie.......


Nie pulak si Nana yg dah masuk satu hari duk kat hospital nie. Nana memang baik & sopan sbb dia tak menangis pun masa doktor nak masukkan jarum kat tangan. Dia sakit pun x menangis. Tapi dia nie baik ada masa, bila angin x baik...sendiri mau ingatlah.....

Ucapan terima kasih kepada kakitangan Salam Medical Centre Seksyen 19, Shah Alam kerana melayan karenah kami sekeluarga selama 3 hari 3 malam. Ribuan terima kasih diatas layan yg baik & mesra sepanjang kami berumahtangga di sana.

Tuesday, November 3, 2009

SYUKUR UTK ANGAH

Ucapan syukur Alhamdulillah kepada Angah yang bakal bergelar ibu. Penantian Angah utk menimang cahayamata telah dikabulkan oleh Allah. Angah kini sudah mengandung 1 bulan setengah. Setelah menunggu selama 3 tahun, akhirnya Angah akan bergelar ibu pada tahun hadapan. Selama nie Angah yg menjaga anak-anak aku bila aku kerja. Sekarang anak-anak aku dah ada sepupu.
Angah ialah adik aku yg nombor 2. Kami sangat rapat sejak kecil lagi. Waktu sekolah rendah dulu aku selalu jadi pelindung utk Angah. Siapa yg buli atau kacau Angah pasti akan berdepan dengan aku. Aku tetap jadi perisai Angah sampai dia masuk sekolah menengah sampai nak pergi buat kajian utk PMR pun aku ikut. Kadangkala kerja sekolah Angah aku yg tolong buat. Bukannya Angah buli aku cuma aku kesian kat Angah, takut dia kena marah atau kena denda ngan cikgu. Kadang-kadang aku bising gak kat dia tapi dia nie lemah sikit bila belajar.
Badan Angah mula membesar masa dia masuk form 1. Mungkin perubahan hormon atau sbb vitamin selera makan yg mak bagi dulu. Itu menambahkan rasa rendah diri Angah. Tapi Angah pandai cari kawan. Angah kawan ngan bebudak yg sopan & baik-baik. Aku berkawan ngan semua kawan Angah. Aku kenal ngan semua kawan dia sejak dari sekolah rendah lagi sebab aku selalu ikut mana dia pergi. tapi Angah tak berkawan ngan semua kawan aku. Kebanyakkan kawan aku tak sejiwa ngan Angah. Aku laks selalu berkawan ngan org yg salah.
Sejak kecil lagi Angah sangat takut ngan mak & abah. Kalau boleh dia tak nak buat salah, takut kena marah atau kena rotan. Beza ngan aku yg pakai redah je. Kena marah atau kena belasah, belakang citer. Sebab tue Angah nie anak kegemaran mak ngan abah (itu salah aku). Aku ingat lagi time abah nak beli swimming suit utk Angah. Waktu tue kompleks renang kat Pandamaran baru buka. Abah cakap sebab Angah rajin tolong mak, abah belikan Angah swimming suit tue. Walaupun time tue abah belikan juga utk aku, tapi itu pun setelah puas aku merengek kat pasaraya. Macam-macam yg aku lalui sepanjang membesar bersama Angah. Pernah bergaduh utk Angah sebab ade budak ejek Angah gemuk, pernah berharuk kat kantin sekolah semata-mata nak belikan Angah makanan dan macam-macam lagi.
Bila dah dewasa & bakal menginjak ke alam matang, hubungan kami agak renggang sbb Angah dah tak perlu bergantung ngan aku sbb dia dah ada suami. Tapi aku tetap ambik berat hal Angah terutama bila aku tahu dia dah mengandung. Aku lak sibuk nak bawa dia gie check-up sedangkan dia ada suami. Mungkin sebab aku sgt teruja. Tentu angah lebih lagi.
Selalunya bila kita terlalu busy body, org akan salah anggap. Macam tue jugak Angah tapi aku takde niat yg salah. Aku nak yg terbaik utk Angah macam mane masa aku jadi pelindung dia sejak kecil lagi. Bukan dia saja tapi semua adik-adik aku sbb aku yg sulung. Aku lak, sejak kecil berdikari & tanggung sendiri utk semua keperluan & perbuatan aku sbb tue macam-macam yg telah aku lalui.
Semoga impian Angah akan termakbul & Angah berjaya mengharungi 10 bulan ngan tabahnya. Semoga Angah dan kandungannya sentiasa selamat dan berada dalam lindungan Allah........AMIN!!!!!!
Foto dirakan sewaktu kami bercuti di Tioman 2 tahun lepas.

