Tuesday, March 31, 2009

Masak Memasak Bersama Anak la Pulak....

Hari Isnin 30/03/09 lepas, aku mc coz demam urat. Mane tak, satu badan aku sakit-sakit akibat menjaga En Adam Iskandar yg tersangat lasak time ayah dia tournament bowling ari tue....Pergh...sampai sekarang aku masih merasakannya sbb aku kena dukung Adam dek kerana Nana tidur dlm stroller dia. Walaupun berat Adam cuma 9kg jer tapi kelasakan dia saat aku mendukung dia, boleh membuatkan tangan aku tercabut. Tak reti nak duduk diam seminit pun. Dia sibuk nak turun tak nak aku pegang sbb dia nak merangkak. Tak nak tido lak tue.....Jadi dgn alasan tersebut maka aku mendapat demam & akhirnya ngan berat hati aku mc(cewah). Memandangkan aku pun tak berapa nak sihat maka mlmnya aku bercadang nak masak bubur lagipun anak-anak aku memang suka makan bubur. Aku buat bubur campur maknanya ayam, sayur, kentang dll ada dlm satu bubur. Aku tau...setakat masak bubur apelah sangat.....tapi yg paling aku suka bila kata nak masak bubur, kakak ngan Nana pasti gumbira dan tak sabar sampai tunggu tepi dapur. Kali nie diaorg siap nak tolong tapi sebenarnya lebih kpd nak main jer.....Anyway...penghargaan tetap aku berikan pada si pari-pari aku yg dua org nie sbb rajin walaupun sebenarnya lebih kpd nak mengacau. Jgn lak nanti dah besar(dewasa), perangai rajin tue bertukar jadi malas..........
Sekadar nak berkongsi ngan you all...jom kita layan gambo...............

Nie time bubur tgh mengelegak atas dapur.................

Nie bila dah siap masak dan sedia utk dimakan.........

En Tapa ditugaskan utk menyuapkan Nana manakala kakak pulak disuap oleh aku kalau tidak mereka akan berebut.........

Kakak tgh kusyuk memetik sayur bayam..........


Si Pari-pari ku yg sibuk nak menolong bondanya memasak..................

Kejohanan Bowling HICOM

Hari Ahad 29/03/09 yg lepas, Hicom Teck Seng telah menganjurkan kejohanan bowling kat Sunway Pyramid. Kali nie En Tapa masuk sebagai peserta, kalau tak dia yg paling sibuk ke hulu ke hilir sebagai AJK. Ramai betul staf HICOM yg dtg bawak keluarga termasuk makwe & pakwe masing-masing. We all sampai dlm kul 10.30am sbb En Tapa still AJK kelab rekreasi. Acara dia org start lambat lebih kurang kul 12.30pm sbb sebelum tue org-org PROTON pun ade buat tournament bowling kat situ. Anyway...aku enjoy betul ngan cara company En Tapa menghargai staf. Dulu....suatu waktu dahulu, company tempat aku berkerjaya pun ade buat camnie tapi sekarang aku & teman-teman seperjuangan terpaksa belajar memahami yg company aku sedang dlm proses pemulihan. Semoga company aku selamat pulih & kembali lebih maju berbanding dahulu...almaklumlah itulah tempat aku mencari rezeki & disitulah juga aku bertemu jodoh ngan En Tapa. Ok-lah.....ape nak touching2 nie.......marilah kita layan gambo........


Ini adalah antara pemenang-pemenang yg bertuah. En Tapa cuma menang sorak drpd anak-anak jelah.....

Aku ngan pari-pariku yg kuat bagi sokongan moral pada ayah dia org. Kelakar pun ade sbb siap bg komen bila ayah baling tak betul...

Si pari-pari bersama ayah tercinta.............

Si Abg yg tak faham ape-ape..........Baru bangun tido nie.....

Kakak sibuk suruh aku shoot gambar dia yg tengah pose cam tue. Tgh Perasan cun ler tue......

Si pari-pari berkasih sayang. Semoga ianya kekal sampai bila-bila....AMIN!!!!!!

Tagging Game-Gambo Preggy Timeeee..(layan ko Wana)

Sebenarnya aku nie tak suka sgt bergambo mase tgh pregnant sbb aku sgt tembam & gemuk. Bila pregnant jer, maka akan effect satu badan termasuk muka. Semuanya akan bengkak dan tembam.....Tak byk gambo yg aku ade mase pregnant sbb lepas ambil gambo, nak nengok, lagi satu masalah.....................Silalah nengok keadaan aku sewaktu hamilkan Adam Iskandar.........

Nie mase aku jadi model Angah yg berhajat sgt nak model pregnant sbb dia berkenan sgt ngan perut aku.......(pesanan utk Angah...mane gambo yg selebihnya????)


Nie lak En Tapa yg ambil mase aku tgh siap-siap nak kuar...Mase nie tgh sarat sangat...tunggu time jer rasenyer...tak sanggup aku nak nengok gambor-gambor nie..........

Sunday, March 22, 2009

Menyahut Cabaran Suami Tercinta......

Pagi Sabtu ari tue 21/03/09, entah buang tebiat ape.......tetiba datang rajin aku nak memasak utk suami & anakanda yg tercinta. Pada kebiasaannya ari Sabtu camnie kami akan breakfast & lunch kat umah ibu mertuaku di Pandamaran. Ari nie pulak aku bangun awal terus mandi dan bersedia utk memulakan tugasan pertama aku ari tue sbg seorg isteri & ibu iaitu menyediakan breakfast. Aku teringat kat Aleesa yg beriya-iya request nak makan sandwish cam dlm iklan Cheesdel tue so aku pun cuba utk merealisasikan impian anakanda tercinta. Nasib baik Cheese & roti Gardenia tue aku dah beli semalam(Jumaat) kat Jusco Bandar Baru Klg time gie lunch ngan Wan. Cuma tuna tue aku kena keluar beli kat Econmart. Aleesa....nampak jer cheese tue aku keluarkan dari peti ais punyalah dia teruja pastu siap tunggu kat tepi dapur coz tak sabar. Bila aku masak & bau pun naik lagilah tak sabar anak dara aku tue. Bila aku hidangkan sandwish tue kat dia, punyalah dia memuji tak berhenti menzahirkan apa yg ada dlm fikiran dan sanubari(cewah...). Nana lak tak berapa nak kisah sbb dia bukan kuat makan cam kakak dia. Utk kengkawan aku syorkan korang try buat sandwish nie sbb sedap satu hal pastu mengenyangkan. Asyik breakfast nasi lemak, roti canai & mee pasti membosankan apa kata sekali sekala tukar selera cam mat saleh pastinya mengujakan........sekali-sekala bolehlah coz cost-nya pun mengujakan......
Cabaran Yg Pertama..................


Ini adalah hasil masakan aku. Pada sesiapa yg teringin nak masak resepi nie bagi tau ler nanti aku kirimkan resepinya via email.....(poyo jer)


Ini sebelum rotinya disalut telur & digoreng


Ini adalah bahan-bahan yg harus korang sediakan utk menghasilkan sandwish yg aku sebut-sebutkan tadi

Cabaran Yg Kedua..............

Cabaran yg kedua adalah menyediakan lunch. Menu yg ini En Tapa request konon-konon nak lunch spegetti. Sajer nak menguji keupayaan aku dalam menyempurnakan tugasan sbg seorg isteri & ibu. Aku relax jer sbb ilmu penuh di dada(kita mesti confiden). Habis jer menyantap breakfast istimewa yg aku sediakan tadi, terus aku sambung utk memasak sos spegetti. Berdebar gak aku nak menyediakan sos spegetti nie sbb bukan sekadar suami tercinta jer nak rase, mak bapak aku pun nak tumpang sekaki.
Bahan-bahan utk memasak spegetti

Anyway...sos spegetti aku tue menjadi tapi aku terlupa nak snap gambar hasil masakan aku sbb aku terlalu penat. Maklum jerlah bukan setakat memasak aku juga mengemas dan pelbagai lagi tugasan yg menunggu. We all makan spegetti kat umah mak aku. Aku angkut sos tue ngan periuknya sekali. Walauapapun aku telah berjaya menyahut cabaran En Tapa. Memasak adalah perkara yg kurang aku gemari kerana bukan kepakaran aku dan bila aku cuba juga ianya akan mengambil masa yg agak lama utk siap. Namun begitu aku bukan tak tahu langsung atau gagal.

Monday, March 9, 2009

Jom Nengok Filem "Geng Upin-Ipin"

Last Sunday 8/03/2009, aku bawak bebudak pegi nengok Geng Upin & Ipin kat TGV Bukit Tinggi. Nak booking ticket takleh so kami gie terus kat kaunter, dapatlah tiket kul 11.30 mlm. Ape nak dikato sbb si kakak dah bising nak nengok Upin-Ipin. Utk tak menghampakan hati anak yg disayangi, kami belikan juga tiket tue. Maklang, Makcik ngan Pak Usu dia pun nak ikut so aku belikan sekali tiket utk diaorg. Punyalah ramai yg nak bawak anak nengok citer tue sampai ada yg kecewa sbb tiket kul 8.00 mlm dah fully booking. Lepas beli tiket aku & family balik umah dulu sbb kami keluar umah sejak pagi lagi. Aktiviti ari nie padat betul sbb dari pagi kami keluar, mula-mula gie kenduri kahwin Yati (anak mummy) kat Dewan Kolej Islam pastu terus pegi Pandamaran utk amik ibubapa mertuaku utk pulang ke Banting ade kenduri kahwin gak. Mereka tidur sana tetapi kami balik coz ade aktiviti tambahan iaitu menonton wayang. Kami sampai umah dekat kul 9.00 mlm, apelagi teruslah bersiap utk gie umah aku nak ambil adik-adik aku. Si abang aku tinggalkan kat umah mak.
Berbalik pada citer wayang yg kami nengok, memang syok giler. Inilah satu-satunya citer kartun yg boleh dibanggakan. Ape tak nyer......jln citer & aksi-aksi dlm citer nie memng menarik tertarik & memang debommmmm......Aku nak bagi 10 bintang berkelip-kelip pada citer buatan Malaysia nie. Walaupun ia hanya citer kartun tapi ianya bukan sebarang kartun. Nasihat aku pada kengkawan....pegilah nengok citer tersebut di pawagam kerana kita tak akan rugi. Aku jamin korang akan puas ati & takkan menyesal. Kepuasan menonton citer nie ngalahkan korang menonton citer Hollywood.............PERCAYALAH!!!!!!!!!!!!!!!


Nengok betul-betul...nielah citer yg aku maksudkan. Jangan pulak korang salah citer........sokonglah industri perfileman kita.....

Nie semua peminat fanatik Upin-Ipin...lagi-lagi si kakak.......................

Aleesa ngan pakcik-makcik dia yg same jer perangai cam bebudak.........

Abg bergambar masa En Tapa tgh beratur beli tiket....time nengok wayang abg tinggal ngan nenek Timah dia..........

Sempat posing dlm lif...................

Friday, March 6, 2009

Fatin Dah Bersalin....

Time lunch.... aku, Wan & Liz gie nengok Faten yg dah selamat melahirkan anak sulungnya kul 9.03 pagi di Hospital Bersalin Razif kat Andalas Klang. Time kami sampai Faten ketiduran maybe penat selepas melalui detik-detik cemas & sukar saat melahirkan seorg puteri seberat 2kg lebih. Panjang perbualan kami yg berkisar pengalaman berada dlm bilik bersalin. Pastinya Safar yg temankan Faten time dlm bilik bersalin tue dan yg paling mengujakan apabila Faten bagi tau yg Safar sendiri potong tali pusat anaknya. Untung Safar kuat semangat sbb time aku bersalinkan Nana, memang En Tapa sentiasa disisi tapi time Nana dah keluar dia terjelepuk kat tepi dinding sbb dia dah lemau temankan aku 5 jam dlm bilik bersalin. Si Wan lak teruja mendengar pengalaman Faten sbb lepas nie giliran dia. Anyway...taniah buat Faten & Safar. Lepas nie bolehlah kita kongsi citer pasal anak.........Jom ushar gambar yg aku snap tadi.........

Rupa-rupanya Faten memang tgh tunggu kami datang sbb dia tak larat nak bangun makan.

Tidur menga'nga anak si Faten nie...penat tul budak nie ngalahkan mak dia..............


Inilah puteri sulung Faten & Safar. Amacam kengkawan...ade rupa sape agaknya baby nie?????????????


Inie bukan anak Faten, aku pun tak tau anak saper cuma aku snap gambar baby nie sbb dia dah pandai hisap jari telunjuk padahal baru sehari dia keluar dari perut mak dia.............comey tul.......anak sapa la nie.......pandai pulak dia keluarkan jari dia jer dari bedung tue.

Monday, March 2, 2009

PERTANDINGAN FUTSAL HICOM TECK SEE MANUFACTURING

Ahad lepas 1/03/2009, telah berlangsung pertandingan futsal utk Hicom Teck Seng di HTO De Futsal di Subang Jaya. Perlawanan persahabatan antara mereka dirasmikan oleh CEO Hicom Teck Seng En Md Radzaif (bos En Tapa). Ramai juga yg datang utk memeriahkan suasana termasuk aku & anak-anakku. Macam yg selalu aku cakap, mane boleh tinggal semua putera & puteri ku lalu ku angkut semua sekali. Masa mula-mula sampai masing-masing masih fresh, bersemangat & bertenaga tapi bila masuk jam yg ketiga semua dah mula nak mengamuk dan moody lebih-lebih lagi si abg sebab dia nak bebas merangkak cam kat umah. Punyalah menguji kesabaran utk menangani karenah mereka nie tapi berkat kesabaran dan bantuan En Tapa aku berjaya menidurkan mereka (poyo tul statement...). Ape-apehal pun jom layan gambo kat bawah nie.................


Ini adalah antara pemain/wakil pasukan wanita yg mendapat tempat ketiga & kedua.

Ini lak adalah wakil Bahagian Painting yg menjadi Johan pertandingan utk kategori lelaki.


Inilah muka-muka macho team yg bertanding. Banyak lagi team yg ada tapi tak terambil gambo sbb aku sibuk lak mengejar anak.

Pemandangan sebelum pertandingan bermula. Masing-masing berkerumun depan meja pendaftaran utk melaporkan diri.

Aku ngan bebudak yg sangat lasak. Si Abg ade kat dalam stroller dia tgh ngadap gelanggang. Nasib baik Nana tak meragam sbb gadisku ini ada masa-masanya mood dia ngalahkan pompuan tgh period.....

Ini dah sampai kekemuncak acara apabila abg dah sangat penat, mengamuk dan terus tertidur. Cuaca yg sgt panas membuatkan abg moody.......

Selepas abg pengsan, kakak-kakak dia hilang punca dan terus cari tempat utk join abg tido. Kalau abg tak tido dia org nie yg paling sibuk menolak stroller abg & main kejar-kejar....sekarang dia org dah penat mengalahkan org yg main bola

Tido tak ingat............cam kat umah lak...........
Gambar nie diambil selepas masing-masing bangun daripada lena. Bukan main ceria lagi mereka-mereka ini.