Perkahwinan adalah sesuatu yg sangat penting dalam kehidupan kerana kita bakal memulakan hidup baru sehingga ke akhir hayat dengan insan yg kita cintai. Pengertian perkahwinan itu banyak dan salah satunya adalah utk membina sebuah keluarga yg harmoni dan bahagia. Walaupun jangka hayat percintaan aku ngan En Tapa sangat singkat tapi aku dapat rasakan keserasiannya. Biasalah....sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Bergaduh dan salah faham tue lumrah. Tipulah kalau korang kata korang tak pernah bergaduh laki bini. Macam kami pulak......kami selalu gaduh manja. En Tapa selalu mengalah kalu ada ape-ape yg berlaku sbb aku nie api so dia jadilah air. Sesungguhnya aku sayang sangat ngan En Tapa (jgn bagitau dia nanti dia eksen). Kalau diizinkan tuhan, aku mahu hidup mati aku ngan En Tapa. Inilah yg sebenarnya tuhan mahukan dan tuhan tentukan utk aku. Kelemahan aku di bantu dgn kelebihan En Tapa manakala kelemahan En Tapa di bantu dgn kelebihan aku dan kami saling melengkapi. Setiap pasangan yg di tentukan tuhan ada sebabnya dan Tuhan Maha Mengetahui dgn apa yg telah ditakdirkan utk kita maka bersyukurlah dan hargailah pasangan anda......
Jom sama-sama mengimbas saat bahagia kami..........

























