Sunday, June 7, 2009

Pindah Rumah Lagi.............

Utk post kali nie lak aku nak story yg aku dah pindah rumah utk kali yg ketiga dlm tempoh masuk 4 tahun kahwin. Aku harap, kalu pindah lagi lepas nie biarlah rumah yg bakal kami duduk tue adalah rumah kami sendiri sbb masa tue takde sape nak suruh kami keluar dari rumah sendiri. Mase aku packing barang petang 21/05/09 ari tue, tetiba hati rase sayu sbb selama nie aku rase seronok duduk rumah yg dibyr dari hasil titik peluh sendiri. Aku suka dekorate rumah & susun perabot ikut citartasa aku sendiri sbb aku suka kekemasan & kebersihan. Selama kami berhijrah & berdikari, hidup kami bebas. Bila-bila masa nak balik, nak makan, nak kemas, nak tidur, nak bergurau, nak berehat & segala-galanya kami buat bila kami rase nak buat. Yg paling aku suka bila setiap hujung minggu aku ngan En Tapa akan bergotong-royong mengemas rumah, memasak & jaga anak. Aku suka saat tue sbb aku rase itulah satu aktiviti sihat & merapatkan lagi hubungan kami.

Inilah pemandangan dapur kesayangan aku. Disinilah tempat aku dan En Tapa mengembangkan bakat memasak kami.
Betapa aku merindui detik berharga itu. Time aku tinggal di Apartment Amazing Height, Jln Sg Udang, lagi kami seronok sbb setiap hujung minggu boleh turun swimming kat swimming pool yg disediakan kat tgh laman Appartment. Kawasan kat situ sejuk, bersih & tenang. Jiran-jiran pun baik & suasana appartment yg menghadap sungai klang yg indah....(he...he...indah ker..?).
Sebenarnya aku bahagia & gembira bila mana suami & anak-anak aku sentiasa ada disisi. Tak kisah walau dimana kami tinggal atau dimana rumah kami, asal kami tak terpisah jauh, aku dah cukup bersyukur. Dulu mase mula-mula kahwin aku dah cakap ngan En Tapa, "Org tak minta syg sediakan rumah yg besar utk kita sekeluarga, asal kita sekeluarga bersama, rumah sebesar sebuah pondok pun org bersyukur".
Hari ini (21/05/09) utk kali ketiganya, kami akan berpindah balik semula ke rumah yg mula-mula kami tinggal selama 7 bulan selepas berkahwin. Aku tahu semua yg berlaku pasti ada hikmahnya. Apa yg tuhan tentukan utk seseorg hambanya bukanlah sesuatu yg sia-sia. ....Amin!!!!

No comments: