Punyalah sibuknya aku sampai nak update blog pun tak menyempat. Pertama-tamanya aku nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua suadara Islam. Masuk hari nie dah hari yg ke-11 kita berpuasa & aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan utk berpuasa bersama suami & anak-anak tertcinta. Keduanya, Al-Fatihah utk arwah uchu Pati yg telah meninggal dunia dua hari sebelum masuk bulan Ramadhan. Uchu yg meninggal kerana jangkitan wabak H1N1 telah kembali ke Rahmatullah setelah koma selama seminggu di HBTAR Klang. Uchu Pati adalah adik bongsu arwah bapa mertua aku. Walaupun kami tak berapa nak rapat tapi aku turut bersedih dan simpati diatas nasib yg menimpa Uchu & anaknya.
Seterusnya aku nak berkongsi keceriaan kami sekeluarga berbuka puasa di Sheraton Hotel Subang pada hari Sabtu 29/08/09 yg lepas. Kami mendapat undangan drpd sahabat sepejabat En Tapa yg mana wife dia salah seorg kakitangan di situ. Agak lama juga aku tak bersantap di hotel. Masa keje ngan bank dulu, time bulan pose jer berebut-rebut dealer kete nak belanja berbuka kat hotel. Anyway.....thanks tue Hairul & Lin atas jemputan berbuka pose bersama. Wan Hamizah & Hafiz pun ade sekali. Aku pegi berbuka kali nie tak bawa Si Abg sbb hero aku yg sorang nie sgt lasak, takut nanti tak terkejar lak. Kesian si abng sbb kena tinggal ngan makcik Ara dia.
Jom nengok gambo kami yg sedang bersuka ria...............
Nie kumpulan ghazal (rase akulah) yg buat persembahan masa kami berbuka ari tue. Sedap tul suara pompuan yg tgh tue bila nyanyi lagu Jawa. Siap nyanyi lagu poco-poco lagi.....
Nielah Wan & Hafiz bersama Harith.....dah jadi mak bapak diaorg nie. Macam x caya jer bila nengok Hafiz buat susu anak dia & Wan kelang kabut bila Harith menangis.........
Aku tak makan dua benda nie sbb tengok jer dah seram. Yang atas tue entah ikan ape & yg bawah tue kambing. Ngeri tul aku nengok, camner nak makan.....
No comments:
Post a Comment