Thursday, February 26, 2009

ABANG MACHO

Ini pencapaian terbaru Adam. Dia dah pandai main tepuk amai-amai. Mula-mula aku tak perasan tapi bila dia merangkak dan duduk depan aku, pastu dia pun mula bertepuk tangan baru aku perasan yg dia nak tunjuk permainan yg baru dia tahu. Aku pun apa lagi mulalah menyanyi lagu kanak-kanak yg bertajuk 'Tepuk Amai-amai'. Hebatnya Adam sebab dlm usia yg baru masuk 7 bulan dia dah pandai main tepuk amai-amai. Tambahan lagi yg buat aku kagum, dlm kelasakan dia sebagai baby boy nak pulak dia main permainan yg biasanya dipelopor oleh baby girl. Bukannya kakak-kakak dia yg lain tak bijak dan hebat, semua anak-anak aku hebat-hebat belaka tapi dlm bidang masing-masing. Nanti akan aku tunjukkan satu persatu kehebatan mereka cuma sekarang yg aku nak cerita tentang Adam sbb dia yg terkecil dan baru nak belajar explore semua benda yg dia jumpa dan apa yg kita buat depan dia. Adam nie lak, aku ngan En Tapa gelarkan 'Abang' sebab dia anak lelaki yg pertama dan insyaAllah bukan yg terakhir sbb En Tapa nak anak lelaki empat org. Alasannya bila mati, dia nak anak-anak lelaki dia yg 4 org tue usung keranda dia ke kubur (he...he...he...betulkan sayang...). Gelaran Abang utk Adam adalah bersesuai krn kami meletakkan tanggungjawab pada dia utk menjaga kakak & bakal adik-adiknya daripada anasir-anasir luar. Tinggi betul cita-cita aku utk Adam tapi kita manusia yg hanya mampu merancang dan tuhan yg menentukan. Semoga Allah lindungi anak-anak aku dan masa depan mereka serta agama mereka iaitu Islam.......Amin!!!!!!!!!

Video yg nie lak masa Adam berumur 5 bulan. Masa nie aku bawa dia ikut aku pegi opis sbb dia demam. Aku lak nak cuti tak leh sbb keje tgh banyak menunggu. Memandangkan aku lak jenis kalu anak-anak demam memang aku nak dia org depan mata sampai sihat kalu tidak aku rase cam tak tenteram. Dia org lak kalu sakit dan aku tak jaga sampai dia org baik memanglah akan lambat sihat. Walaupun demam, Adam tetap aktif cam selalu. Masa nie lak Adam baru pandai duduk. Punyalah eksen cara dia nak duduk. Hero aku yg sorang nie sangat lasak orgnya. Belum pernah ada dalam sejarah anak aku jatuh katil tapi Adam yg pecahkan rekod jatuh katil. Itu belum lagi mulut berdarah sebab terhantuk, kalu jatuh dah tak boleh nak kira lagi sbb masa dia baru belajar berdiri dan menyusur tepi-tepi sofa, katil dan almari selalu jatuh tapi dia jenis tak serik sebab tue dia cepat belajar. Mungkin sebab gelaran Hang Jebat yg aku panggil pada Adam masa dlm kandungan lagi kot......(aku agak jer...) tapi member-member aku cakap anak lelaki memang lasak kalau tak lasak tue bukan lelaki namanya.......betul jugak.......

Sunday, February 22, 2009

Masak Memasak bersama Chef Tapa

Semalam adalah acara bermesra bersama keluarga so aku ngan En Tapa berhasrat utk memasak bersama. Menu we all ialah sambal udang petai dan kangkong goreng belacan. Syok gak bila sekali sekala kami memasak bersama, terasa cam main pondok-pondok. En Tapa adalah org yg paling teruja sekali sbb kami memasak menu yg agak mencabar. Nampak sgt keterujaan En Tapa sbb dia yg buat semua persiapan utk memasak. Aku cuma siang udang jer, maklum jerlah aku nie kan sangat berhati-hati dan cermat so lambat siaplah. Kalau En Tapa lak buat kerja cam ribut, cepat tul siap tapi hasilnya aku jugak kena kaji......tapi takpe sbb kelemahan aku akan dibantu dgn kelebihan En Tapa begitu juga sebaliknya. Bersyukur aku kerana mendapat suami yg ringan tulang macam En Tapa walaupun kadang-kadang En Tapa nie cam........tapi nama pun manusia , tak semuanya sempurna. Kita kena belajar terima pasangan kita seadanya, barulah kita akan merasa kemanisan hidup bersama. Anyway.......kami berjaya memasak seperti yg dirancang dan aku dgn murah hatinya menghantar hasil masakan kami ke rumah mak aku & ibu mertuaku utk di komen......Bukan selalu kami berpeluang melakukan aktiviti ini dirumah pada masa lapang kerana banyak masa kami habis bersama keluarga sebelah aku atau En Tapa.

Inilah hasil kerjasama kami.....yg dah siap dalam bekas nie utk dihantar kepada ibu mertuaku.

Si abg nie datang nak mengacau sebenarnya. Utk mengelakkan drpd diganggu oleh si abg makanya aku memberi rasuah biskut sampai dia terlupa objektif dia berada di dapur.



Nie semua datang nak mengacau lagi-lagi si kakak yg tak habis-habis nak tolong ayah. Huru hara hidup ayah dia.........tengok muka si abg yg tak puas hati sbb kena cantas....bengang la tue.....sorry sayang, belum time lagi........

Inilah udang yg aku bersihkan. Bukan main bersih lagi aku kerjakan udang nie sampai boleh makan cam tue jer...............(selera ker).




Inilah gaya chef Tapa.....beria-ria dia menumis, mengaul, menumbuk tapi bab merasa masin ker manis ker dia serah kat aku. Aku pun ape lagi tunjuklah kepakaran padahal kami sama jer.............hancus.........

Hari Mengemas Pejabat

Hari Sabtu 21/02/2009, aku ngan geng opis akaun sesama datang ari tue utk kemas opis kami. Objektif utama ari tue adalah utk clear-kan bilik stor fail yg dah huru hara. Punyalah teruk kami berkerjaya ari tue tambah-tambah lagi sekarang nie lelaki budiman kat department aku cuma tinggal 2 org. Yg sorang tue bolehlah diharap lagi sbb masih muda tapi yg lagi sorang tue dah reput tulang (kate tuan punya badan sendiri) dan korang mesti tau siapa yg aku maksudkan tue. Cam biasa aku akan bawa Aleesa utk temankan aku. Sebenarnya nak meringankan beban ayah dia yg terpaksa jaga seorng lagi anak dara dan seorg teruna kecil kat umah. Macam biasa jugak, aku akan hantar suami tercinta ke rumah ibu mertua ku agar nasib anak-anak aku terbela....he..he....he....maklumlah org lelakikan cuai sikit. Berbalik kpd acara kemas mengemas kami tadi......semuanya berjalan lancar cuma huru hara bila semua fail yg dikeluarkan dah tak terkemas sbb terlalu banyak dan kami semua udah penat menjelang kul 3.00pm. Cam nak pengsan aku dibuatnya sampai time nak drive balik aku boleh tertidur time tunggu traffic light hijau. Pergh.......tekojut den bila kono hon.......
Aleesa ngan Upin-Ipin kesayangan dia........


Hafiz tgh memikirkan apa yg patut dibuat ngan fail-fail yg melambak nie..........

Nie pemandangan dalam ofis tempat aku selalu berkerjaya. Pemandangan yg sangat semak dan merimaskan.....


Inilah tugas yg menunggu aku dan kegkawan utk di-settle-kan. Amacam........rubish!!!!!!!

Inilah stor yg digelar oleh mereka sebagai bilik mayat. Punyalah semak.............

Rumah Baru Fatin & Safar

Hari Jumaat lepas 20/02/2009, aku, Angah, Liz ngan Wan pergi melawat Fatin kat umah baru dia yg hampir nak siap. We all gie time lunch coz hari Jumaat lunch kami 2 jam. Sesampainya kami di sambut oleh tuan umah, Fatin & Safar. Mereka berdua nie adalah ex-officemate kami di Satang. Mereka bertemu jodoh di Satang macam aku ngan En Tapa dan Wan ngan Hafiz. Aku ingatkan mereka berdua nie cinta monyet maklumlah si Fatin nie nampak cam bebudak jer tapi tak sangka rupa-rupanya mereka begitu serius. Sekarang Fatin tgh sarat dan menghintung hari menunggu saat kesakitan bersalin anak sulung (cewah.....seram tak Fatin). Fatin masak utk kami yg memang tgh kelaparan. Utk pengetahuan korang...Fatin nie dulu tak pandai masak apetah lagi bancuh air. Sekarang macam tak percaya yg dia dah expert buat kerja-kerja di dapur, kalah aku yg jarang memasak nie. Respek aku utk Fatin yg berjaya menjadi seorg isteri serba boleh dan bakal menjadi ibu.....TANIAH..............
Dari kanan aku, Fatin, Wan, Angah & Liz.....bergambar sebelum berangkat pulang.

Inilah umah baru Fatin & Safar. Belum siap 100% tapi dah nampaklah inilah adalah sebuah rumah yg sangat comel. Kagum aku ngan mereka......................

Inilah Fatin yg sedang membilang hari utk menyambut kelahiran cahaya mata pertama....



Lepas makan adalah sesi bercanda dan bergurau senda.

Inilah Safarizlin, suami tercinta si Fatin.......Alahai Safar...makin kurus nampak........(gambar diambil sebelum Safar pergi sembahyang Jumaat)


Sebelum makan we all buat sesi bergambar......

Inilah lauk-pauk yg dimasak sendiri oleh Fatin buat julung kalinya utk kami...............sup ayam, ayam goreng, kangkong goreng(sedap siut sayur yg Fatin masak) dan buah belimbing sbg desert.

Monday, February 16, 2009

Saat Bahagia

Perkahwinan adalah sesuatu yg sangat penting dalam kehidupan kerana kita bakal memulakan hidup baru sehingga ke akhir hayat dengan insan yg kita cintai. Pengertian perkahwinan itu banyak dan salah satunya adalah utk membina sebuah keluarga yg harmoni dan bahagia. Walaupun jangka hayat percintaan aku ngan En Tapa sangat singkat tapi aku dapat rasakan keserasiannya. Biasalah....sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Bergaduh dan salah faham tue lumrah. Tipulah kalau korang kata korang tak pernah bergaduh laki bini. Macam kami pulak......kami selalu gaduh manja. En Tapa selalu mengalah kalu ada ape-ape yg berlaku sbb aku nie api so dia jadilah air. Sesungguhnya aku sayang sangat ngan En Tapa (jgn bagitau dia nanti dia eksen). Kalau diizinkan tuhan, aku mahu hidup mati aku ngan En Tapa. Inilah yg sebenarnya tuhan mahukan dan tuhan tentukan utk aku. Kelemahan aku di bantu dgn kelebihan En Tapa manakala kelemahan En Tapa di bantu dgn kelebihan aku dan kami saling melengkapi. Setiap pasangan yg di tentukan tuhan ada sebabnya dan Tuhan Maha Mengetahui dgn apa yg telah ditakdirkan utk kita maka bersyukurlah dan hargailah pasangan anda......
Jom sama-sama mengimbas saat bahagia kami..........
Tema purple nie utk umah En Tapa. Time nie my mother-in-law request aku pakai tudung sbb dia jemput Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom datang. Kami pun tak pasang pelamin. Aku tak kisah sgt sbb kat umah aku ari tue dah buat.

Gambar nie di rakamkan waktu majlis potong kek hari yg sama we all bersanding. Aku suka nengok En Tapa yg tak pernah nampak macho tetiba buat julung kalinya sangat macho dan tampan....

Time bersanding kat umah aku. Nie colour tema utk aku......gold/keemasan. Nie baju baru yg Pak Uda En Tapa jahitkan utk kami. Memang aku suka sangat ngan baju nie. En Tapa banyak kali ulang, betapa terujanya dia waktu pandang aku. Berbunga hati aku bila dia ulang staement tue setiap kali we all buka cerita pasal weeding kami.

Nie gambar masa majlis beinai malam. Tiara make-up aku ala-ala perempuan melayu terakhir.

Nie lak ibubapa mertua ku Hj Abdul Latib & Hjh Jama'ah. Mak mertua aku nie tukang mandi jenazah dan tok guru mengaji. Jangan main-main....beliau juga org kuat masjid.

Inilah ibubapa tercinta Hj Md Yousoff & Hjh Fatimah. Lihat bapa ku yg sangat kurus kerana dia tengah sakit time nie. Abah dah tak bekerja kerana kesihatan yg tidak mengizinkan. Mak pulak adalah surirumah sepenuh masa sejak dia bergelar isteri.


Nie adalah gambar-gambar teman-teman seperjuangan yg tak pernah jemu memberi sokongan.

Monday, February 9, 2009

MARI MENGIMBAU KENANGAN (1)

Aku ingat lagi waktu aku masih hijau di Satang, aku bekerja di HR Unit. Masa tue zaman kegemilangan En Zaihan sebagai Pegurus Bahagian Khidmat Korporat. Dalam Dept. tue ada IT, HR, Admin & PR. We all bekerja sebagai satu keluarga. Gaduh dan salah faham tue asam garam. Percutian ke PD adalah percutian pertama aku bersama rakan-rakan Satang. Pengalaman yg manis utk dikenang. Bila tengok balik album, aku rase sedih sangat sebab ramai yg ade dalam gambar tue hanya tinggal kenangan sekarang. Bukannya ape..dia org dah tak bekerja di Satang kerana masing-masing dah membawa haluan sendiri. Sepanjang aku bekerja disini aku rase, akulah yg paling banyak mengutip kenangan & pengalaman pahit manis. Justeru itu mari kita layan gambar-gambar kat bawah nie......


Waktu nie aku lum kahwin lagi ngan En Tapa, bercinta jauh sekali. Masa nie En Tapa ada aweks Kelantan yg putih gebu. En Tapa pun masa nie baru habis belajar & tgh wat praktikal kat Satang. Siapa sangka inilah bapa pada anak-anak aku sekarang. Sampai sekarang pun aku masih lagi cam tak caya. Itulah jodoh namanya.....


Yg pakai baju merah nie Angah. Nielah member ketawa & gaduh. Sampai sekarang Angah setia ngan PR Dept kat Satang. Angah tau suka duka perjalanan hidup aku. Kami berkawan baik dan bergaduh pun baik gak. Biasalah sedangkan lidah lagi tergigit.....


Nie lak Kak Zai(Asst Menager PR) & Boy(Despecth) bersama anak-anak En Razak. Boy dah tinggal kenangan & tak tau keje kat ner skrg tapi kak Zai masih di Satang cuma dah tukar Dept. Kalau bab bercuti nie serah pada kak Zai, dia memang terror sebab tue dia layak duduk kat PR Dept. Beliau punya B.Ing jgn main-main...berabuk.

Ha....nie lah acara sukaneka yg disediakan oleh AJK sukan kami. Sebenarnya acara nie utk org yg dah kahwin tapi cam tak cukup meriah kami pun join sekali. Cuba nengok tue, aku di couple-kan ngan Azrafi. Cuba korang cari mana En Tapa......

Nie family En Din yg sekarang telah mengambil alih tugas Boy sebagai despetch Satang. Jgn main-main, En Din nie Kadi.

Gambar nie adalah gambar yg paling aku suka. Semua yg ada dalam nie dah tinggal sejarah. Dari kiri Faizuri(apai), Luqman, Safar, Azrafi(appy) & the only one Mustaffa(En Tapa). Ada gaya tak lelaki Satang???????????Hampeh......

Nie Michele(Manager IT) ngan wife dia. Nie masa parti BBQ kat tepi pantai. Wife Michele memang sporting habis masa join we all main kotak beracun.


Nampak tak kemesraan kami. Yg sebelah Angah tue kak Ina.....

Nie Wan Hamizah...alah member baik adik aku. Mase nie Wan baru masuk Satang maklum jelah baru habis belajar. Wan buat praktikal kat PR & tak lame lepas habis praktikal terus berkhidmat kat Satang. Sekrg dia bertugas di bhgn IT.

Ha...nie lah otai Bhgn Khidmat Korporat, En Zaihan & yg sebelah tue En Razak (skrg Senior Exe Admin). En Razak nie kalu bab makan memang baik punye. Sbb kalu ade apa-apa majlis dia memang pandai macth-kan lauk pauk. Service dia memang tip top. Maklumlah bekas askar mesti tau protokol. Memang bebaloi....

Si Angah tengah bermesra ngan otai aku, kak Fai'zah(skrg Asst. Manager Human Capital)

Korang kenal lagi ngan mamat nie??? Nielah Hairul Izwan(Exe admin)......Mase nie dia baru jer kahwin.

JALAN-JALAN KE UMAH WONG

Hari Sabtu 7 Feb 2009 , Wong menjemput kita org, bebudak Dept. Acc. Satang (zaman En Anuar) dtg ke rumah baru dia kat Bkt Tinggi. Wong Le Ling nie dah keje kat Satang hampir 10 tahun dari belum kahwin sampai anak dah dua. Wong nie lah satu-satu nyer perempuan cina kat Satang selain auntie LIm Ngo....(he..he...he...jgn mare ye Wong). Wong baru jer pindah umah masa Tahun Baru Cina ari tue. Dia dah janji sebelum berhenti dari Satang nak jemput kita org gie umah baru dia yg sangat dekat ngan Jusco Bkt Tinggi. On the way nak ke rumah Wong aku nengok area umah dia memang ramai cina yg dah pindah masuk. Wong kata, org cina kalu nak pindah umah baru kena pindah sebelum Tahun Baru Cina, baru ada ong(tuah), kalu tak sempat kena tunggu lepas tahun baru. Kami lepak tak lame maklum jelah masing-masing ade hal. Kak Ana, Zali & En Zul Azizi jer yg takde, yg lain.. ade yg lambat so tak sempat nak jumpa cam En Rosli ngan Zul Hashim so jom layan gambar yg ade.....
Nie ler muka-muka bekas pekerja Satang yg dah keje lame giler kat satang, aku paling junior antara mereka. Dulu hidup mati tetap Satang......

Nana...tgh layan limau...nyam..nyam....


Dua gambar nie, diambil bersama anak Wong. Dua jejaka yg bersinglet tue lah anak Wong. Si abang tue tgh ushar Aleesa.....

Nama pun gie rayer, tak sah kalu takde angpow so dpt ler aku 3 sampul angpow (gemuk gak aku nie..baru aku perasan..)


Nie En Tapa....sedang bersantai diruang tamu umah Wong....

Nie lah dapur yg Wong idam-adamkan. Bersusah payah dia cari sendiri material utk dapur dia. Dapur nie lah yg buat dia selalu masuk keje lambat.....puas ati ker Wong...?????

Ruang tamu Wong tak penuh lagi tapi aku geram bile nengok Tv dia.......


Nie adalah sesi mencekik. Wong menjamu kami ngan KFC. Dia tau kita org nie ade pantang.....PANTANG TENGOK.......

Nie Meor ngan Fara (isteri beliau)

Ini anak beliau(Meor)