Thursday, October 29, 2009

KAMI MELAWAT PAKLONG

Last Saturday 24/10/09 ari tue, kami sekeluarga telah berangkat ke Negeri Sembilan utk melawat Paklong aku yg telah bermastautin di Bahau, Negeri Sembilan. Sebelum pergi umah Paklong, kami singgah ke Giant kat Bukit Tinggi Klang utk shopping sikit brg-brg dapur utk di bawa sebagai buah tangan pada Paklong. Perjalanan kami memakan masa selama 2 jam setengah memandangkan keadaan jalan yg tidak sesak & kami melalui Jalan Bukit Putus yg baru siap dibina. Best tul jalan tue sbb kami dah x perlu melalui jalan yg macam ular di palu. Dulu...kalu bawak mak aku lalu jalan tue memang sah-sah mabuk.
Kami sampai umah Paklong kul 1.00 pm, sah-sah time lunch. Yg aku seronok kalu pegi umah Paklong nie ialah masakan Maklong yg memang sedap. Hari tue Maklong masak Lemak Cili Api Rebung & Ayam Kampung Goreng. Sedap tul ayam kg tue, manis & sgt sedaplah. Kalu pegi Negeri Sembilan memang x sah kalu tak rase masak lemak.
Lepas makan tghari, kami laki bini terlepak kekenyangan cam ular sawa. Nak jadi cerita, Si Adam yg terkenal ngan lasaknya jatuh tangga depan umah Paklong. Ya Allah...sungguh extrem sekali tragedi itu sbb berlaku depan mata aku. Ayah dia yg sedang nyenyak tido terus melompat bangun bila dengar aku menjerit sejurus Adam jatuh. Syukurlah dia takde ape-ape cuma menangis sikit sbb terkejut. Dlm masa 5 minit je dia menangis pastu dia sambung main. Aku nie yg naik pucat muka nengok dia jatuh tapi dia selambe jer.
En Tapa yg tadinya terkejut terus xjadi nak tido so dia turun gie kat pangkin bawah lepak ngan Paklong. Syoknya minum petang kat laman umah Paklong sambil di tiup angin sepoi-sepoi bahasa. Si kakak & Nana lagilah syok sbb dari masa kami sampai sehingga nak balik dia org mmg x duduk diam. Main ngan ayam, kucing, gie tangkap burung & macam-macam aktiviti yg dia org buat. Adam je yg baru dapat turun pijak tanah petang tue terus kejar ayam cam tak ingat. Seronok betul lepak umah paklong nie. Lain kali kami ingat nak lepak lama sikit. En Tapa siap nak ajak gie singgah air terjun Ulu Bendul yg x berapa jauh dari umah Paklong. Anyway........kami bertolak balik kul 6.30pm petang tue jugak.
Jom layan gambar kami......

Nielah Kampung Boy..........


Kami layan minum petang kat bawah rimbunan pokok kelapa

Si Abg yg berpampers je......tgh ushar ayam.


Nielah pangkin, tempat lepak yg paling strategik

Nana yg tgh di ushar oleh ayam-ayam Paklong sambil menangis.

Sunday, October 25, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME............

20 Oktober dah pun berlalu ari Selasa ari tue. Tepat kul 12 mlm, masuk 20hb Oktober ari tue, En Tapa cam biasa, jadi org pertama yg wish. Hadiah..........xleh nak bgtau sbb nanti org kata aku riak lak. Cuma yg x best-nya, masa aku balik dari opis mlm 20hb tue kami ade ler ckit salah faham. 2 mlm gaks kami x bertegur. Alah....sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Aku pun bukannya nak marah sgt tapi kecik ati jer. Yg aku x sangka ialah cara En Tapa nak pujuk aku kali nie. Dia siap beli bunga & upah org hantar bunga kat opis. Cis............malu giler rase masa tue. Bangga ade jugak tapi x sehebat rase malu yg melanda aku time tue...............
Anyway..........terima kasih buat suamiku yg tercinta kerana memberikan yg terbaik buat diri ini. Sesungguhnya tiada apa yg mampu aku ucapkan selain dari ucapan terima kasih & doa semoga hubungan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Kau seorang suami & ayah yg bertanggungjawab, penyayang & terbaik.
Menjelang usia aku yg masuk 28 tahun nie xde ape yg lebih bermakna selain dari rasa bersyukur kepada Allah kerana masih bernafas utk aku meneruskan hidup. Tiada apa yg lebih membahagiakan selain dari melihat suami & anak2 berada di depan mata. Tiada hadiah yg lebih mengembirakan selain dari kasih sayang suami & anak2. Percayalah............kebahagiaan & kasih sayang tidak boleh dibeli. Inilah yg aku inginkan dahulu............KELUARGA. Aku impikan sebuah keluarga. Aku impikan hidup gembira & bahagia di samping seorang lelaki yg bernama suami & dikelilingi anak-anak yg cilik.
Bersyukur aku kepada tuhan kerana memberikan aku anugerah yg tak ternilai ini. Semoga anugerah ini akan kekal ke akhir hayat aku..................Amin!!!!!!!


Nie le bunga dari En Tapa yg telah di hantar oleh seorg pakcik kat opis ari tue. Anyway...thanks En Tapa.

Sunday, October 11, 2009

Gambar Rayer Kami......

Semenjak rayer nie, setiap hujung minggu kami dipenuhi dgn jemputan rumah terbuka kengkawan. Tak pernahnya kami nie dapat melepakkan diri kat umah cam bulan-bulan dulu tapi takpe, syok gak gie berayer nie sbb dpt berjalan. Aku ngan En Tapa memang sekepala. Kami memang kuat berjalan dan sgt suka berjalan.
Bersempena ngan Hari Raya Aidilfitri tahun nie aku telah memaksa En Tapa utk bergambar keluarga yg sememangnya telah kami rancang sejak beberapa tahun yg lepas tetapi tidak berjaya kerana beberapa sebab yg tak dpt dielakkan. Justeru itu, pada tahun nie aku berkeras utk membawa keluarga aku bergambar walaupun pada Hari Raya Aidilfitri yg masuk hari ke-5. Kami gie amik gambar keluarga kat studio gambar di Simpang Empat. Buat julung-julung kalinya bergambar raya bersama keluarga membuatkan aku sgt teruja bila melihat hasilnya.
Jom ushar................

Aku hanya ada hard copy so aku amik sendiri by phone gambar-gambar nie. Memang kurang memuaskan tapi aku akan usahakan utk mendapatkan soft copy. Nie baju raya kami utk tahun nie. Colour ala-ala coklat ade, krim pun ade. Korang boleh tgk hebatnya anak2 aku bergambar sbb dah dilatih sejak dulu lagi........

Gambar : Dari belakang sebelah Kiri : Kaklong(Sariah), Abg Ngah(Zulkifli), Alang(Fadzil), Uda(Mohd Mustaffa), Uchu(Nurul Aini)
2 gambar diatas nie pulak adalah gambar raya family En Tapa sebelum abah meninggal, itu pun 2 tahun lepas punya gambar rayer. Kalau tak silap aku time nie adalah tahun pertama aku beraya sebagai isteri kepada En Tapa. Ada jugak gambar kenangan mereka sekeluarga terutama setelah abah tiada.