
"I have a pair of eyes but i can't see you every day.....
I have a pair of ears but i can't hear you every time....
but I have only one heart that i remembers you every second......."
Bukan tujuan aku utk mengenangkan kenangan masa silam tapi aku tahu bahawa semakin aku buang jauh kenangan itu, semakin ia datang menghimpit kotak fikiran aku kerana bersama kenangan itu ada satu tanggungjawab yg perlu aku pikul. Setiap kali aku pandang Aleesa setiap kali itu luka dihati aku berdarah. Teringatkan betapa perit ditinggalkan, di saat aku mengandungkan Aleesa dan memerlukan seorg lelaki bernama suami disisi membuatkan aku tak dapat membuang jauh kenangan itu. Bagaimana keadaan aku yg mengandung sulung naik turun JAIS demi mempertahankan hak aku & anak dlm kandungan aku.... & Bagaimana keadaan aku yg sedang menahan sakit seorg diri dlm bilik bersalin....Aku risau sekiranya dia dewasa & dah mula faham segalanya, dia akan mula bertanyakan tentang lelaki itu. Mempersoalkan tentang nama ayahnya yg tak sama ngan adik-adiknya yg lain & mula memencilkan diri kerana perbezaan itu. Dan yg paling aku takutkan ialah bagaimana sekiranya dia hendak mencari lelaki itu....???? .
En Tapa pulak, tak pernah mengungkit apatah lagi bertanya tentang masa lampau aku & aku tahu yg dia tak mahu melukakan hati aku. Kegusaran yg bersarang dihati aku, hanya aku saja yg tahu & sekarang aku kongsikan bersama pembaca blog ini. Semoga Allah melindungi anak-anak aku daripada anasir-anasir yg merosakkan & semoga aku diberikan kekuatan utk memikul tanggungjawab ini.