Sunday, March 22, 2009

Menyahut Cabaran Suami Tercinta......

Pagi Sabtu ari tue 21/03/09, entah buang tebiat ape.......tetiba datang rajin aku nak memasak utk suami & anakanda yg tercinta. Pada kebiasaannya ari Sabtu camnie kami akan breakfast & lunch kat umah ibu mertuaku di Pandamaran. Ari nie pulak aku bangun awal terus mandi dan bersedia utk memulakan tugasan pertama aku ari tue sbg seorg isteri & ibu iaitu menyediakan breakfast. Aku teringat kat Aleesa yg beriya-iya request nak makan sandwish cam dlm iklan Cheesdel tue so aku pun cuba utk merealisasikan impian anakanda tercinta. Nasib baik Cheese & roti Gardenia tue aku dah beli semalam(Jumaat) kat Jusco Bandar Baru Klg time gie lunch ngan Wan. Cuma tuna tue aku kena keluar beli kat Econmart. Aleesa....nampak jer cheese tue aku keluarkan dari peti ais punyalah dia teruja pastu siap tunggu kat tepi dapur coz tak sabar. Bila aku masak & bau pun naik lagilah tak sabar anak dara aku tue. Bila aku hidangkan sandwish tue kat dia, punyalah dia memuji tak berhenti menzahirkan apa yg ada dlm fikiran dan sanubari(cewah...). Nana lak tak berapa nak kisah sbb dia bukan kuat makan cam kakak dia. Utk kengkawan aku syorkan korang try buat sandwish nie sbb sedap satu hal pastu mengenyangkan. Asyik breakfast nasi lemak, roti canai & mee pasti membosankan apa kata sekali sekala tukar selera cam mat saleh pastinya mengujakan........sekali-sekala bolehlah coz cost-nya pun mengujakan......
Cabaran Yg Pertama..................


Ini adalah hasil masakan aku. Pada sesiapa yg teringin nak masak resepi nie bagi tau ler nanti aku kirimkan resepinya via email.....(poyo jer)


Ini sebelum rotinya disalut telur & digoreng


Ini adalah bahan-bahan yg harus korang sediakan utk menghasilkan sandwish yg aku sebut-sebutkan tadi

Cabaran Yg Kedua..............

Cabaran yg kedua adalah menyediakan lunch. Menu yg ini En Tapa request konon-konon nak lunch spegetti. Sajer nak menguji keupayaan aku dalam menyempurnakan tugasan sbg seorg isteri & ibu. Aku relax jer sbb ilmu penuh di dada(kita mesti confiden). Habis jer menyantap breakfast istimewa yg aku sediakan tadi, terus aku sambung utk memasak sos spegetti. Berdebar gak aku nak menyediakan sos spegetti nie sbb bukan sekadar suami tercinta jer nak rase, mak bapak aku pun nak tumpang sekaki.
Bahan-bahan utk memasak spegetti

Anyway...sos spegetti aku tue menjadi tapi aku terlupa nak snap gambar hasil masakan aku sbb aku terlalu penat. Maklum jerlah bukan setakat memasak aku juga mengemas dan pelbagai lagi tugasan yg menunggu. We all makan spegetti kat umah mak aku. Aku angkut sos tue ngan periuknya sekali. Walauapapun aku telah berjaya menyahut cabaran En Tapa. Memasak adalah perkara yg kurang aku gemari kerana bukan kepakaran aku dan bila aku cuba juga ianya akan mengambil masa yg agak lama utk siap. Namun begitu aku bukan tak tahu langsung atau gagal.

4 comments:

Zaida Z said...

Apa kata cuba2 bawak dedua resepi tu ke ofis. Leh la gak we all rasa. Maklumlah.. i belum ada suami dan anak2 nak cabar i. hehehheh.. so.. hari rabu ni leh bawak tak? Tak saba nie!!

Mr. Mrs Zaidi Diaries said...

aku tak leh blah minah ni masak.. kekeke cam tak caya ko masak.. tapi kene cayalah sejak ko dah kahiwn ni kan.. kekekek mestilah kene pandai masak kan? kuang kuang... bagus bagus...

tolong bagi resepi kuah kacang leh tak? kuah kacang dal wakakaka... aku request ni..

dzi said...

haluuuu semua.... tetiba kan. wei kak wana, ko goooogles je lah. ape jenis kacang ko nak ade kat internet tu. kuah kacang soya pun ade. huhuhuuuu.

kedua: AKU SOKONG KAK ZAI.... roti tu pun jadi lah. lazat tu.

Kami :- said...

Itu yg malas aku nak tunjuk bakat memasak.......sudah-sudah jgn nak request macam-macam....korang ambik bau jer dari gambar aku tue cam 3 abdul tue..............