Wednesday, June 17, 2009

Adam Iskandar Lagi....

Dari sehari ke sehari aku nak update story about Adam Iskandar, my hero. Entah nape aku takde mood utk menaip....Hari nie aku gagahkan juga jari jemari aku utk menaip cerita tentang Adam yg makin hari makin lasak. 2 Mei ari tue, dengan rasminya Adam dah pandai berjalan. Bukan main suka dia sbb dah dapat kaki maka makin lasak dia bergerak. Aku lak makin tension coz dia bergerak sgt pantas dan aku yg sedang membesar ngan jayanya terpaksa berlari utk mengejar dia. Asal bukak jer pintu umah maka dialah org pertama yg keluar dan bila aku kejar, dia ingat aku nak main ngan dia. Ade sekali tue sampai menangis aku dibuatnya sbb aku terlalu penat nak mengejar dia yg seminit pun takleh duduk diam. Anyway.....aku bersyukur krn ketiga-tiga anak aku cukup fizikal & mempunyai mental yg sihat. Inilah Adam Iskandar aku...walaupun selasak mana dia, walau senakal mana dia, dia tetap buah hati aku, anak lelaki aku........dan aku tak serik utk mengandungkan anak lelaki seramai mana yg boleh.......


Ini adalah gambar yg terbaru aku ambil ari Sabtu 20/06/09 masa kenduri umah ummi. Kacak tak 2 hero aku nie.....


Bukan main seronok dia naik basikal yg kakak dia kayuh.....

Masa nie dia tgh syok tido kat umah nenek Timah dia....maklumlah sofa baru nenek....


Cuba nengok tiga2 gambar nie....memang lasak....baru 10 bulan mase aku ambil gambar nie, dia dah sibuk nak kayuh basikal Aleesa.....


Video nie diambil mase kenduri arwah atuk Latib dia, masuk hari yg kedua

WAN HAMIZAH DAH BERSALIN.....

Semalam 17/06/09 kul 4.30pagi, Wan selamat melahirkan seorang baby lelaki seberat 2 kg kat Hospital Sg Buluh. Ya Allah....bertapa terujanya aku mendengar perkhabaran itu drpd si bapa, Hafiz Nasoha. Aku bukan ape, cuma tumpang gembira sbb Wan nie dah aku anggap cam adik aku sendiri sbb kami dah berkawan dari kecil sampai masing-masing dah berkeluarga. Dia nie sebaya Angah, adik aku yg kedua. Lagi pun sepanjang proses kehamilan, Wan nie ade macam-macam masalah samada mental & fizikal. Time nak bersalin nie pun tak ikut jadual sbb terawal 1 bulan.
Isnin 15/06/09 ari tue dia gie check up kat HBTAR jumpa doktor pakar pastu doktor bagi tau yg air ketuban dia kurang so doktor suruh dia bersalin cepat & kena admit ari tue jugak. Punya la panik minah nie sbb kena paksa bersalin tambah lak ade lagi brg keperluan yg dia belum beli. Sempat gak aku bagi kata semangat kat minah nie. Lame gak dia tunggu nak bersalin sampai 3 kali masuk ubat, akhirnya berjaya juga dia bersalin normal.
Tahniah aku ucapkan pada Wan Hamizah & suami tercintanya Hafiz Nasoha. Semoga Wan tak serik utk hamil lagi. Lepas nie ade geng la Adam Iskandar......


Baby Wan kecil jer sbb tak cukup bulan. Tapi kalu nengok jarinya, besar & panjang-panjang.

Inilah Wan Hamizah bersama putera sulung kesayangan beliau.......

Inilah putera yg Wan kandung selama nie. Ade iras bapa nyer......boleh jadi peneman bapa nyer yg kaki bola.....

BOWLING SATANG.....

Jumaat lepas 12/056/09, Satang buat perlawanan bowling dengan Bahagian Perolehan KEMENTAH lepas waktu pejabat . Perlawanan yang berlangsung di Flamingo Ampang betul-betul menguji kesabaran aku & En Tapa. Mana taknya....kami tersangkut dalam kesesakkan jalanraya hampir 2 jam setengah. Aku dah rase nak patah balik jer sbb acara kul 8.30pm, aku kul 8.00 still sangkut kat Cheras. Yang paling kesian ialah En Tapa & bebudak. Harap-harap Satang akan buat tournament bowling nie kat are Klang atau PJ paling jauh pun.
Anyway...ini adalah kali ketiga aku menjejakkan kaki ke Flamingo Ampang sbb mase aku baru masuk Satang tahun 2004, Satang ade buat tournament bowling gak kat sini dulu. Mase tue aku bujang lagi...dan bukan aku sorang jer yg bujang, Wana pun ade sekali. Kali kedua mase temankan En Tapa ambil exam utk jawatan pegawai kerajaan. Exam dah lulus tapi lum ade rezeki utk berkhidmat dlm organisasi kerajaan.
Ini lak adalah kali ketiga & we all enjoy gak dgn tournament yg diadakan. Kakitangan Bahagian Perolehan KEMENTAH pun friendly. Memang baik, peramah & mesra diorg nie. Aku lak takleh tunggu lame sbb budak-budak dah letih dan jam dah menghampiri kul 12.00 tgh mlm. Aku tak amik gambar ngan rakusnya sebab sibuk & fokus pada permainan aku yg mane lawan aku semua hebat-hebat belaka. Ape kate layan jer gambar ape yg ade nie......


Nie pun org Satang gak. Kak Yan ngan Kak Ani nie tak main cuma jadi pari-pari jer.....

Cam biaselah kalu ade ape-ape aktiviti Satang tak sah kalu budak berdua nie takde sbb depa nie duk kat PR Department, nak tak nak kena terlibat same......yang kecik tue takde kena mengena ngan ini cerita. Itu watak tempelan jer......


Nampak tak huruf Y.....tue ler name aku. Cuba nengok markah nyer......tak berapa nak memberangsangkan sbb nie adalah game yg terakhir aku, game yg lain hancus......

Sunday, June 7, 2009

Gedik Santai..........

Sekembalinya mak dari Mekah 16/05/09 ari tue, kami buat kenduri tahlil utk arwah abah mlm tue juga. Ramai betul org masjid & sanak saudara dtg. Mlm nie jugak kami sekeluarga pindah kat umah mak. Cuma pindah badan je, brg-brg still ade kat umah kami. Bukan nak cerita sgt cuma nak kongsi beberapa gambar yg aku ambil mlm tue.......jom kita ushar.......

Aku minat betul ngan budak nie sbb dia cubby cam Aleesa & yg buat dia sgt cute ialah potongan rambut. Kulit dia pulak putih kemerah-merahan. Budak nie anak angkat makcik Sarena. Entah ape namenya aku pun dah lupa.....

Sekali nengok cam adik beradik jer budak berdua tue. Yg belakang tue pulak ialah Baby(nama betul aku tak sure), anak kandung makcik Sarena, anak tunggal lagik. Kira sepupu Mus sbb bapak dia, abg pada mak Mus. Dia nie sebaya ngan Mus & dah belajar sampai ke Rusia. Mak kata, dulu makcik nak jodohkan baby nie ngan Mus tapi mak taknak anak dia kahwin sedara. Bagusnya si baby nie tak sombong.....


Yg dua gediks nie saje aku snap gambar bersama sbb muka dia org dah nak sama. Si Nana ngan Uchu Nurul dia.....Kalu kate anak Nurul pun org akan percaya sbb memang ade rupa Nurul. Siap lagi dapat gelaran Nurul Junior lagi. Inilah Adik bongsu En Tapa, Nurul Aini. Pernah dulu, si Nurul nie hantar En Tapa gie keje sbb dia nak pinjam kete En Tapa. Sampai depan opis terus jadi gosip hangat sbb depa ingatkan pompuan yg hantar En Tapa pagi tue aweks dia. Aku pun join gosip diaorg tue sbb mase tue En Tapa tak berapa nak handsome bergaya. Bila En Tapa declare yg hantar dia pagi tue adik dia lagi bertambah tak percaya lak diaorg sbb dulu En Tapa tak macam sekarang. Tak Handsome langsung, pastu kurus kering macam mat pit......

Adam Demam.....

Pagi Isnin 25/05/09, aku bawa Adam pegi Klinik Pandamaran sbb mlm tue dia tak leh tido, asyik merengek & menangis. Puas aku pujuk dan sapu minyak dia tetap meragam. Nak kata demam badan dia tak panas, cuma bila dia bernafas adelah bunyi kahak. Sampai subuh dia berkeadaan cam tue sampai aku yg langsung takleh nak lelap mata nie dah pasrah & akhirnya pagi tue kami bawa dia gie Klinik Pandamaran.
Sesampai je kami di klinik baru aku rase badan Adam panas dan doktor bagi dia pakai topeng gas. Dulu kakak je yg selalu pakai topeng tue setiap kali demam, sekarang Adam lak. Nasib aku baik sbb En Tapa ambil Emegency Leave sbb nak temankan aku ngan Adam. Pagi tue jer dlm tempoh tak sampai 1 jam, 2 kali Adam kena pakai topeng gas(nap) tue. Aku ingatkan pastu settle & boleh balik, rupa-rupanya tak.....kami kena rujuk Adam kat hospital sbb pernafasan dia masih lagi berbunyi.
Punyalah penat aku rase sbb mlm tadi aku tak cukup tidur, pastu ke sana ke mari bawa hero aku yg tgh demam. Sampai hospital kena buat x-ray, pastu doktor confirm-kan yg Adam kena admit. Mase nak naik wad kena lak tunggu sbb katil penuh ngan bebudak demam. Bila dah sampai kat wad 6B Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang, aku tertidur kat kaunter sementara tunggu doktor yg tgh sibuk kehulu kehilir. Mujur Adam pun dah kurang meragam & dah boleh tido sbb mase kat emergency, nurse dah masukkan ubat dlm tut dia....
Adam dapat katil dlm kul 1 pm. En Tapa sukarela nak jaga adam siang tue & suruh aku balik rehat. Ptg tue lepas puas tido kat rumah, aku pun kemaskan brg-brg Adam utk dibawa ke hospital. Maka, bermula hari-hari yg aku lalui sepanjang minggu tersebut di HBTAR.

Mereka berdua nie doktor pelatih dari UM. Minat betul ngan Adam sampai tiap-tiap hari dtg jengok Adam.


Bukannya takde insuran cuma hopital yg jadi panel insuran En Tapa jauh sgt. Aku lak ingat bila En Tapa dah meng-insuran-kan anak-anak maka aku tak yah lah amik insuran lagi. Kalau aku tahu macam nie punya susah nak admit kat HBTAR & nak admit guna insuran En Tapa, lebih baik aku sendiri ambil insuran utk anak-anak aku.....

Pindah Rumah Lagi.............

Utk post kali nie lak aku nak story yg aku dah pindah rumah utk kali yg ketiga dlm tempoh masuk 4 tahun kahwin. Aku harap, kalu pindah lagi lepas nie biarlah rumah yg bakal kami duduk tue adalah rumah kami sendiri sbb masa tue takde sape nak suruh kami keluar dari rumah sendiri. Mase aku packing barang petang 21/05/09 ari tue, tetiba hati rase sayu sbb selama nie aku rase seronok duduk rumah yg dibyr dari hasil titik peluh sendiri. Aku suka dekorate rumah & susun perabot ikut citartasa aku sendiri sbb aku suka kekemasan & kebersihan. Selama kami berhijrah & berdikari, hidup kami bebas. Bila-bila masa nak balik, nak makan, nak kemas, nak tidur, nak bergurau, nak berehat & segala-galanya kami buat bila kami rase nak buat. Yg paling aku suka bila setiap hujung minggu aku ngan En Tapa akan bergotong-royong mengemas rumah, memasak & jaga anak. Aku suka saat tue sbb aku rase itulah satu aktiviti sihat & merapatkan lagi hubungan kami.

Inilah pemandangan dapur kesayangan aku. Disinilah tempat aku dan En Tapa mengembangkan bakat memasak kami.
Betapa aku merindui detik berharga itu. Time aku tinggal di Apartment Amazing Height, Jln Sg Udang, lagi kami seronok sbb setiap hujung minggu boleh turun swimming kat swimming pool yg disediakan kat tgh laman Appartment. Kawasan kat situ sejuk, bersih & tenang. Jiran-jiran pun baik & suasana appartment yg menghadap sungai klang yg indah....(he...he...indah ker..?).
Sebenarnya aku bahagia & gembira bila mana suami & anak-anak aku sentiasa ada disisi. Tak kisah walau dimana kami tinggal atau dimana rumah kami, asal kami tak terpisah jauh, aku dah cukup bersyukur. Dulu mase mula-mula kahwin aku dah cakap ngan En Tapa, "Org tak minta syg sediakan rumah yg besar utk kita sekeluarga, asal kita sekeluarga bersama, rumah sebesar sebuah pondok pun org bersyukur".
Hari ini (21/05/09) utk kali ketiganya, kami akan berpindah balik semula ke rumah yg mula-mula kami tinggal selama 7 bulan selepas berkahwin. Aku tahu semua yg berlaku pasti ada hikmahnya. Apa yg tuhan tentukan utk seseorg hambanya bukanlah sesuatu yg sia-sia. ....Amin!!!!

EPISOD AKHIR (Mak Balik Dari Mekah)

Lame rasenya tak update blog......pada yg rapat ngan aku pasti sedia maklum ngan masalah yg aku hadapi sepanjang bulan May baru nie. Justeru itu aku terpaksa melupakan hasrat hati utk meng-up-date blog......Sekarang setelah aku berjaya mengharungi segala perit jerih masalah makanya aku pun log in blog aku yg dah mula berabuk nie.............
Aku nak sambung story pasal mak mertua aku yg dah selamat pulang (16/05/09) dari mengerjakan umrah. Hari yg ditunggu-tunggu telah tiba. Ramai gak yg dtg tunggu mak kat airport termasuk pakcik(abg mak). Tak berapa lama kami tunggu mak kat airport terus kami nampak kelibat mak ngan Cik Jan. Apalagi teruslah bermula drama airmata. Semua menangis bila nampak mak, peluk mak, cium mak sampai dah tak terluah dek kata-kata. Dengan tak membuang masa Mak, Cik Mon & husband dia terus naik kereta En Tapa sbb dia org nak terus pegi menziarah kubur arwah abah. Lagi pun mlm nie ada kenduri utk arwah abah so kenalah buat persiapan utk mlm nie pulak. Aku ngan bebudak tumpang kete Nurul (adik bongsu En Tapa). We all terus balik umah....
Hari tue tak putus-putus org dtg menziarah mak sampai mak takde time nak rehat. Setiap kali org dtg, setiap kali tue lah mak menangis. Bila kami duk berkumpul petang tue, kami pula bercerita tentang cerita yg sama. Mak pun cerita yg dia dpt tau daripada ustaz Yazid masa kat Madinah, pastu mak menangis sambil bagi tau yg dia redha. mak terus buat sembahyang jenazah ghaib, pastu sepanjang mak kat sana mak berjaya mengkhatamkan satu Quran utk arwah abah. Aku tahu mak sedih sbb kadang-kadang aku nengok mak duk sorang-sorang temenung. Mesti dia rase jiwa dia kosong sbb selalunya bila bangun pagi dari dlm bilik lagi aku dah dengar mak akan bertekak ngan abah. Kadang-kadang pasal sarapan, menu utk masak tghari dll yg remeh. Kalu siapa yg tak biasa macam aku masa memula dulu pasti rase cam tak berapa nak best tapi bila dah lame barulah aku perasan yg sebenarnya dia org sedang berbincang & begitulah cara dia org berkomunikasi & berinteraksi.
Selama ini, abah buat segala-galanya utk mak termasuk melipat & mengemas kain baju mak. Brg-brg dlm rumah juga abah yg kemas & susun, mak cuma tau monitor kebersihan, memasak & membasuh. Abah lak orgnya ringan tulang. Kalau setakat memasak & mengemas memang abah master. Mak adalah org yg paling terasa dgn ketiadaan abah.
Adik beradik En Tapa telah cuba utk membuat mak tak terasa kosong & sedih. Mereka cuba utk mengisi masa mak dgn kedatangan mereka melawat mak setiap hari & aku lihat perubahan yg ketara pada Nurul kerana akan singgah tiap-tiap hari. Dia pun dah mula ringan mulut berborak ngan mak. Aku dah tak dengar lagi keluh kesah mak pasal anak-anak dia. Harap-harap dia org nie akan kekal begitu. Ialah....setiap kita akan ada seorg mak kandung, yg melahir, menjaga & membesarkan. Mak boleh menjaga kita yg ramai dlm satu masa tapi kita susah betul nak menjaga mak yg seorg. Kadang-kadang, nak meluangkan masa ngan mak pun susah. Macam mak aku lak sampai naik muak nengok kita org.
Anyway..........begitulah berakhir episod duka utk kali ini. Semoga mak kuat semangat utk memulakan hari baru tanpa abah disisi...................