Tuesday, September 29, 2009

MARI MENGIMBAU KENANGAN (2)

Tetiba hati aku jadi sentimental sejak semalam. Entah kenapa pun aku tak sure. Nak cakap aku buang tebiat, takot lak sbb org yg nak mati jer selalu buang tebiat. Maybe ade someone atau something yg buat aku jadi camnie. Time camnie ler macam-macam yg aku teringat lebih-lebih lagi time memula aku jatuh hati pada En Tapa walaupun pada hakikatnya kami dah kenal hampir 2 tahun sbb kerja satu opis malah satu department. Lagi yg buat aku asyik nak berfikir ialah umah dia kat Pandamaran dekat ngan umah arwah maklong aku. Waktu kecik dulu aku selalu dtg umah maklong sbb nak main dgn sepupu aku(anak maklong) yg semuanya lelaki & salah seorangdrpd sepupu aku tue adalah kawan sekolah En Tapa. Aku laks time tue ade admire ngan anak jiran sebelah umah maklong aku yg iras-iras pelakon Hong Kong yg mana juga adalah kawan sekolah & kawan baik En Tapa. Tiap-tiap minggu aku selalu ulang alik Pandamaran naik basikal ngan Angah(adik aku) semata-mata nak jumpa Ejan(anak jiran maklong) & sepupu-sepupu aku. Selalunya kami akan kayuh basikal ke Kompleks Sukan Pandamaran utk berenang atau pun kami akan main polis entry. Kadang-kadang kami main kejar-kejar sampai depan umah En Tapa tapi dlm memori aku, tak pernah aku teringat yg aku pernah jumpa ngan dia. Lagi pulak tiap hari Khamis ade pasar mlm kat depan umah En Tapa & setiap kali aku tidur umah maklong mesti paklong bagi duit utk aku & angah gie pasar.

Ajaibkan....tuhan tentukan jodoh utk aku yg sebenarnya ade depan mata saja. Sejak kecil lagi aku selalu bayangkan siapakah bakal suami aku bila aku dewasa kelak sbb pengaruh filem & drama. Setelah segala ape yg aku lalui, pastinya aku sgt teruja saat En Tapa melafazkan akad sehingga aku sah bergelar isterinya. Sehingga ke hari ini aku sering katakan pada En Tapa "kenapa kita tak pernah berjumpa dari dulu?" Dengan selamba kodoknya En Tapa jawab "Nasib tak jumpa dulu kalau tidak dari sekolah rendah lagik org dah ajak sayang kahwin".

Time En Tapa mula-mula masuk Satang dulu, aku adalah org pertama kutuk dia sbb masa mula-mula masuk dulu En Tapa sgt-sgt kurus & x handsome. Berbakul-bakul aku kutuk dia sepenuh hati alih-alih dia jadi hubby aku. Inilah yg dinamakan jodoh yg telah ditentukan oleh Allah & caranya sgt unik. Walaupun aku telah melalui episod hitam dlm hidup & En Tapa sendiri sedia maklum kerana sepanjang aku berhadapan dgn dugaan itu En Tapa hanya hadir sbg pemerhati. Malah sewaktu aku mengandungkan Aleesa, En Tapa pernah memperkenalkan aku ngan awek Kelantan dia.








Waktu gambar nie diambil aku belum lagi ada hati kat En Tapa. Kami berempat telah merancang utk ke UUM di Kedah semata-mata utk menyelesaikan satu misi yg mana akhirnya ianya membuahkan hasil yg sgt memberangsangkan. Terima kasih pd Hafiz yg telah sanggup membawa kami dgn menaiki kereta beliau. Selain dari menunaikan misi, kami juga telah melancong dari Perlis, Kedah & Pulau Pinang. Punyalah selamba kami melancong tanpa menyewa hotel cuma tidor dlm kete & mandi di R&R.....Boley.....?????











Waktu gambar diatas nie diambil, aku masih belum lagi mempunyai hati ngan En Tapa. Kami pergi ke Melaka juga kerana satu misi utk meyakitkan hati org. Ini adalah perjalanan pertama antara aku & En Tapa. Ini juga adalah perjalanan yg tidak dirancang & kami sgt enjoy ngan perjalanan nie. Time nie pun kami pergi berempat cuma yg lainnya si Hafiz digantikan dgn si Eppy. Sebenarnya kami pergi menunaikan misi ke Melaka dulu baru beberapa bulan selepas tue kami ke UUM, Kedah. Masa nie aku baru nak mengenali En Tapa ngan lebih mesra lagi apabila dia start cerita pasal hal-hal peribadi dia. Dia nak ikut nie pun sbb dia baru je frust ngan awek Kelantan yg sgt dia syg.




Ha......masa gambar nie diambil, kami dah mula berkasih syg cuma belum begitu berani nak bagitau ngan member. Yg pastinya balik dari pangkor tue terus mak En Tapa masuk meminang & kami bertunang selama 6 bulan. Aku respect tul ngan dia sbb dia x ambil begitu banyak masa utk buat keputusan setelah aku berterus terang pada dia yg aku malas nak bercintan cintun nie kerana hasilnya kita akan kecewa.
Sesungguhnya aku sgt bersyukur ngan apa yg tuhan tentukan utk aku. Kengkawan semuanya terkejut ngan pilihan aku kerana mereka tahu betapa aku anti ngan En Tapa dulu. Nyaris aku nak sabotaj dia sampai berhenti. Mujurlah aku tak sampai hati & mungkin juga jodoh aku ngan dia kuat. Setelah berumahtangga selama hampir 3 tahun & dikurniakan lagi 2 cahayamata, kasih sayang kami semakin kuat. En Tapa adalah seorang lelaki yg boleh memecahkan keras kepala aku & bersabar ngan karenah aku. En Tapa juga adalah seorg suami & ayah yg penyayang. Manusia tak sempurna maka En Tapa juga tidak lari dari kekurangan & kesengalan. Aku selalu mendoakan semoga usia perkahwinan kami bertahan sehingga ke akhir hayat.....AMIN!!!!!





No comments: