Thursday, February 26, 2009

ABANG MACHO

Ini pencapaian terbaru Adam. Dia dah pandai main tepuk amai-amai. Mula-mula aku tak perasan tapi bila dia merangkak dan duduk depan aku, pastu dia pun mula bertepuk tangan baru aku perasan yg dia nak tunjuk permainan yg baru dia tahu. Aku pun apa lagi mulalah menyanyi lagu kanak-kanak yg bertajuk 'Tepuk Amai-amai'. Hebatnya Adam sebab dlm usia yg baru masuk 7 bulan dia dah pandai main tepuk amai-amai. Tambahan lagi yg buat aku kagum, dlm kelasakan dia sebagai baby boy nak pulak dia main permainan yg biasanya dipelopor oleh baby girl. Bukannya kakak-kakak dia yg lain tak bijak dan hebat, semua anak-anak aku hebat-hebat belaka tapi dlm bidang masing-masing. Nanti akan aku tunjukkan satu persatu kehebatan mereka cuma sekarang yg aku nak cerita tentang Adam sbb dia yg terkecil dan baru nak belajar explore semua benda yg dia jumpa dan apa yg kita buat depan dia. Adam nie lak, aku ngan En Tapa gelarkan 'Abang' sebab dia anak lelaki yg pertama dan insyaAllah bukan yg terakhir sbb En Tapa nak anak lelaki empat org. Alasannya bila mati, dia nak anak-anak lelaki dia yg 4 org tue usung keranda dia ke kubur (he...he...he...betulkan sayang...). Gelaran Abang utk Adam adalah bersesuai krn kami meletakkan tanggungjawab pada dia utk menjaga kakak & bakal adik-adiknya daripada anasir-anasir luar. Tinggi betul cita-cita aku utk Adam tapi kita manusia yg hanya mampu merancang dan tuhan yg menentukan. Semoga Allah lindungi anak-anak aku dan masa depan mereka serta agama mereka iaitu Islam.......Amin!!!!!!!!!

Video yg nie lak masa Adam berumur 5 bulan. Masa nie aku bawa dia ikut aku pegi opis sbb dia demam. Aku lak nak cuti tak leh sbb keje tgh banyak menunggu. Memandangkan aku lak jenis kalu anak-anak demam memang aku nak dia org depan mata sampai sihat kalu tidak aku rase cam tak tenteram. Dia org lak kalu sakit dan aku tak jaga sampai dia org baik memanglah akan lambat sihat. Walaupun demam, Adam tetap aktif cam selalu. Masa nie lak Adam baru pandai duduk. Punyalah eksen cara dia nak duduk. Hero aku yg sorang nie sangat lasak orgnya. Belum pernah ada dalam sejarah anak aku jatuh katil tapi Adam yg pecahkan rekod jatuh katil. Itu belum lagi mulut berdarah sebab terhantuk, kalu jatuh dah tak boleh nak kira lagi sbb masa dia baru belajar berdiri dan menyusur tepi-tepi sofa, katil dan almari selalu jatuh tapi dia jenis tak serik sebab tue dia cepat belajar. Mungkin sebab gelaran Hang Jebat yg aku panggil pada Adam masa dlm kandungan lagi kot......(aku agak jer...) tapi member-member aku cakap anak lelaki memang lasak kalau tak lasak tue bukan lelaki namanya.......betul jugak.......

No comments: