Monday, February 16, 2009

Saat Bahagia

Perkahwinan adalah sesuatu yg sangat penting dalam kehidupan kerana kita bakal memulakan hidup baru sehingga ke akhir hayat dengan insan yg kita cintai. Pengertian perkahwinan itu banyak dan salah satunya adalah utk membina sebuah keluarga yg harmoni dan bahagia. Walaupun jangka hayat percintaan aku ngan En Tapa sangat singkat tapi aku dapat rasakan keserasiannya. Biasalah....sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Bergaduh dan salah faham tue lumrah. Tipulah kalau korang kata korang tak pernah bergaduh laki bini. Macam kami pulak......kami selalu gaduh manja. En Tapa selalu mengalah kalu ada ape-ape yg berlaku sbb aku nie api so dia jadilah air. Sesungguhnya aku sayang sangat ngan En Tapa (jgn bagitau dia nanti dia eksen). Kalau diizinkan tuhan, aku mahu hidup mati aku ngan En Tapa. Inilah yg sebenarnya tuhan mahukan dan tuhan tentukan utk aku. Kelemahan aku di bantu dgn kelebihan En Tapa manakala kelemahan En Tapa di bantu dgn kelebihan aku dan kami saling melengkapi. Setiap pasangan yg di tentukan tuhan ada sebabnya dan Tuhan Maha Mengetahui dgn apa yg telah ditakdirkan utk kita maka bersyukurlah dan hargailah pasangan anda......
Jom sama-sama mengimbas saat bahagia kami..........
Tema purple nie utk umah En Tapa. Time nie my mother-in-law request aku pakai tudung sbb dia jemput Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom datang. Kami pun tak pasang pelamin. Aku tak kisah sgt sbb kat umah aku ari tue dah buat.

Gambar nie di rakamkan waktu majlis potong kek hari yg sama we all bersanding. Aku suka nengok En Tapa yg tak pernah nampak macho tetiba buat julung kalinya sangat macho dan tampan....

Time bersanding kat umah aku. Nie colour tema utk aku......gold/keemasan. Nie baju baru yg Pak Uda En Tapa jahitkan utk kami. Memang aku suka sangat ngan baju nie. En Tapa banyak kali ulang, betapa terujanya dia waktu pandang aku. Berbunga hati aku bila dia ulang staement tue setiap kali we all buka cerita pasal weeding kami.

Nie gambar masa majlis beinai malam. Tiara make-up aku ala-ala perempuan melayu terakhir.

Nie lak ibubapa mertua ku Hj Abdul Latib & Hjh Jama'ah. Mak mertua aku nie tukang mandi jenazah dan tok guru mengaji. Jangan main-main....beliau juga org kuat masjid.

Inilah ibubapa tercinta Hj Md Yousoff & Hjh Fatimah. Lihat bapa ku yg sangat kurus kerana dia tengah sakit time nie. Abah dah tak bekerja kerana kesihatan yg tidak mengizinkan. Mak pulak adalah surirumah sepenuh masa sejak dia bergelar isteri.


Nie adalah gambar-gambar teman-teman seperjuangan yg tak pernah jemu memberi sokongan.

No comments: