Wednesday, July 15, 2009

ALEESA MENGAJI

Semalam kami sekeluarga sampai Pandamaran lepas azan Maghrib berkumandang. Aku hanya sempat berbuka dgn air yg dibelikan oleh En Tapa kat 7 Eleven Simpang Empat. Sampai umah, mak dah pegi masjid.
Malam tue sesudah siap bagi bebudak makan, aku dah bersantap ngan En Tapa, bebudak dah siap mandi & dapur pun dah siap kemas maka aku pun barulah ke bilik air utk mandi & solat Isyak. Malam nie rasenya aku ade kelapangan sesudah solat utk mengajar Aleesa mengaji. Lame rasenye tak mengajar Aleesa ngaji sbb aku di bebani ngan keje umah & selalu pulang ke rumah lewat ckit. Nie dah ade kesempatan so aku pun panggil dia utk mengaji. Aleesa nie lak memang sgt suka kalu aku ajar dia membaca, mengira dan mengaji, cuma masa aku yg selalunya kurang ade. Mane taknye, mane nak layan anak, nak layan bapaknyer, keje umah lagi........tapi........semua tue tak mematahkan semangat aku utk mengajar anak aku sendiri.
Sesungguhnyer sgt susah utk kita mempertahankan akan apa yg cuba kita lakukan atau amalkan. Aku ade ler niat nak ngajo anak aku sendiri membaca, mengira & mengaji. Apelah gunanya ilmu yg aku dpt hasil mak abah aku hantar belajar dulu, kalu tak dimanfaatkan khasnya utk anak-anak.
Aku ingat lagi dulu......mase aku mula-mula nak masuk tadika. Abah la org yg bertanggungjawab memperkenalkan aku pada huruf ABC, mengira & belajar tengok jam. Abah ajar aku membaca & menulis sehingga aku pandai tulis kad raye mase aku berumur 5 tahun. Mase aku masuk tadika, aku dah tau semua benda yg ustaz ajar. Terima kasih pada abah sbb dia luangkan masa dia utk aku. Cuma tang nak ajar ngaji je abah hantar aku gie umah nenek ngaji (gelaran yg aku bagi kat tok guru ngaji aku). Punyer la garang nenek nie sbb berani pukul anak org sampai berbirat & aku salah seorg drpdnya. Tiap kali balik ngaji, tak sah kalu x menangis. Puas aku merayu kat mak minta dia cari tok guru lain tapi mak buat dek jer. Puas gak aku menyumpah seranah nenek tue tapi kat belakang dia jelah.
Ade sekali tue, aku ngan Angah ponteng ngaji. Kita org gie lepak umah member & yg pastinya mak tak tau. Sekali tue nenek ngaji tue tepon mak tanya nape aku ngan adik aku tak datang ari tue. Apela punya malang aku ngan Angah ari tue, makanya kami balik kena rembat ngan mak sbb ponteng ngaji. Tak cukup ngan mak, esok kami gie ngaji, nenek ngaji lak rembat kami. Akhirnya aku berjaya gak menghabiskan pengajian aku sehingga khatam Quran. Mak siap buat pulut kuning lagi. Punyalah bangga aku time tue sbb aku dah khatam quran mase aku darjah 5 (ikutkan dah cukup lambat).
Nenek tue cuma ngajo ngaji jer kat umah dia. Anak murid dia adelah dekat 30 org kalu sekali kumpul. Jadual ngaji kami sgt padat sbb kalu time cuti sekolah, kami akan ngaji pagi & petang (bosan giler). Itulah penyebab aku boleh khatam ngan cepat dlm tempoh 3 tahun sbb aku start ngaji mase aku darjah 2 . Mase aku memula masuk ngaji ngan nenek tue, member sekolah aku dah khatam Quran.
Sekarang baru aku tahu betapa bersyukurnya aku & betapa beruntungnya aku krn mendapat peluang seperti itu. Malang sekali anak-anak aku tak berpeluang utk merasa ngaji ngan nenek ngaji tue sbb nenek tue dah meninggal hampir 10 tahun lalu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Aku harap niat aku yg suci ini dilindungi Allah dan aku dapat merealisasikan impian aku ngan En Tapa utk melihat anak-anak kami berjaya hasil didikan kami suami isteri....AMIN....
Jom ushar gambar bebudak nie yg sempat aku snap......



Kakak baru belajar baca Muqadam. Aku ajar dia sebaris sebaris biar dia senang nak ingat. Semalam aku dah try ajar baris yg kedua Alif, Ba, Ta sbb dia dah boleh baca baris yg pertama. Macam nak terkeluar gak anak tekak aku ngajo kakak nie ngaji sbb dia sgt pelat. Agak-agak dah berbuih mulut aku dok ulang benda yg sama tak gak dapat, ape lagi rotan ler jawapannya......Sorry la Cha, bonda bukan nak main-main. Bonda nak ajar Cha sampai pandai.


Si nana nie saje nak menyibuk. Tapi utk tak menghampakan permintaan dia, aku ajar gak dia ngaji. Sikit-sikit boleh la ikut...lebihnya main...........dia ingat aku tgh bersuka ria agaknya........

Tuesday, July 14, 2009

HAPPY BIRTHDAY ADAM ISKANDAR

Selamat Hari Lahir Adam.....hari nie 15/07/09, maka genap setahun umur Adam Iskandar. Aku sgt teruja sejak mlm tadi kerana anak lelaki aku yg sorang nie sedang membesar dgn jayanya. Semakin lasak, semakin nakal, semakin aktif & semakin sensitif. Sewaktu on d way ke rumah Angah, aku & En Tapa telah memberi ucap ringkas sambil menyanyikan lagu happy birthday khas utk Adam. Walaupun dia masih tak mengerti aku tetap nak wish. Hari nie lak aku berpuasa sunat bersempena dengan hari lahir Adam dan aku akan cuba utk menjadikannya sebagai hadiah kepada anak-anak aku sampai bila-bila kerana waktu ini aku akan berdoa dan aku sgt berharap doa aku utk mereka akan termakbul. Bukan bererti aku tidak mendoakan mereka pada hari-hari yg lain cuma di hari meraikan kelahiran mereka adalah hari istimewa jadi cara menghargainya juga harus istimewa.
Semua ibubapa inginkan yg terbaik utk anak-anak mereka, begitu juga aku. Selagi ianya tak menyalahi hukum dunia & hukum yg telah Allah tentukan maka aku rasa tindakan aku itu adalah sesuatu yg wajar.
Tahun nie kami tak buat birthday party Adam sbb kami akan buat 1st birthday party anak-anak kami sewaktu mereka berumur 2 tahun. Sbb.......time tue dia org dah pandai tiup lilin, buka hadiah, nyanyi lagu birthday dan bergumbira ngan birthday party sendiri. Sama macam Aleesa sewaktu menyambut hari lahir dia yg kedua tahun.
Budget tetap menjadi sbb utama selain dari mengajar anak disiplin krn selepas mereka sekolah, birthday party akan ada sekiranya mendapat keputusan peperiksaan yg cemerlang. Lain ibubapa mungkin lain cara utk memanjakan anak. Jadi...beginilah cara aku mengajar anak......mudah-mudahan mereka menjadi manusia yg berjaya, taat pada ibubapa & menjadi hamba Allah yg soleh & solehah.
Teringat masa zaman kanak-kanak aku dulu.......Aku hanya buat birthday party sewaktu aku sekolah rendah sbb masa sekolah menengah aku celebrate party ngan member-member. Abah dah sound awal-awal...kalau nak birthday party, mesti dpt keputusan yg cemerlang masa exam akhir tahun. Aku lak memang suka nak buat party nie sbb boleh ajak kengkawan dtg umah terutama anak cikgu Salmiah, Azlan. Masa tue aku admire giler kat dia. Alah suka-suka manja.....zaman kanak-kanak.....sbb Azlan nie pandai, (maklumlah mak cikgu) handsome & cool. Tue dulu...tapi pegajaran yg aku dapat masa tue ialah setiap kali periksa aku akan dapat keputusan yg membanggakan bersaing ngan Azlan tapi dia lagi hebat daripada aku, puncanya aku nie banyak main & berangan.
Berbalik pada cerita Adam Iskandar lak.......

Bonda doakan...semoga Adam diberikan kesihatan. Semoga Adam menjadi seorang lelaki sejati. Semoga Adam berjaya di dunia & akhirat. Semoga Adam sentiasa berada dlm lindungan Allah SWT. Semoga Adam menjadi hamba Allah SWT, umat Nabi Muhammad SAW & anak yg soleh pada ayah&bonda. Semoga Allah memelihara agamamu, Adam dan akhir sekali bonda amat-amat mengharapkan Adam dapat menjadi abg yg baik untuk menjaga kakak-kakak & adik-adikmu........

Kalau ikutkan banyak lagi doa & harapan yg aku nak panjatkan pada Allah utk didengar & dikabulkan tapi aku tak seharusnya menjadi org yg tamak. Maklum jelah....tengah-tengah puasa nie, hati pun jadi sentimental. Ok la................cukup setakat nie jer..........Selamat Hari Lahir Adam......muah.....

Sunday, July 12, 2009

IMPIAN KAMI

Ahad 12/07/09 ari tue, kami amik mak kat Bandar Banting sbb mak tidor umah sedara sebelah abah yg buat kenduri kahwin anaknya. Memandangkan abah anak sulung dlm keluarga & abah pun dah meninggal dunia maka emak bertanggungjawab utk balik ke kampung utk sama-sama memeriahkan kenduri kahwin anak saudara abah. Mak pulak, kalu bab sanak saudara nie memang mak org nombor satu tambah lagi kalu time dia buat kenduri kendara org tue ada dtg. Mak akan pastikan dia hadir di setiap jemputan. Kami sbg anak yg baik hanya menurut perintah tapi kami tak tido sanelah. Jadi kami sekeluarga yg berniat nak amik mak utk balik ke Klang singgah sekali utk memeriahkan suasana. Memang meriah ngan live band, siap jemput dtg malamnya sbb ade joget lambak. Dashyat org Banting nie, masih ade lagi joget lambak.....
Kami bertolak pulang ptg tue jam 4.30 ptg dan terus hantar Uchu Pati balik umah dia kat Pandamar(Uchu Pati adalah adik abah yg bongsu, dia tumpang kami time balik tue). Lepas kami hantar Uchu Pati, En Tapa terus memandu menuju ke Johan Setia utk membuat lawatan tapak.





Ini adalah tanah kepunyaan mak yg telah mak niatkan utk dibahagi sama rata pada 5 org anak-anaknya & seorg anak saudara yg dipelihara sewaktu kecil (Baby Farina). Tanah seluar 1 ekar ini terletak di Johan Setia yg mana kawasannya baru nak membangun. En Tapa pulak sedang bersemangat utk membina sebuah rumah diatas tanah nie setelah melihat rumah makcik Serena (mak Baby) yg gah tersergam diatas tanah yg sama. Aku lak tak kisah, lagi aku suka kalau En Tapa nak buat umah sendiri sbb umah tue nanti ade laman utk anak-anak kami bermain, utk aku bercucuk tanam & kami bebas utk beriadah (cewah).Aku doakan agar cita-cita En Tapa tercapai demi kami sekeluarga & impian akan menjadi kenyataan.
Dengar-dengarnya...bukan mudah utk membina rumah sendiri berbanding membeli sbb takde bank yg sudi nak bagi loan. Aku cuma nasihatkan En Tapa agar membuat secara berperingkat. Tak payah nak gopoh sbb sekrg nie kami masih tinggal menemankan mak di Pandamaran. Cuma kalau dpt siap cepat adalah satu bonus & mak dapat merasa rumah yang kami bina diatas tanah pemberian dia. Aku tak nak En Tapa rase terbeban & tertekan. Sbg isteri dan merangkap consultant yg tak bertauliah maka aku akan sama-sama memberi sokongan moral & pitis setakat yg termampu. Majulah En Tapa utk keluarga..........






Nie adalah selingan.....tengoklah aksi anak-anak kami. Kalau suruh berposing depan kamera, memang diaorg hebat. Xyah susah-susah nak cari pose yg sesuai sbb diaorg sendiri akan create pose tue, lagi-lagi si kakak.....

Bonda & ayah pun same gak nak melaram. Gambar nie di ambil sekitar kawasan Johan Setia. Nampak masih bersemak-samun lagi kawasan nie. Aku bagi 5 tahun dari sekarang, pasti kawasan nie akan meriah macam kat Kg Delek yg dah x rupa kampung lagi......

KAMI MEMASAK LAGI......

Hari Sabtu 11/07/09 ari tue, aku ngan En Tapa sekali lagi berganding bahu memasak untuk makan tengahari. Memandangkan emak balik Bandar Banting maka kami pun turun padang utk memasak. Bukanlah time mak ade aku xleh memasak cuma mak tue lagi pantas & tangkas maklumlah orang lame. Inilah time yg aku paling suka.....memasak bersama En Tapa.......sbb time nie kami akan bersama di dapur utk berkongsi idea, pendapat dan sesekali mengutuk masakan masing-masing.....ha..ha...ha.....Kali nie En Tapa memilih utk memasak "Ayam Masak Kicap Cili Api" sbb dia sgt suka makan makanan yg sangat pedas. Manakala aku diberi tugasan utk memasak "Kacang Buncis Goreng". Begitu bersemangat En Tapa memasak...aku relax jer sbb aku dah tahap Iron Chef. Apa pun aku sgt gumbira, bukan apa.....sbb ringan sikit keje aku bila En Tapa dpt memasak menu utama & yg paling penting masa kami bersama, sgt-sgt kami hargai dan kalu cuti hujung minggu memang kami akan habiskan bersama walau ke mana juga. Itu pasal ke dapur pun En Tapa nak ikut......Anyway...thanks to suamiku yg tercinta diatas bantuanmu.....Yg paling penting, En Tapa memang pandai memasak sama macam arwah abah dia. Kalau dulu, setiap hujung minggu bila kami balik umah ibu mertuaku (waktu kami duk umah sendiri) pasti abah yg akan memasak utk santapan kami sbb mak sibuk ngan program hujung minggu spt membaca doa & marhaban. So abah ler yg memasak. Macam-macam lauk terhidang atas meja dan aku rase En Tapa mewarisi kemahiran memasak drpd abah dia......anak bapak la katekan...........
jom ushar lauk kami.....................


Inilah rupa masakan En Tapa. Nampak jer hitam berkilat tapi sekali rase pasti menjilat......

Inilah lauk yg aku lak masak...em...menyelerakan. Aku campur sayur nie ngan udang utk menambahkan lagi keenakannya.....

Inilah wajah sebenar menu kami hari tue. ayam goreng tue di goreng khas utk anakanda tercinta yg tak boleh makan pedas........

Monday, July 6, 2009

SEHARIAN DI GENTING HIGHLAND

Sabtu 4/07/09 lepas, kami sekeluarga telah mendaki Genting Highland hingga ke puncak. Semuanya tidak dirancang. Tetiba Jumaat mlm tue En Tapa ajak naik Genting. Aku mulanya malas bila mengenangkan En Adam yg sgt lasak tue tapi En Tapa beriya-iya nak gie. Tak sampai hati nak menolak maka aku pun bersetuju. Berdebar gak nak gie nie sbb dah lama rasenya kami x membuang masa & duit utk berjalan jauh...walaupun x berapa nak jauh sangat destinasi kami berbanding ngan ibu mertua aku yg dah bertolak ke Kelantan pagi Jumaat tue.
Aku bawak Emad (adik bongsu aku) ikut sekali. Kami sampai Genting dah dekat tengahari so terus cari tempat makan. Walaupun bukan musim cuti sekolah atau musim cuti utk ape2 perayaan tapi suasana tetap meriah dan sesak. Ape yg membuatkan aku rase tak syok ialah suasana kat sini dah tak nyaman & sejuk. Berpeluh-peluh aku dibuatnya bersesak ngan org kat dlm indoor game/shoping mall tue. Si abg ngan kakak lagi sempoi, cuma pakai single jer...cuma sesekali nak melaram baju sejuk yg dah lame beli tapi tak pernah nak pakai sbb cuaca kat Malaysia nie tak mengizinkan dia org nak pakai sweater yg dah lame wujud tue. Dan seperti yg aku duga, En Adam punya la lasak & nakal samapaikan aku nak pitam mengejar dia yg dah pandai x nak duduk dlm stroller. Terpaksalah si ayah mendukung dia disepanjang perjalanan. Si Nana lak punyalah malas nak berjalan so dialah yg mengisi stroller Adam.....kakak gak maintain seronok & teruja.
Anyway...thanks to En Tapa diatas lawatan sehari kami ke Genting Highland tue.....Nanti kita plan utk pegi lebih jauh lagi & pastikan time tue Adam dah kurang lasak & pandai jaga diri sendiri.......

Nak gak bergambar tapi En Tapa nie cam nak sabotaj gambar aku nie jer....kabur jer pemandangan.......


Bergambar dlm lobi First World Hotel

Nampak tak bukan main sesak ngan manusia...........


Kakak yg paling enjoy sbb dia dah cukup besar utk menikmati lawatan yg ayah anjurkan. Adam lagi enjoy. Punyalah seronok dia sampai susah nak dikawal. Nana...si gadis control ayu nie, biasa-biasa saja....

Dah time tido...penat sgt berlari sampai keletihan. Itu pun tido utk cas tenaga dia. Cukup 15 minit jer dia pun bangun utk sambung balik.....

SUBHANALLAH...............

Sesungguhnya aku sgt terkesima pada suatu pagi yg indah minggu lepas. Pagi Khamis 2/07/09 yg lepas cuaca mendung, berangin dan nyaman sekali maklum saja subuh tue hujan manja-manja. Waktu aku keluar rumah pagi tue, mata aku telah tertacap pada sejenis pokok yg lebat berbunga disepanjang Kompleks Sukan Pandamaran (aku x sempat nak snap gambar sbb lampu isyarat dah hijau & Adam yg sgt aktif..sgt merbahaya). Subhanallah.....sangat indahnya ciptaan Allah. Pokok-pokok tue berbunga lebat tanpa sebarang daun. Dengan cuaca yg sgt nyaman membuatkan pemandangan jadi semakin indah. Yg membuatkan aku makin taksub ialah pokok tue rupa-rupanya berada dimana-mana sahaja. Kenapa selama nie aku tak perasan atau waktunya belum tiba utk pokok tu berbunga.
Mase lalu disetiap tempat yg ade pokok tue ake rase macam dlm citer Winter Sonata. Entah ape agaknya nama pokok tue. Kalu aku tau mana nak cari benih pokok tue, memang aku nak tanam dekat tanah yg bakal suami aku dirikan rumah untuk kami sekeluarga. Cuba korang nengok gambar yg aku snap kat bawah nie & cuba korang bagitau pokok apekah beliau........


Gambar nie aku snap kat Bandar Baru Klang kat Maybank Jalan Tiara berape aku pun dah lupa. Agak korang ape nama pokok nie.....? Dari jauh pun dah memukau tue korang belum lalu bawah dia lagi................