Tuesday, April 14, 2009

Nur Aleesa Qistina

Lame rasanya tak update blog. Bukan ape, sekarang aku tengah busy menghadap dateline utk audit 2nd qtr. Banyak giler kojer sampai takde mase nak masuk blog. Alah dlm 3-4 minggu nie jer cam ayam....bulan depan aku boleh bersenang lenang. Utk post kali nie, aku ingat nak story-mory pasal Nur Aleesa Qistina. Actually.....semenjak aku sibuk ngan audit kat opis, aku akan pulang umah lambat yg sgt luar biasa dan hari minggu pulak aku akan gie opis utk siapkan assignment. Perkara nie pasti akan menjejaskan hari-hari indah aku bersama family tercinta. Org yg paling ketara terjejas adalah Aleesa sebab dia masih kecil & dah mula nak faham. Nana ngan Adam kecik gak tapi tak faham ape-ape lagi....En Tapa pulak sgt faham sebab busy aku bermusim.

Ape yg aku nak citer adalah tentang keprihatinan Aleesa & cara dia meluahkan perasaan dia terhadap aku, bondanya. Setiap kali aku balik kerja lewat, pasti dialah antara org yg setia menunggu aku selain drpd En Tapa. Sebagai rutin dan tak mahu mensia-siakan penantian dia....aku akan mendengar segala cerita yg akan dia sampaikan tatkala kaki aku melangkah masuk ke rumah. Walaupun aku tak berapa nak paham apa yg dia cuba sampaikan (sbb dia masih pelat) tapi aku tetap melayan karenah dia sampai dia masuk tidur. Walau sepenat mana aku rasekan, aku tetap gagahkan diri utk melayan cerita dia. Biasanya dia akan bercerita pasal apa yg dia buat satu hari nie kat umah mak ngah & nenek Timah dia. Satu lagi yg membuatkan aku sgt-sgt terharu ialah dia sgt takut bila aku sakit & mula picit kepala....cepat-cepat dia tolong picitkan kepala aku. Dia tahu aku penat bekerja & dialog yg selalu dia cakap ialah "ma enat yer...cian ma.....".
Tentu korang tau kenapa aku sgt touching bila citer pasal Aleesa & sgt risaukan dia. Aleesa tak sakit, Aleesa tak cacat & Aleesa juga tak mempunyai masalah (Alhamdullillah). Aleesa anak yg baik & mendengar kata walaupun kadang kala agak nakal...nama pun budak. Sejak mengandung & sehingga melahirkan dia aku tidak mengalami apa-apa masalah. Membesarkan dia juga aku tiada masalah cuma aku berdebar utk menunggu dia remaja & dewasa. Sahabat-sahabat sekalian tentu tahu apa yg bersarang di dlm kotak pemikiran aku kan.....?.



Setiap malam sebelum dia tidur aku selalu usap ubun-ubun kepala dia & cakap ngan dia betapa aku & ayahnya sayangkan dia. Betapa dia sgt istimewa utk kami & dia harus menjadi budak baik & mendengar kata. Dia, Nana & Adam adalah sama dan dia harus sayangkan adik-adiknya sama seperti kami sayangkan dia. Dia juga selalu ucapkan pada kami "Cha syg ma......Cha syg ayah".

Aleesa mempunyai perasaan yg sgt sensitif. Cepat merajuk & senang dipujuk. Aku cuba didik dia sebaik yg mungkin kerana aku tahu, aku bukannya seorg yg sempurna. Aku bersyukur krn mempunyai seorg suami yg menerima aku & Aleesa seadanya. Suami yg sama-sama membantu aku mengubati kesan luka masa lampau aku. Suami yg sama-sama fikir & risaukan masa depan Aleesa. Suami yg sentiasa bersedia menjadi tempat aku berlindung...............





Bukan tujuan aku utk mengenangkan kenangan masa silam tapi aku tahu bahawa semakin aku buang jauh kenangan itu, semakin ia datang menghimpit kotak fikiran aku kerana bersama kenangan itu ada satu tanggungjawab yg perlu aku pikul. Setiap kali aku pandang Aleesa setiap kali itu luka dihati aku berdarah. Teringatkan betapa perit ditinggalkan, di saat aku mengandungkan Aleesa dan memerlukan seorg lelaki bernama suami disisi membuatkan aku tak dapat membuang jauh kenangan itu. Bagaimana keadaan aku yg mengandung sulung naik turun JAIS demi mempertahankan hak aku & anak dlm kandungan aku.... & Bagaimana keadaan aku yg sedang menahan sakit seorg diri dlm bilik bersalin....Aku risau sekiranya dia dewasa & dah mula faham segalanya, dia akan mula bertanyakan tentang lelaki itu. Mempersoalkan tentang nama ayahnya yg tak sama ngan adik-adiknya yg lain & mula memencilkan diri kerana perbezaan itu. Dan yg paling aku takutkan ialah bagaimana sekiranya dia hendak mencari lelaki itu....???? .

En Tapa pulak, tak pernah mengungkit apatah lagi bertanya tentang masa lampau aku & aku tahu yg dia tak mahu melukakan hati aku. Kegusaran yg bersarang dihati aku, hanya aku saja yg tahu & sekarang aku kongsikan bersama pembaca blog ini. Semoga Allah melindungi anak-anak aku daripada anasir-anasir yg merosakkan & semoga aku diberikan kekuatan utk memikul tanggungjawab ini.

1 comment:

Idama said...

IsyaAllah Aleesa akan faham ape yg bonda dia buat..adalah yg terbaik utk diri dia...

Bykkan berdoa kepadaNya agar dipermudahkan segala urusan...