Sunday, October 11, 2009

Gambar Rayer Kami......

Semenjak rayer nie, setiap hujung minggu kami dipenuhi dgn jemputan rumah terbuka kengkawan. Tak pernahnya kami nie dapat melepakkan diri kat umah cam bulan-bulan dulu tapi takpe, syok gak gie berayer nie sbb dpt berjalan. Aku ngan En Tapa memang sekepala. Kami memang kuat berjalan dan sgt suka berjalan.
Bersempena ngan Hari Raya Aidilfitri tahun nie aku telah memaksa En Tapa utk bergambar keluarga yg sememangnya telah kami rancang sejak beberapa tahun yg lepas tetapi tidak berjaya kerana beberapa sebab yg tak dpt dielakkan. Justeru itu, pada tahun nie aku berkeras utk membawa keluarga aku bergambar walaupun pada Hari Raya Aidilfitri yg masuk hari ke-5. Kami gie amik gambar keluarga kat studio gambar di Simpang Empat. Buat julung-julung kalinya bergambar raya bersama keluarga membuatkan aku sgt teruja bila melihat hasilnya.
Jom ushar................

Aku hanya ada hard copy so aku amik sendiri by phone gambar-gambar nie. Memang kurang memuaskan tapi aku akan usahakan utk mendapatkan soft copy. Nie baju raya kami utk tahun nie. Colour ala-ala coklat ade, krim pun ade. Korang boleh tgk hebatnya anak2 aku bergambar sbb dah dilatih sejak dulu lagi........

Gambar : Dari belakang sebelah Kiri : Kaklong(Sariah), Abg Ngah(Zulkifli), Alang(Fadzil), Uda(Mohd Mustaffa), Uchu(Nurul Aini)
2 gambar diatas nie pulak adalah gambar raya family En Tapa sebelum abah meninggal, itu pun 2 tahun lepas punya gambar rayer. Kalau tak silap aku time nie adalah tahun pertama aku beraya sebagai isteri kepada En Tapa. Ada jugak gambar kenangan mereka sekeluarga terutama setelah abah tiada.

No comments: