Thursday, October 29, 2009

KAMI MELAWAT PAKLONG

Last Saturday 24/10/09 ari tue, kami sekeluarga telah berangkat ke Negeri Sembilan utk melawat Paklong aku yg telah bermastautin di Bahau, Negeri Sembilan. Sebelum pergi umah Paklong, kami singgah ke Giant kat Bukit Tinggi Klang utk shopping sikit brg-brg dapur utk di bawa sebagai buah tangan pada Paklong. Perjalanan kami memakan masa selama 2 jam setengah memandangkan keadaan jalan yg tidak sesak & kami melalui Jalan Bukit Putus yg baru siap dibina. Best tul jalan tue sbb kami dah x perlu melalui jalan yg macam ular di palu. Dulu...kalu bawak mak aku lalu jalan tue memang sah-sah mabuk.
Kami sampai umah Paklong kul 1.00 pm, sah-sah time lunch. Yg aku seronok kalu pegi umah Paklong nie ialah masakan Maklong yg memang sedap. Hari tue Maklong masak Lemak Cili Api Rebung & Ayam Kampung Goreng. Sedap tul ayam kg tue, manis & sgt sedaplah. Kalu pegi Negeri Sembilan memang x sah kalu tak rase masak lemak.
Lepas makan tghari, kami laki bini terlepak kekenyangan cam ular sawa. Nak jadi cerita, Si Adam yg terkenal ngan lasaknya jatuh tangga depan umah Paklong. Ya Allah...sungguh extrem sekali tragedi itu sbb berlaku depan mata aku. Ayah dia yg sedang nyenyak tido terus melompat bangun bila dengar aku menjerit sejurus Adam jatuh. Syukurlah dia takde ape-ape cuma menangis sikit sbb terkejut. Dlm masa 5 minit je dia menangis pastu dia sambung main. Aku nie yg naik pucat muka nengok dia jatuh tapi dia selambe jer.
En Tapa yg tadinya terkejut terus xjadi nak tido so dia turun gie kat pangkin bawah lepak ngan Paklong. Syoknya minum petang kat laman umah Paklong sambil di tiup angin sepoi-sepoi bahasa. Si kakak & Nana lagilah syok sbb dari masa kami sampai sehingga nak balik dia org mmg x duduk diam. Main ngan ayam, kucing, gie tangkap burung & macam-macam aktiviti yg dia org buat. Adam je yg baru dapat turun pijak tanah petang tue terus kejar ayam cam tak ingat. Seronok betul lepak umah paklong nie. Lain kali kami ingat nak lepak lama sikit. En Tapa siap nak ajak gie singgah air terjun Ulu Bendul yg x berapa jauh dari umah Paklong. Anyway........kami bertolak balik kul 6.30pm petang tue jugak.
Jom layan gambar kami......

Nielah Kampung Boy..........


Kami layan minum petang kat bawah rimbunan pokok kelapa

Si Abg yg berpampers je......tgh ushar ayam.


Nielah pangkin, tempat lepak yg paling strategik

Nana yg tgh di ushar oleh ayam-ayam Paklong sambil menangis.

No comments: