Thursday, May 14, 2009

KEDUKAAN MENGHAPUS DOSA........

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila seorang hamba terlalu banyak dosanya dan tidak ada amalan untuk menghapuskan dosa-dosanya, Allah akan melibatkannya dengan kedukacitaan untuk menghapuskan dosa-dosanya” (Riwayat Ahmad dari Aisyah r.a.)
Jikalau seorang hamba melakukan amalan kebaikan, ia akan menjadi penghapus dosa-dosa kecilnya. Tetapi jika dosanya telah terlalu banyak dan dia tidak melakukan sesuatu untuk menghapuskan dosanya, maka Allah akan menimpakan sesuatu yang mendukacitakan atau merungsingkannya untuk menghapus dosanya. Misalnya anak dan isterinya demam-demam, tayar motornya pancit, keretanya rosak dan sebagainya.
Dari Abu Said Al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. “Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan sebabnya sebahagian daripada dosa-dosanya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mana-mana Muslim yang sakit atau terkena sesuatu musibah maka digugurkan dosa-dosanya seperti pokok kayu gugur daunnya di musim luruh. (Riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud)
“Bila aku (Allah) mengenakan satu musibah ke atas hambanya samada ke atas badannya, hartanya, anaknya dan disambut dengan baik, aku malu hendak tegakkan timbangan amalannya” (Riwayat Muslim, Hadis qudsi sahih)
Orang yang sakit lama dan diterimanya dengan redha, maka diampunkan dosanya kecuali dosa dengan manusia. Segala musibah ada pampasannya kerana ia datang dari Allah (takdir). Ada pampasan sehingga habis segala dosa. Walaupun, orang yang kena musibah itu hamba Allah, Allah berhak melakukan apa sahaja ke atas hambanya, namun Allah malu hendak menimbang amalan hambanya yang sabar dengan musibahnya di hari kiamat. Musibah itu menyedarkan manusia tentang kesalahannya supaya dia insaf dan “reverse” kesalahannya.

Petikan : http://nasbunnuraini.wordpress.com/
Kuliah : Tn Guru Sheikh Maulana Noor Mohammad Syed Jamal

Monday, May 11, 2009

EPISOD 3 (DI HARI PENGEBUMIAN ABAH)

Pagi Ahad 3/05/09, mereka dah bersiap sedia utk memandikan dan mengkapankan jenazah abah. Anak lelaki abah, 3 orang semuanya berpeluang utk memandikan jenazah abah. Semuanya berjalan dengan cepat dan lancar. Dalam masa sejam jenazah abah sudah siap dikapankan. Kami diberi peluang utk melihat & mengucup dahi abah. Dingin sungguh dahi abah. Satu persatu anak-anak, menantu, cucu & juga sanak saudara datang utk melihat jenazah abah buat kali yg terakhir. Masing-masing aku lihat, mengalirkan airmata tambah lagi mengenangkan mak yg masih di Tanah Suci Mekah dan tidak berpeluang utk melihat & menyempurnakan jenazah suami sendiri.
Sebelum wajah abah ditutup & dipunjut, En Tapa dengan sendirinya membacakan doa bersama sendu dan airmata. Tak pernah aku lihat dia sesedih ini. Sepanjang perkahwinan kami, aku hanya melihat gelak tawa & mendengar lawak jenaka dari En Tapa tapi hari ini aku dapat lihat kesedihan yg teramat sangat dlm hati En Tapa.
Sewaktu aku ingin melangkah mengiringi jenazah abah ke masjid utk disembahyangkan, datang beberapa org saudara terdekat mak & abah memeluk aku sambil menangis meminta aku berpindah balik kerumah emak, temankan mak yg kini tinggal keseorangan.
Sudah aku jangka isu ini pasti akan dibangkitkan. Pelik....kenapa aku....????? Ya....aku tahu jawapannya....................................sebab aku adalah menantu kesayangan mak.........
Kerana aku sudah menjangkakan perkara ini maka, sedari mlm tadi aku dah bincangkan dgn En Tapa dari hati ke hati betapa aku merelakan apa saja keputusan yg dia buat demi menjaga kepentingan mak. Aku rela & ikhlas utk tinggal & menjaga mak. Niat aku ingin meringankan beban En Tapa, agar hatinya tak berbelah bagi dlm membuat keputusan sama ada maknya atau aku isterinya. Aku pun berpelajaran agama dan tahu syurga suami masih dibawah tapak kaki ibu manakala syurga aku adalah suamiku.
Aku harus bersyukur kerana dahulu sewaktu pertama kali En Tapa membawa aku berjumpa & memperkenalkan aku sbg calon isterinya pada mak, sikit pun mak tak menunjukkan tanda tidak senang atau melarang walau pada hakikatnya mak tahu status yg aku sandang saat itu. Sehingga sekarang mak tak pernah mengungkit & membeza-bezakan antara Aleesa & cucunya yg lain.......
Semoga Allah memelihara niat suci aku & En Tapa utk menjaga mak sehingga ke akhir hayat. Semoga Allah memelihara hubungan antara aku & mak agar kami bisa tinggal bersama tanpa ada kekalutan. Semoga Allah memberi aku kekuatan agar aku bisa melaksanakan tanggungjawab aku pada mak, suami & anak-anak.....AMIN.....
Berikut adalah video yg telah dirakamkan sewaktu bacaan talkin.

Bersambung....

Tuesday, May 5, 2009

Episod 2 (Abah Kembali Ke Rahmatullah)

Episod pertama telah aku ceritakan babak-babak sebelum mak gie Umrah & beberapa keping gambar yg aku ambil mase kat airport. Semua cerita yg aku sampaikan berlaku pada waktu pagi pada hari yg sama aku & En Tapa terjumpa abah terbaring kat ruang tamu umah kaku dah tak bernyawa lagi........
Apa yg berlaku pada abah hanya tuhan saja yg tahu sbb sewaktu kami jumpa, abah baru saja meninggal. Doktor yg En Tapa panggil tue mengesahkan yg abah baru sahaja meninggal dlm 15 minit sbb badan dia still panas cuma hujung jari dah biru & tangan dia dah mula sejuk & nak mengeras.
Tghari tue lepas hantar mak ke KLIA, kami ke Pandamaran utk menghantar cik Maimon & pakcik Karim yg tumpang kami time hantar mak ke KLIA. Kami singgah rumah mak utk ambil barang tapi abah kunci pintu so kami tak leh nak masuk umah. Abah lak naik kete ngan kaklong. En Tapa buat keputusan nak datang balik petang nanti sbb kaklong bawak abah gie umah kawan dia.
Petang tue dlm kul 6.00, kami keluar dan terus gie makan kat Andalas sebelum singgah umah mak utk ambil barang. Kami budget kaklong hantar abah petang sbb kul 5.00 En Tapa tepon umah mak takde sape angkat tepon. En Tapa ingat abah lum balik lagi. Kena lak ptg tue En Tapa rase tak sedap badan & sakit kepala tetiba so dari umah lagi aku tak bagi dia drive.
Kami sampai umah mak dlm kul 7.30 ptg tapi umah mak still gelap. Mase aku berhenti kete depan pagar umah aku nengok suasana cam sunyi & pelik sbb lampu umah tak terpasang sedangkan azan maghrib sedang berkumandang dari masjid Pandamaran. Kata En Tapa, abah dah balik sbb dia nampak tingkap depan terbuka. Dia suruh aku tunggu dlm kete. Katanya nak masuk ambil barang jer sbb dia rase tak sihat & tak sedap badan. Sebelum tue aku pesan kat En Tapa tengok-tengokkan abah.......
Tetiba........En Tapa berlari keluar rumah mengejutkan aku yg tengak berharuk ngan bebudak dlm kereta. Muka En Tapa cemas sambil tangan dia menepuk dada seolah-olah nampak hantu. Aku tanya kenapa? En Tapa cuma cakap abah taknak bangun tidur. Puas dia kejutkan abah tapi abah tak bangun-bangun......Aku cuak tak terkata pastu En Tapa terus berlari pergi......Entah kemana En Tapa pergi aku dah tak leh nak ambil pusing. Terus aku bawak semua anak-anak aku masuk dlm umah. Aku suruh semua anak-anak aku kejutkan atuk dia bangun tapi abah tetap tak bergerak. Aleesa kata "atuk tido lah ma". 10 minit pastu En Tapa dtg ngan doktor. Baru aku tau yg dia rupa-rupanya gie panggil doktor kat Klinik Kanta. Puas doktor tue check & buat CPR (agaknya) kat abah lastly dia bagi tau "He's gone lah brother...."
Terduduk En Tapa tak terkata apa-apa, cuma aku yg tak puas ati dan minta doktor tue check abah sekali lagi tapi keputusannya tetap sama. Aku risau tengok En Tapa camtue terus aku gie umah kak Nory jiran sebelah umah mak, bagi tau kak Nory & mintak dia tolong nengokkan En Tapa sbb aku nak gie umah kaklong yg tak jauh dari umah mak. Dlm sekelip mata saja semuanya berubah. Umah yg pada mulanya gelap & sunyi tetiba dah dipenuhi ngan semua jiran & sanak saudara. Abg ngah yg duduk kat Kuching balik mlm tue jugak. Uchu yg baru jer balik Banting dtg balik lepas dapat tau. Dan bermula episod baru mlm tue yg mana aku & En Tapa tido sekali lagi kat umah mak tapi kali ini semata-mata nak menemankan jenazah abah yg bakal dikebumikan esok paginya........
(bersambung)

