Sunday, February 22, 2009

Masak Memasak bersama Chef Tapa

Semalam adalah acara bermesra bersama keluarga so aku ngan En Tapa berhasrat utk memasak bersama. Menu we all ialah sambal udang petai dan kangkong goreng belacan. Syok gak bila sekali sekala kami memasak bersama, terasa cam main pondok-pondok. En Tapa adalah org yg paling teruja sekali sbb kami memasak menu yg agak mencabar. Nampak sgt keterujaan En Tapa sbb dia yg buat semua persiapan utk memasak. Aku cuma siang udang jer, maklum jerlah aku nie kan sangat berhati-hati dan cermat so lambat siaplah. Kalau En Tapa lak buat kerja cam ribut, cepat tul siap tapi hasilnya aku jugak kena kaji......tapi takpe sbb kelemahan aku akan dibantu dgn kelebihan En Tapa begitu juga sebaliknya. Bersyukur aku kerana mendapat suami yg ringan tulang macam En Tapa walaupun kadang-kadang En Tapa nie cam........tapi nama pun manusia , tak semuanya sempurna. Kita kena belajar terima pasangan kita seadanya, barulah kita akan merasa kemanisan hidup bersama. Anyway.......kami berjaya memasak seperti yg dirancang dan aku dgn murah hatinya menghantar hasil masakan kami ke rumah mak aku & ibu mertuaku utk di komen......Bukan selalu kami berpeluang melakukan aktiviti ini dirumah pada masa lapang kerana banyak masa kami habis bersama keluarga sebelah aku atau En Tapa.

Inilah hasil kerjasama kami.....yg dah siap dalam bekas nie utk dihantar kepada ibu mertuaku.

Si abg nie datang nak mengacau sebenarnya. Utk mengelakkan drpd diganggu oleh si abg makanya aku memberi rasuah biskut sampai dia terlupa objektif dia berada di dapur.



Nie semua datang nak mengacau lagi-lagi si kakak yg tak habis-habis nak tolong ayah. Huru hara hidup ayah dia.........tengok muka si abg yg tak puas hati sbb kena cantas....bengang la tue.....sorry sayang, belum time lagi........

Inilah udang yg aku bersihkan. Bukan main bersih lagi aku kerjakan udang nie sampai boleh makan cam tue jer...............(selera ker).




Inilah gaya chef Tapa.....beria-ria dia menumis, mengaul, menumbuk tapi bab merasa masin ker manis ker dia serah kat aku. Aku pun ape lagi tunjuklah kepakaran padahal kami sama jer.............hancus.........

3 comments:

dzi said...

rajin gituuu

Mr. Mrs Zaidi Diaries said...

kah kah ada blog ko ni rupenye.. tak habak.. udah udah aku dah add blog ko kekekeke

Kami :- said...

Saya budak baru belajar.......