Sunday, October 25, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME............

20 Oktober dah pun berlalu ari Selasa ari tue. Tepat kul 12 mlm, masuk 20hb Oktober ari tue, En Tapa cam biasa, jadi org pertama yg wish. Hadiah..........xleh nak bgtau sbb nanti org kata aku riak lak. Cuma yg x best-nya, masa aku balik dari opis mlm 20hb tue kami ade ler ckit salah faham. 2 mlm gaks kami x bertegur. Alah....sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Aku pun bukannya nak marah sgt tapi kecik ati jer. Yg aku x sangka ialah cara En Tapa nak pujuk aku kali nie. Dia siap beli bunga & upah org hantar bunga kat opis. Cis............malu giler rase masa tue. Bangga ade jugak tapi x sehebat rase malu yg melanda aku time tue...............
Anyway..........terima kasih buat suamiku yg tercinta kerana memberikan yg terbaik buat diri ini. Sesungguhnya tiada apa yg mampu aku ucapkan selain dari ucapan terima kasih & doa semoga hubungan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Kau seorang suami & ayah yg bertanggungjawab, penyayang & terbaik.
Menjelang usia aku yg masuk 28 tahun nie xde ape yg lebih bermakna selain dari rasa bersyukur kepada Allah kerana masih bernafas utk aku meneruskan hidup. Tiada apa yg lebih membahagiakan selain dari melihat suami & anak2 berada di depan mata. Tiada hadiah yg lebih mengembirakan selain dari kasih sayang suami & anak2. Percayalah............kebahagiaan & kasih sayang tidak boleh dibeli. Inilah yg aku inginkan dahulu............KELUARGA. Aku impikan sebuah keluarga. Aku impikan hidup gembira & bahagia di samping seorang lelaki yg bernama suami & dikelilingi anak-anak yg cilik.
Bersyukur aku kepada tuhan kerana memberikan aku anugerah yg tak ternilai ini. Semoga anugerah ini akan kekal ke akhir hayat aku..................Amin!!!!!!!


Nie le bunga dari En Tapa yg telah di hantar oleh seorg pakcik kat opis ari tue. Anyway...thanks En Tapa.

No comments: