Sunday, June 7, 2009

Adam Demam.....

Pagi Isnin 25/05/09, aku bawa Adam pegi Klinik Pandamaran sbb mlm tue dia tak leh tido, asyik merengek & menangis. Puas aku pujuk dan sapu minyak dia tetap meragam. Nak kata demam badan dia tak panas, cuma bila dia bernafas adelah bunyi kahak. Sampai subuh dia berkeadaan cam tue sampai aku yg langsung takleh nak lelap mata nie dah pasrah & akhirnya pagi tue kami bawa dia gie Klinik Pandamaran.
Sesampai je kami di klinik baru aku rase badan Adam panas dan doktor bagi dia pakai topeng gas. Dulu kakak je yg selalu pakai topeng tue setiap kali demam, sekarang Adam lak. Nasib aku baik sbb En Tapa ambil Emegency Leave sbb nak temankan aku ngan Adam. Pagi tue jer dlm tempoh tak sampai 1 jam, 2 kali Adam kena pakai topeng gas(nap) tue. Aku ingatkan pastu settle & boleh balik, rupa-rupanya tak.....kami kena rujuk Adam kat hospital sbb pernafasan dia masih lagi berbunyi.
Punyalah penat aku rase sbb mlm tadi aku tak cukup tidur, pastu ke sana ke mari bawa hero aku yg tgh demam. Sampai hospital kena buat x-ray, pastu doktor confirm-kan yg Adam kena admit. Mase nak naik wad kena lak tunggu sbb katil penuh ngan bebudak demam. Bila dah sampai kat wad 6B Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang, aku tertidur kat kaunter sementara tunggu doktor yg tgh sibuk kehulu kehilir. Mujur Adam pun dah kurang meragam & dah boleh tido sbb mase kat emergency, nurse dah masukkan ubat dlm tut dia....
Adam dapat katil dlm kul 1 pm. En Tapa sukarela nak jaga adam siang tue & suruh aku balik rehat. Ptg tue lepas puas tido kat rumah, aku pun kemaskan brg-brg Adam utk dibawa ke hospital. Maka, bermula hari-hari yg aku lalui sepanjang minggu tersebut di HBTAR.

Mereka berdua nie doktor pelatih dari UM. Minat betul ngan Adam sampai tiap-tiap hari dtg jengok Adam.


Bukannya takde insuran cuma hopital yg jadi panel insuran En Tapa jauh sgt. Aku lak ingat bila En Tapa dah meng-insuran-kan anak-anak maka aku tak yah lah amik insuran lagi. Kalau aku tahu macam nie punya susah nak admit kat HBTAR & nak admit guna insuran En Tapa, lebih baik aku sendiri ambil insuran utk anak-anak aku.....

No comments: