Tuesday, January 20, 2009


Memang tak sah kalu gie mana-mana kalu tak bawa anak so diaorg pun ade gak. Kakak yg paling teruja nengok org pancing ikan sbb dia dah besar dan dah kenal ngan ikan. Dialah org yg paling sibuk mengekor ayah dia yg asyik ke hulu ke hilir ambil gambar. Nana ngan Adam lak buat hal masing-masing kat sofa restoran kolam tue. Dalam cuaca yg panas terik tue, anak-anak aku sorang pun tak merengek. Alhamdullilah....mereka nie senang nak diangkut ke mana-mana.

Wednesday, January 7, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Bertambahlah umur aku setahun lagi. Anak-anak pulak makin membesar. Ekonomi pulak makin merundum. Berdebar-debar hati nie utk teruskan kehidupan yg semakin mencabar. Azam tahun baru nie banyak tapi yang nyatanya aku bersyukur kerana diberi peluang utk terus bernafas dibumi tuhan nie. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun 2008. Apa yg lebih penting ialah memberi lebih tumpuan pada keluarga dan anak-anak. Kepada suami yg tercinta, doaku semoga kerukunan rumahtangga kita berkekalan dan kita mampu untuk mengharung segala pahit manis kehidupan....AMIN!!!!!!!!!!!!!

Sunday, December 7, 2008


Ini pulak gambar terbaru anak dara aku. Kalu bab bergambar memang diaorg suka. Amacam...ade rupa mak dia tak...? Diaorg nielah anak-anak yang baik dan cerdik. Tak susah nak membesarkan diaorg sebab tak banyak ragam. Biasalah budak, nak kata tak buat hal tue tipulah tapi diaorg nie kurang hal sikit tak tau lah bila dah dewasa nanti. Mudah-mudahan diaorg nie membesar dengan jayanya bila dewasa. Akulah yang paling bahagia.......
Inilah keluarga besar aku. Kami bergambar mase kat umah Uchu aku. Macam aksi anak-anak aku tapi mereka nielah yang cukup membanggakan aku. Hajat dihati nak ambik gambar kat studio gambar tapi bebudak nie masih tak pandai nak ikut kamera yang tegak. Kalu kamera yang ikut diaorg memang pandai dia orang posing.....

Thursday, September 18, 2008

PERMATA HATIKU



Inilah Permata hatiku yang pertama. Nur Aleesa Qistina nama diberi. Sekarang dah berusia 2 tahun 9 bulan.

Ini pula permata hatiku yang kedua, Nur Adreena Sofia nama diberi. Baru berumur 1 tahun 3 bulan.
Ini pula Adam Iskandar. Anakanda yang baru berusia 2 bulan maknanya aku baru habis pantang.....