Sunday, June 7, 2009

EPISOD AKHIR (Mak Balik Dari Mekah)

Lame rasenya tak update blog......pada yg rapat ngan aku pasti sedia maklum ngan masalah yg aku hadapi sepanjang bulan May baru nie. Justeru itu aku terpaksa melupakan hasrat hati utk meng-up-date blog......Sekarang setelah aku berjaya mengharungi segala perit jerih masalah makanya aku pun log in blog aku yg dah mula berabuk nie.............
Aku nak sambung story pasal mak mertua aku yg dah selamat pulang (16/05/09) dari mengerjakan umrah. Hari yg ditunggu-tunggu telah tiba. Ramai gak yg dtg tunggu mak kat airport termasuk pakcik(abg mak). Tak berapa lama kami tunggu mak kat airport terus kami nampak kelibat mak ngan Cik Jan. Apalagi teruslah bermula drama airmata. Semua menangis bila nampak mak, peluk mak, cium mak sampai dah tak terluah dek kata-kata. Dengan tak membuang masa Mak, Cik Mon & husband dia terus naik kereta En Tapa sbb dia org nak terus pegi menziarah kubur arwah abah. Lagi pun mlm nie ada kenduri utk arwah abah so kenalah buat persiapan utk mlm nie pulak. Aku ngan bebudak tumpang kete Nurul (adik bongsu En Tapa). We all terus balik umah....
Hari tue tak putus-putus org dtg menziarah mak sampai mak takde time nak rehat. Setiap kali org dtg, setiap kali tue lah mak menangis. Bila kami duk berkumpul petang tue, kami pula bercerita tentang cerita yg sama. Mak pun cerita yg dia dpt tau daripada ustaz Yazid masa kat Madinah, pastu mak menangis sambil bagi tau yg dia redha. mak terus buat sembahyang jenazah ghaib, pastu sepanjang mak kat sana mak berjaya mengkhatamkan satu Quran utk arwah abah. Aku tahu mak sedih sbb kadang-kadang aku nengok mak duk sorang-sorang temenung. Mesti dia rase jiwa dia kosong sbb selalunya bila bangun pagi dari dlm bilik lagi aku dah dengar mak akan bertekak ngan abah. Kadang-kadang pasal sarapan, menu utk masak tghari dll yg remeh. Kalu siapa yg tak biasa macam aku masa memula dulu pasti rase cam tak berapa nak best tapi bila dah lame barulah aku perasan yg sebenarnya dia org sedang berbincang & begitulah cara dia org berkomunikasi & berinteraksi.
Selama ini, abah buat segala-galanya utk mak termasuk melipat & mengemas kain baju mak. Brg-brg dlm rumah juga abah yg kemas & susun, mak cuma tau monitor kebersihan, memasak & membasuh. Abah lak orgnya ringan tulang. Kalau setakat memasak & mengemas memang abah master. Mak adalah org yg paling terasa dgn ketiadaan abah.
Adik beradik En Tapa telah cuba utk membuat mak tak terasa kosong & sedih. Mereka cuba utk mengisi masa mak dgn kedatangan mereka melawat mak setiap hari & aku lihat perubahan yg ketara pada Nurul kerana akan singgah tiap-tiap hari. Dia pun dah mula ringan mulut berborak ngan mak. Aku dah tak dengar lagi keluh kesah mak pasal anak-anak dia. Harap-harap dia org nie akan kekal begitu. Ialah....setiap kita akan ada seorg mak kandung, yg melahir, menjaga & membesarkan. Mak boleh menjaga kita yg ramai dlm satu masa tapi kita susah betul nak menjaga mak yg seorg. Kadang-kadang, nak meluangkan masa ngan mak pun susah. Macam mak aku lak sampai naik muak nengok kita org.
Anyway..........begitulah berakhir episod duka utk kali ini. Semoga mak kuat semangat utk memulakan hari baru tanpa abah disisi...................

No comments: