Tuesday, September 29, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan pada semua. Dikesempatan ini aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya terdapat kekasaran bahasa atau keterlanjuran kata-kata sepanjang aku membina blog ini. Kadangkala aku terlalu asyik menulis sehingga mengabaikan hati dan perasaan pembaca-pembaca blog aku.
Begitu cepat masa berlalu sehingga aku rasa terlalu pantas Ramadhan berakhir. Aku suka sangat suasana dalam bulan Ramadhan. Bila dlm bulan ramadahan semacam ada satu suasana yang lain drpd bulan yg lain. Dalam bulan inilah semua umat Islam akan melipat gandakan amalan. Walaupun waktu tidur sgt terhad kerana terpaksa bangun awal utk sahur tapi aku sgt suka suasana pagi utk ke pejabat & suasana ptg pulang dari pejabat. Ditambah pula dgn masa bekerja yg pendek walaupun kena masuk awal & tiada waktu rehat tghari tapi aku sgt suka keadaan itu. Ptg pula jalan-jalan akan sesak apabila ramai org keluar utk ke Pasar Ramadhan utk membeli juadah berbuka puasa. Maghrib pula keluarga akan berkumpul memenuhi meja makan utk bebuka puasa & seterusnya bersembahyang maghrib berjemaah. Dan yg paling aku suka ialah saat kaki memijak tangga masjid utk solat terawih. Suasananya sgt lain & sgt tenang. Ianya membuatkan aku teringat sewaktu aku mengandungkan Aleesa. Aku dapat lakukan solat terawih hampir tiap-tiap malam & aku dapat puasa selama sebulan walaupun aku sarat mengandung saat itu. Memang sedih bila Ramadhan berakhir kerana selepas ini keadaan akan kembali normal & suasana hening akan lenyap. Bukan bererti Syawal tak memberi makna utk aku cuma kemeriahan Syawal hanya pada hari pertama sahaja. Sungguhpun begitu syawal tetap disambut dgn meriah.
Syawal tahun ini dirumah mak En Tapa. Tidak seperti syawal yg lepas yg mana kami ada rumah sendiri utk dihias & ada waktunya kami akan menghidangkan sendiri juadah utk sanak saudara yg dtg bertandang. Sungguhpun begitu aku tetap mengemas & menghias rumah mak, buat kuih raya sendiri & tolong mak memasak rendang dll seperti kebiasaannya. Ini juga adalah tahun pertama En Tapa beraya tanpa abah. Malam raya adalah mlm yg paling menyedihkan buat mak. Dia akan duduk lama di sejadah sambil mengaji & berdoa. Bagi aku pula, mlm raya adalah mlm yg memenatkan utk aku tapi takpe kerana penat lelah aku bukan utk org lain melainkan utk keluarga.
Waktu-waktu begini, aku sgt bersyukur kerana dikurniakan suami seperti En Tapa krn dia adalah seorg suami yg baik, memahami & ringan tulang. Dia byk membantu meringankan beban kerja rumah selain drpd menjaga anak sepanjang aku berkhidmat di dapur. Dia juga rajin melayan karenah aku yg nak jugak keluar shopping di Jln Taiping Klang walaupun jam dah menunjukkan pukul 12 tgh mlm. Dia juga sanggup bersengkang mata membantu aku membuat kuih raya hingga subuh. Semua permintaan aku akan dia realisasikan kalau dia mampu terutama dari segi masa & tenaga. Sebut saja nak kemana, nak buat apa atau nak apa saja pasti En Tapa akan lakukan. Sesungguhnya aku sgt bersyukur kepada Allah SWT diatas nikmat yg dilimpahkan pada aku.
Bagi aku raya tahun nie kurang kemeriahannya kerana bapak aku pun sakit & semakin sakit sbb dia asyik demam tiap malam & semakin susah bernafas. Tambah lagi ngan masalah adik-adik aku yg tak berapa nak faham bahasa & yg tak kesian ngan keadaan bapak aku yg semakin uzur. Sedih bila aku melihat keadaan bapak aku yg dulu sihat & kuat. Apa yg mampu aku buat selain drpd mendengar rintihan dia yg sering mengadu sakit & tidak mampu lg menahan kesakitan itu. Semoga tuhan meringankan beban kesakitan yg ditanggung oleh bapak aku.
Bercerita tentang raya tahun nie, tema baju raya kami adalah coklat. Seperti kebiasaan tiap-tiap tahun beraya, kami akan balik ke Kg Delek selepas bersalam-salaman di Pandamaran & akan pulang ke Banting tghari drpd Kg Delek, rumah parents aku. Kami akan beraya sakan sampai ke mlm. Tiap-tiap tahun juga Abg Ngah(abg En Tapa) akan balik utk beraya di Pandamaran. Abg Ngah nie askar & baru tahun kedua beraya sbg org Kuching, Sarawak. Cakap banyak pun tak guna, jom layan gambor yg tk seberapa nie sbb terlalu sibuk sampai tak sempat nak bergambar.

Nie si Danial & Aleesa yg sibuk ngan belon badut.


Nie 2 org Hero aku.......

En Tapa layankan aje bini nyer......

Nana laks ngan Danial

No comments: