Tuesday, May 5, 2009

Episod 2 (Abah Kembali Ke Rahmatullah)

Episod pertama telah aku ceritakan babak-babak sebelum mak gie Umrah & beberapa keping gambar yg aku ambil mase kat airport. Semua cerita yg aku sampaikan berlaku pada waktu pagi pada hari yg sama aku & En Tapa terjumpa abah terbaring kat ruang tamu umah kaku dah tak bernyawa lagi........
Apa yg berlaku pada abah hanya tuhan saja yg tahu sbb sewaktu kami jumpa, abah baru saja meninggal. Doktor yg En Tapa panggil tue mengesahkan yg abah baru sahaja meninggal dlm 15 minit sbb badan dia still panas cuma hujung jari dah biru & tangan dia dah mula sejuk & nak mengeras.
Tghari tue lepas hantar mak ke KLIA, kami ke Pandamaran utk menghantar cik Maimon & pakcik Karim yg tumpang kami time hantar mak ke KLIA. Kami singgah rumah mak utk ambil barang tapi abah kunci pintu so kami tak leh nak masuk umah. Abah lak naik kete ngan kaklong. En Tapa buat keputusan nak datang balik petang nanti sbb kaklong bawak abah gie umah kawan dia.
Petang tue dlm kul 6.00, kami keluar dan terus gie makan kat Andalas sebelum singgah umah mak utk ambil barang. Kami budget kaklong hantar abah petang sbb kul 5.00 En Tapa tepon umah mak takde sape angkat tepon. En Tapa ingat abah lum balik lagi. Kena lak ptg tue En Tapa rase tak sedap badan & sakit kepala tetiba so dari umah lagi aku tak bagi dia drive.
Kami sampai umah mak dlm kul 7.30 ptg tapi umah mak still gelap. Mase aku berhenti kete depan pagar umah aku nengok suasana cam sunyi & pelik sbb lampu umah tak terpasang sedangkan azan maghrib sedang berkumandang dari masjid Pandamaran. Kata En Tapa, abah dah balik sbb dia nampak tingkap depan terbuka. Dia suruh aku tunggu dlm kete. Katanya nak masuk ambil barang jer sbb dia rase tak sihat & tak sedap badan. Sebelum tue aku pesan kat En Tapa tengok-tengokkan abah.......
Tetiba........En Tapa berlari keluar rumah mengejutkan aku yg tengak berharuk ngan bebudak dlm kereta. Muka En Tapa cemas sambil tangan dia menepuk dada seolah-olah nampak hantu. Aku tanya kenapa? En Tapa cuma cakap abah taknak bangun tidur. Puas dia kejutkan abah tapi abah tak bangun-bangun......Aku cuak tak terkata pastu En Tapa terus berlari pergi......Entah kemana En Tapa pergi aku dah tak leh nak ambil pusing. Terus aku bawak semua anak-anak aku masuk dlm umah. Aku suruh semua anak-anak aku kejutkan atuk dia bangun tapi abah tetap tak bergerak. Aleesa kata "atuk tido lah ma". 10 minit pastu En Tapa dtg ngan doktor. Baru aku tau yg dia rupa-rupanya gie panggil doktor kat Klinik Kanta. Puas doktor tue check & buat CPR (agaknya) kat abah lastly dia bagi tau "He's gone lah brother...."
Terduduk En Tapa tak terkata apa-apa, cuma aku yg tak puas ati dan minta doktor tue check abah sekali lagi tapi keputusannya tetap sama. Aku risau tengok En Tapa camtue terus aku gie umah kak Nory jiran sebelah umah mak, bagi tau kak Nory & mintak dia tolong nengokkan En Tapa sbb aku nak gie umah kaklong yg tak jauh dari umah mak. Dlm sekelip mata saja semuanya berubah. Umah yg pada mulanya gelap & sunyi tetiba dah dipenuhi ngan semua jiran & sanak saudara. Abg ngah yg duduk kat Kuching balik mlm tue jugak. Uchu yg baru jer balik Banting dtg balik lepas dapat tau. Dan bermula episod baru mlm tue yg mana aku & En Tapa tido sekali lagi kat umah mak tapi kali ini semata-mata nak menemankan jenazah abah yg bakal dikebumikan esok paginya........
(bersambung)

2 comments:

Idama said...

Bila nk samb citer lg nih..

x sabar nk dgr lg citer....

Takziah buat Mus & Yus sekeluarga...

areyuz said...

thanks kak....sajer nak buat gimik.....sabar ckit coz org tgh closing nie...........