Monday, May 11, 2009

EPISOD 3 (DI HARI PENGEBUMIAN ABAH)

Pagi Ahad 3/05/09, mereka dah bersiap sedia utk memandikan dan mengkapankan jenazah abah. Anak lelaki abah, 3 orang semuanya berpeluang utk memandikan jenazah abah. Semuanya berjalan dengan cepat dan lancar. Dalam masa sejam jenazah abah sudah siap dikapankan. Kami diberi peluang utk melihat & mengucup dahi abah. Dingin sungguh dahi abah. Satu persatu anak-anak, menantu, cucu & juga sanak saudara datang utk melihat jenazah abah buat kali yg terakhir. Masing-masing aku lihat, mengalirkan airmata tambah lagi mengenangkan mak yg masih di Tanah Suci Mekah dan tidak berpeluang utk melihat & menyempurnakan jenazah suami sendiri.
Sebelum wajah abah ditutup & dipunjut, En Tapa dengan sendirinya membacakan doa bersama sendu dan airmata. Tak pernah aku lihat dia sesedih ini. Sepanjang perkahwinan kami, aku hanya melihat gelak tawa & mendengar lawak jenaka dari En Tapa tapi hari ini aku dapat lihat kesedihan yg teramat sangat dlm hati En Tapa.
Sewaktu aku ingin melangkah mengiringi jenazah abah ke masjid utk disembahyangkan, datang beberapa org saudara terdekat mak & abah memeluk aku sambil menangis meminta aku berpindah balik kerumah emak, temankan mak yg kini tinggal keseorangan.
Sudah aku jangka isu ini pasti akan dibangkitkan. Pelik....kenapa aku....????? Ya....aku tahu jawapannya....................................sebab aku adalah menantu kesayangan mak.........
Kerana aku sudah menjangkakan perkara ini maka, sedari mlm tadi aku dah bincangkan dgn En Tapa dari hati ke hati betapa aku merelakan apa saja keputusan yg dia buat demi menjaga kepentingan mak. Aku rela & ikhlas utk tinggal & menjaga mak. Niat aku ingin meringankan beban En Tapa, agar hatinya tak berbelah bagi dlm membuat keputusan sama ada maknya atau aku isterinya. Aku pun berpelajaran agama dan tahu syurga suami masih dibawah tapak kaki ibu manakala syurga aku adalah suamiku.
Aku harus bersyukur kerana dahulu sewaktu pertama kali En Tapa membawa aku berjumpa & memperkenalkan aku sbg calon isterinya pada mak, sikit pun mak tak menunjukkan tanda tidak senang atau melarang walau pada hakikatnya mak tahu status yg aku sandang saat itu. Sehingga sekarang mak tak pernah mengungkit & membeza-bezakan antara Aleesa & cucunya yg lain.......
Semoga Allah memelihara niat suci aku & En Tapa utk menjaga mak sehingga ke akhir hayat. Semoga Allah memelihara hubungan antara aku & mak agar kami bisa tinggal bersama tanpa ada kekalutan. Semoga Allah memberi aku kekuatan agar aku bisa melaksanakan tanggungjawab aku pada mak, suami & anak-anak.....AMIN.....
Berikut adalah video yg telah dirakamkan sewaktu bacaan talkin.

Bersambung....

3 comments:

Idama said...

sedih akak baca citer ko...

semoga rohnya dicucuri rahmat...

areyuz said...

Itu baru sikit.....jangan bosan utk tunggu sambungannya............

Zaida Z said...

Sabar, sabar and sabar.. aku doakan all will be ok and Allah berkati ur keikhlasan menjaga mak mertua. Tak semudah disangka.. tapi aku respect kerelaan kau. Macam jugak aku respect kakak2 ipar aku yg ikhlas menjaga mak aku. SALUTE!!!