Episod 1 (Mak gie Umrah)

Lame rasenye tak update blog......untuk post kali nie, aku nak cerita pasal ibubapa mertuaku. Hari Sabtu yg lepas (2/05/2009), kami adik beradik kecuali Abg ngah telah menghantar mak ke KLIA utk menunaikan Umrah utk kali ke-4. Kali nie mak pergi ngan adik angkat mak, Achik Jan. Rumah mak dah mula penuh sedari Jumaat lagi. Aku & En Tapa lak dah start berkampung kat umah mak pagi Jumaat. Hari Jumaat tue kami dan family uchu dari Banting dah meriuhkan umah utk pergi kenduri kahwin anak kak Ejan kat Shah Alam. Bersungguh-sungguh mak nak gie sbb mak nie kalu bab kenduri-kendara kalau org dah jemput memang dia wajib nak pegi. Biar sakit pening, kalu org dah jemput tetap dia nak pergi. Sayang...dalam kekecohan kami itu abah tak nak joint dan mak pun apelagi membebellah kat abah sbb abah tak nak ikut gie umah kak Ejan. Tapi abah cam biasalah ngan tenang membatukan diri sbb dia dah lali ngan bebelan mak. Maybe abah nak kemas umah sbb sebelum tue ramai sgt kawan-kawan mak datang menziarah mak yg nak gie umrah. Maklumlah mak mertua aku nie org kuat masjid, tukang mandi jenazah lagik tambah lagik ngajar mengaji. Maka tinggallah abah sorang kat umah. Dan seperti kebiasaannya, apabila kami balik pasti umah dah kemas & dapur dah bersih.
Itu cerita sebelum kami menghantar mak pergi KLIA.......
Pagi Sabtu pulak, abah adalah org yg paling awal bangun. Dia sorang duduk kat dapur masak mee hoon utk sarapan. Bukan main awal abah bangun, siap kunci jam utk memastikan dia bangun on time. Aku yg bangun kul 6.00 pagi nie(rase aku dah cukup awal) terus mandi & sembahyang subuh. Dalam kul 6.30 pagi aku gie dapur nengok semua dah siap terhidang atas meja. Cepat & tangkas tul abah nie buat kejer. Kalu aku dah tentu terkial-kial. Tepat kul 8.30 pagi semua dah berkumpul & mula nak bergerak ke KLIA. Kali nie abah ikut sekali. Jom layan gambo yg aku ambik mase kat sana.....
Yg tengah tue ibu mertua ku (Hjh Juma'ah bt Zainal), yg baju bunga oren tue Achik Jan adik angkat mak & yg baju hitam tue aku tak berapa nak kenal la pulak. Tapi diaorg nie gerak dlm satu rombongan umrah tue....
Ini time ustaz bacakan doa & azan sebelum melangkah keluar rumah.

Gambar mak ngan Achik Jan....

Aku lak mengambil kesempatan bergambar ngan Achik Jan. Achik Jan nie yg support mak gie umrah sbb mak yg banyak ajar dia menghafal doa & bawak dia gie kursus. Mak jugak selama nie ajar Achik Jan ngaji & macam-macam lagi. Mak kata Achik Jan nie tak kahwin lagi.

En Tapa bersama ayah & bonda yg tercinta.......

Inilah menantu kesayangan Cik Ma'ah......

Inilah dia ibubapa mertua ku....Hj Abd Latib & Hjh Juma'ah.

Inilah aku bersama anakanda tercinta Adam Iskandar yg sgt lasak & tak tau duduk diam.

(bersambung)